1 Oktober : 6.30 Petang
Seolah-olah mendapat satu nafas baru. Tapi setelah aku renung, aku sendiri tidak pasti nafas apa yang baru. Dalam bahagian mana, aku sendiri masih mencari. Tapi setelah aku kembali, aku rasa ada sesuatu membuatku sedikit bahagia. Benar, aku tidak pasti. Nescaya itulah, hanya Allah yang mengetahui apa yang membuat hati ini bahagia, meskipun sebesar zarah. Aku mencari hikmah. Walaupun aku tidak berniat. Tuhan, maha kuasaMu yang membuatku berperasaan seperti ini. Maka tiada apa yang mampu aku ungkap, melainkan kalimah suci buatMu, Alhamdulillah. Tiada apa yang mampu aku buat, melainkan sujud syukur tanda kehinaan diri ini. Insya Allah.
Kadang-kadang kita mencari rasa bahagia di segenap tempat. Dalam pelbagai keadaan. Tapi kadang-kadang ada rasa bahagia yang hadir tanpa kita sedar bagaimana ia boleh hadir. Maka benarlah Tuhan yang memegang hati manusia dan hanya Dia yang membolak-balikkan hati manusia. Allah, berkuasanya DIA. J
Moga-moga nafas baru yang dirasakan ini memberi impak positif dalam segala perkara yang bakal dilakukan. Insya allah. Semoga allah redha. Allah sayang. Allah jaga. Ameen. Moga istiqamah jua berpanjangan dalam melakukan perkara kebaikan. Wah! Hati rasa berbunga-bunga tanpa sebab. AWAS! ( Saya tidak jatuh cinta!)
Ramai orang yang mengaitkan rasa bahagia dengan cinta. Kebanyakannya cinta pada manusia. Tapi hakikatnya ada kebahagiaan yang lebih dari itu. Iaitu mencintai DIA. Itulah yang hamba sedang alami. Moga-moga Allah melindungi hamba-hambaNya yang mendambakan cintaNYA. Seperti kita. J Ameenn..
selepas hri ni, aku mempelajari sesuatu yg baru. yg membuatkan hti ini smakin matang dlm mengejar cinta Ilahi. selepas hari ini, aku semakin menghargai ukhwah, kerana dengan ukhwah aku menjadi kuwwah(kuat). selepas hri ini, aku mengerti bahawa hidup ini lebih baek untuk memberi daripada menerima. selepas hari ini, aku berfikir untuk menjadi lebih matang dari sebelumnya. selepas hari ini....aku rasa sedikit bahagia!
Terima Kasih 30hb September!
Thanks cokdi,wirdah, farah adlina and others who make my day..
7 comments:
tak sabar nk tengok orang yg dah matang ni cammane eh.. makin comeyl je nampakny.. hurm..
sweet le bace post ini. kak husna, all the best! saayaaang akak!
opss..smpai 2x tu
cokdi,nadiah..
saayang kamoo juga
aah la kan. bukan cokdi dengan nadiah tu orang yg same ke? sah laa budak ni bengom dah. huuu. weh, pe lagi, ramai orang cakap sayang tu. balas la cepat. hee
haha. dah betolkan dah. siap tambah nama laen lagi. opss... hem..
haha. dah betolkan dah. siap tambah nama laen lagi. opss... hem..
ape yg berlaku 30 september?? haha.. *kantoi*
Post a Comment