♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, October 02, 2010

Menjaga Pandangan



Salam sejahtera! Apa cerita semua orang? Sehat belaka? Alhamdulillah. Lisan mesti sentiasa bersyukur dengan segala nikmat Allah.


Khair, tertarik dengan persoalan yang dipersoalkan dari seorang junior untuk saya melalui email. Beliau bertanya tentang menjaga mata. Susah ke senang? Bagaimana cara terbaek untuk menjaga mata? Sebenarnya, hakikat yang tak dapat dipertikaikan, saya bukan seorang yang layak untuk bercakap pasal ni, tapi sekadar berkongsi pengalaman dan cara yang saya sendiri aplikasikan.


Sebagai seorang yang bergiat aktif dengan persatuan, tidak dinafikan membuatkan saya terpaksa berurusan dengan orang yang berlainan gender. Tidak pelik rasanya. Normal. Tak boleh nak elakkan, sedangkan mereka yang memegang jawatan dalam organisasi Mahallah Sister (asrama perempuan) sekalipun tidak dapat melarikan diri dengan berurusan dengan AJK berlainan gender. Tentunya ada hikmah kenapa Allah menyuruh kita menjaga pandangan. Saya rasa semua sudah cukup maklum tentang perkara ini. Seperti mana yang Allah state dalam Surah An-Nuur. Bagi saya sendiri, hikmahnya cukup istimewa, terutama perihal menjaga hati yang halus, lebih-lebih lagi perempuan.


Tidak dinafikan, masing-masing mempunyai nafsu terhadap mereka yang berlainan gender. Kalau tak ada tu, pelik! Kena pergi jumpa doctor tu! Namun, nafsu itu perlu dikekang supaya ia tidak mendedahkan kita kepada perkara yang haram. Insya allah. Susah nak jaga pandangan ni. Saya mengakui. Namun begitu, perlu kita ingat bahawa menjaga pandangan bukan bermaksud tidak boleh langsung memandang yang berlainan gender. Tidaklah sehingga begitu. Lebih-lebih lagi sewaktu kita berurusan. Mahunya meletup orang yang kita berurusan kalau kita asyik pandang dinding bila kita berurusan dengannya. Boleh memandang, tapi jangan terlalu syok sehingga boleh menimbulkan perasaan lain. Saya sendiri, sewaktu bekerja, saya lebih senang kalau ada eye contact dengan rakan sekerja. Tapi bukanlah eye contact yang melampau. Cukup sekadar membuat orang yang berurusan dengan kita senang apabila berurusan dengan kita. Bukan semua orang berprinsip seperti kita. Dan kalau kita berprinsip jangan sampai kita menjadi jumud. Betul kan? Ada juga beberapa orang yang saya jumpa, hanya menunduk setiap kali berurusan dengan yang berlainan gender. Tidak mengapalah. Mungkin beliau mempunyai alasan dan asbab beliau yang tersendiri.


Kadang-kadang, sebagai manusia biasa, kita tak boleh berlagak kebal. Kononnya tak tergoda dengan pandangan mata. Itu bukan masalahnya. Pokoknya, kita ingin sama-sama menjaga supaya kita semua terjaga. Tidak kiralah sapa yang tergoda, sapa yang tak tergoda. Terlebih dulu kita sama-sama jaga. Saya jaga awak. Awak jaga saya. Kita perlu ingat tapi jangan rindu terhadap musuh utama kita, iaitu syaitan dan iblis. Mereka memang suka mengambil kesempatan. Tambah-tambah yang berlagak kebal. Minta jauh la kita semua dari perkara yang tidak enak ini. Sewaktu kita berurusan, kita tidak boleh menghukum semua orang dengan prinsip kita. Contohnya, saya tak suka itu dan ini. Jadi semua orang kena buat macam tu dan macam ni. Semua orang jangan buat begitu dan begini. Itu bukan cara yang baek dalam bekerjasama. Sepatutnya, saya sendiri, lebih suka menggunakan situasi MENANG-MENANG. Bermaksud, apabila kita beurusan dengan orang laen, lebih-lebih yang berlain jantina, kita menggunakan jalan yang memuaskan hati kedua belah pihak. Lihat pula dengan orang yang bagaimana kita berurusan. Kalau kita berurusan dengan ustaz/ustazah, maka kita sesuaikan peribadi kita. Jangan pulak cakap dengan ustaz/ustazah melampau-lampau, sehingga membuatkan beliau berasa tidak senang. Sama juga jika berurusan dengan orang yang biasa, baru berjinak dengan Islam dan sebagainya, gunakanlah cara yang sesuai. Jangan pulak kita cakap dengan samseng, menggunakan perkataan 'ana' 'anta'. Mesti mereka tak boleh terima. Jangan pulak kita berurusan dengan seseorang, sehingga seseorang merasa tak selasa dan malu pada kita. Tapi kita kena ingat, jangan sampai kita melanggar hukum hakam Allah. Itulah yang lebih utama,tentunya dan selamanya. (Saya tak suka bercakap dengan berlainan gender menggunakan 'ana' 'anta' anti', tatau kenapa, rasa sengal kat hati. Mungkin pengaruh CINTA ANTA ANTI kot. Haha)


