♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, October 02, 2010

Saya serba kurang

Bismillah. Kali ini saya menulis dengan nafas baru. Wah! Bangi baunya! Hooo… Wangi..! Moga sentiasa wangi hingga ke syurgA.

Saya cemburu lihat status sahabat-sahabiah yang dah ada di rumah. Gembiranya menukar status seorang pelajar kepada seorang anak. Bertuah sangat kalau kita guna peluang ni untuk raih Syurga Allah kan. Alhamdulillah, insya allah saya jua bakal melaksanakan tanggungjawab pada 4hb Oct nanti. Moga-moga perjalanan selamat. Ameen.

Kadang-kadang saya rasa cemburu dengan sahabat sekeliling. (Erk,saya ni memang suke cemburu ke?Fuh!) Bila tengok entum senyum, rasa zooq sangat. Tumpang gembira dengan kegembiraan yang entum dapat. *~* Moga-moga entum dapat kegembiraan yang sama di akhirat kelak.

Kadang-kadang saya cemburu tengok entum. Entum dapat lakukan apa yang entum nak. Nak p sana, nak p sini. Sume entum dapat. Entum nak buat apa sume entum buat. Nak p Terengganu ka. Mana-mana ka, entum boleh buat. Moga-moga entum sedar nikmat yang tak semua orang boleh dapat. *_*

Kadang-kadang saya cemburu tengok entum sihat. Entum tak perlu jumpa doctor selalu. Tak perlu telan puluh-puluh biji pil. Saya cemburu. Tapi saya gembira tengok entum tak perlu susah-susah. Entum jaga kesihatan baek-baek. Moga-moga kesihatan yang entum dapat memberi kekuatan untuk entum terus menunaikan ibadah kepadaNYA. *_*

Kadang-kadang saya cemburu tengok entum Berjaya. Entum sukses dalam semua yang entum lakukan. Entum menyelesaikan tugasan entum dengan sempurna. Harapan saya, moga-moga kesempurnaan yang entum laksanakan dinilai baek disisi Allah Taala.

Kadang-kadang saya cemburu lihat entum punya banyak kelebihan. Entum banyak kepakaran. Entum digemari ramai. Entum dihormati ramai. Moga-moga peluang yang ada entum guna untuk berkhidmat di jalan Allah.

Saya cemburu kerana mungkin saya tidak dapat apa yang entum dapat. Saya cemburu. Tapi dalam hati, saya tetap bahagia. Walaupun saya tak mampu buat apa yang entum buat, tapi saya gembira entum mampu melakukannya. Mungkin jauh lebih baek dari saya.

Saya cemburu kerana saya risau semua entum ke syurga kecuali saya. Siapalah saya. Yang penuh dengan kekurangan ini. Siapalah saya nak dibandingkan dengan entum, yang penuh dengan kehebatan dan ketaqwaan kepadaNYA? Saya serba kurang. Maafkan segala silap salah saya andai tidak mampu memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa-apa yang berkaitan dengan hidup entum dunia dan akhirat. Saya sentiasa cuba jadi yang terbaek buat entum, memberi senyuman paling bahagia buat entum, melakukan pelbagai perkara dengan entum, tapi kadang-kadang Allah tarik nikmat tu dari saya, mungkin Allah gandakan nikmat itu buat entum. Jadi saya tetap gembira. Sebab tu entum tengok saya senyum sampai telinga.

Saya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Harta? Harta itu bukan milik saya, milik ibu bapa saya, mereka yang berharta. Rupa? Saya tidak secantik entum yang ada rupa. Memang saya serba-serbi kurang. Namun dengan kekurangan saya, saya mahu dekat dengan Allah seperti entum dekat dengan Allah dengan segala kelebihan yang entum ada. Saya cemburu, tapi saya selalu doa, moga-moga DIA tidak menarik nikmat semuanya dari entum, malah moga-moga ditambahkan nikmat buat entum. Ameen. Moga-moga entum jua mendoakan ana sentiasa!

Moga bertemu kasih di pintu Syurga~

Sanah Helwah buat adinda; Dalila Ghazali, adik beradik usrah Marjan Hanani. 2 Oktober 2010. Tarikh ini sentiasa berulang, namun kenangan yang pernah berlaku padanya, tak mungkin diulang. Salam rindu dari adinda, Husna Kamarudin.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

12 comments:

Anonymous said...

2 oktober daaaa......
ape daaaa..... ^_^'

Anonymous said...

aah la kan. terok sungguh diri ini. alamak. nanti laa betolkan. haha

husnataqwa said...

alhamdulillah. dah betolkan dah. maaf kesilapan taip, *~*

husnataqwa said...

alhamdulillah. dah betolkan dah. maaf kesilapan taip, *~*

Anonymous said...

ramai lagi yg cemburukan awak. jangan tengok kekurangan. tengoklah kelebihan yang ada pada awak. lebih baik begitu.. tarbiah buat hati yg baik. tahniah husna. moga allah sayang husna. jaga kesihatan baik2 ye..
takpe, kurang kat dunia, biar lebih kat syurga,kan? husna baek! kuat2!!
sayang husna!

Doctor to be. *-* said...

sedih baca post ni. rasa nak peluk2 ko.. ak cemburu tengok allah sayang ko,allah selalu uji ko. dari kecik2 benda sampai besar2 benda. ko jangan sedih2. ko selalu buat orang gembira, ak harap ko akn dapat lebih kebahagiaan kan.. huuu.. ak sayang ko sangat walaupun ak tak selalu ad ngan ko. ak sayang ko sangat walaupun ak ni sape nak dibandingkan dengan ko.. husna, ak harap allah beri apa yang ko nak.. ak yakin, Dia sayang ko husna,cume ko perlu sabar je.. husna,lepas baca post ni, rasa nak peluk2 ko dan bagitau, Allah nak bagi kau syurga, sebab tu Dia uji ko macam2. Allah nk bagi kau mulia, sebab tu Dia bagi kau derita. aku sayang sahabat aku..husna,kuat ye.

husnataqwa said...

uwwaaaa! ;(
nape komen sedih2 ni.. jangan la canni teman2..
khair saja hamba disini.
hambakan suparwoman, iron lady, cuma bukan first lady je. haha. tu bini najib je lah kan.
takpe, ada kawan cam korang pun dah buat hati aku berbunga-bunga macam bunga matahari. eh tanak la, bunga raflesia lagi best kot. haha. all the best teman2 sekalian. pssst..rajin2 doa kat ak jugaks. ngeh.

Anonymous said...

adeq sentiasa dlm doa ....
sentiasa....
ta8 care dear...
cuti betol2
rehat byk2...
dgr ckp ibu baba...
love u...

Anonymous said...

adeq sentiasa dlm doa ....
sentiasa....
ta8 care dear...
cuti betol2
rehat byk2...
dgr ckp ibu baba...
love u...

husnataqwa said...

terima kasih kerana mendoakanku. kallian, adek beradikku jua,tidak pernah lekang dari doaku..
maaf segala salah silap..
maaf klo tak dapat jadi adek yg terbaek. huuu

Anonymous said...

u're the best adeq i ever have la....
tegor2la diriku ini eh
teruk.....
huhu

husnataqwa said...

im gonna miss our every moment together.. moga2 kita bakal mencoret kenangan kembali ye..sometime i feel, saya ni ade adek beradik usrah lagi tak?
bad feeling anyway..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.