Jagalah pandangan. Jangan memandang sehingga kita yang kecundang. Saya sendiri, kalau rasa iman tak kuat, saya menunduk juga waktu bekerja dengan berlainan gender. Saya bukan malaikat yang tidak bernafsu. Saya sendiri manusia biasa. Biasa saja. Tapi tak ada lah tunduk memanjang . pandai-pandailah. Kadang-kadang kalau saya tak pandang tu, bukan maksud saya tak lalu nak tengok muka mereka, tapi saya membendung sesuatu yang mungkin terjadi. Lebih baik mencegah dari awal. Tak dinafikan, perasaan yang bukan-bukan selalu menjengah hambaNya ini. Tapi kita yang ada iman,ada akal, kena gunakan sebaiknya. Kalau iman saya kuat, saya pandang. Namun, kita kena ingat, kita perlu menjaga juga dipihak yang sebelah sana. Mentang-mentang iman kita kuat, kita buat selamba, sehingga pihak sebelah sana yang kecundang pula. Sama-sama kita menjaga sesama kita. Teringat kat DQ, saya pernah dengar pepatah,"Banin jaga banat, banat jaga banin". Saya suka pepatah ini. Maksudnya, lelaki jangan buat sesuatu yang boleh mencairkan hati perempuan yang kononnya berjiwa halus ini. Sementelah juga perempuan, jagalah apa yang perlu dijaga untuk menjaga hati lelaki yang kononnya adventure itu. Huu.. hek eleh, ingat, hati lelaki adventure macam mana sekali pun, dalam bab-bab macam ni boleh cair,lagi cair dari air. Tak percaya? Saya ada pengalamanlah. Bukan pengalaman saya, tapi mereka disekeliling saya.


Saya rasa demikianlah perkongsian saya. Pendapat saya. Cikgu saya cakap, pendapat takpernah salah. Namun, pendapat ini mungkin tidak sesuai, tidak masuk jiwa bagi sesetengah orang. Tidak mengapa. Saya sekadar mengutarakan pendapat saya. Setakat ini, Alhamdulillah, saya senang dengan keadaan yang saya lakukan. Tapi tidak pasti dipihak sebelah lagi. Saya juga bukan sempurna. Kadang-kadang termelencong jua. Seperti yang saya katakan, saya bukan malaikat yang tidak membuat dosa. Insya allah. Saya rasa saya menjawab persoalan yang dipersoalkan adik junior tersebut. moga kita sama-sama ambil iktibar. Kalau dah tergoda dengan pandangan mata, jangan risau, belum terlambat untuk berundur. Bertaubat kepada Dia dan memohon kekuatan dariNYA moga-moga dilepaskan dari ujian cinta yang melalaikan. Insya allah. Menarik juga saya membaca Majalah Solusi keluaran 24 kali ini. Bolehlah dapatkan majalah tersebut, berbaloi walaupun harganya mahal. Tapi saya bernasib baik sebab tak perlu keluarkan duit sendiri membeli Majalah Solusi. Alhamdulillah.


Buat semua yang bergerak kerja melawan jantina ( berlainan gender), mari muhasabah bersama. Jangan sampai perkara sebegini menjejaskan gerak kerja. Sekiranya betol-betol serius, gunakanlah dengan cara yang betul, jangan salah mengaplikasikan nikmat cinta dari Yang Esa. Masya Allah, saya risau jika perkataan saya diuji, jika saya diuji, bantulah saya. Tarik saya dari api neraka. Insya allah. Sama-sama kita muhasabah bersama.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

email sender said...

kak, ni yang buat orang syang akak sangat ni. terima kasih kak sebab memahami gelora di jiwa. saya tak semantap akak. saya tengok akak n abang fahmi,rilek je. tapi saya tak mampu nak jadi macam akak. terima kasih kak atas jawapan yang memuaskan sangat. semoga berterusan membimbing orang dalam benda-benda macam ni. orang tak biasa kak..

Anonymous said...

kak husna ni bagi lah tajuk ape pun, laju je dia jawab.

nurulhusna said...

afwan adikku. biasa je, cube perlahan2, insya allah berjaya. bila dah biasa nanti, mesti ok lah tu. jangan layan sangat masalah pelik2. jangan bagi syaitan berjaya kuasai hati kita..

kak husna ni terok tau sebenarny. korang je yang tatau. kah3. (gelak jahat)

mujahidah_fillah said...

nice topic..=)
sama2lah kita menjaga pandangan kita semua..

salam muhasabah bersama..(^_^)

_(husna mmg sk n petah brkata2..ingt ms skh dlu..hehe)

nurulhusna said...

:)
time sekolah kenangan terindah lah. :))

hafizatul.solehah.zaki. said...

suke suke entri ni!
tq share pendapat ^_^

nurulhusna said...

saya suka classmate bio saya.. :))
thnaks jadi classmate saya..

hafizatul.solehah.zaki. said...

hahaha.me too~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.