♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, November 06, 2010

Baik-baik sayang





Salam seindah warna langit. Yang sentiasa memberi ketenangan apabila melihatnya. Salam seindah sang suria. Yang memberi pelbagai analogi tatkala merenung fungsinya. Setiap yang ada di dunia, punya peranan dan tugasnya masing-masing. Sebagai manusia yang mukmin, kita tidak boleh lari daripada melakukan amar maaruf dan nahi mungkar. Sejauhmana kekuatan kita dalam melakukan amar maaruf nahi mungkar membuktikan sejauh mana keimanan kita kepada ALLAH? Sekiranya begitu, berlapang dadalah orang yang tidak senang memandang kemungkaran dan bersuka-ria melihat kema'rufan.



Titipan buat rakan seperjuanganku, menjadi yang terbaek bukan mudah. Menjadi yang beriman pasti payah. Manakan mungkin mendapat syurga yang indah tanpa ujian dari ALLAH? Bukankah Allah telah berfirman di dalam kitab suciNYA.



























Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?





Menjalani hidup sebagai manusia yang inginkan rahmat Tuhan, inginkan petunjuk pada jalan kebenaran, dan inginkan segala kebaekan, ikhlas dna terimalah apa saja yang diberi Tuhan. Nabi pesuruh utusanNYA sendiri diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Nabi kekasih Ilahi Rabbi pun menjalani hidup penuh ranjau dan duri. Dan manusia seperti apakah kita yang meminta diringankan ujian? Dijauhkan dari bencana? Dilepaskan dari kesusahan?



Moga kita sama-sama terlindung dari perasaan resah gelisah bila ditimpa dengan ujian. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang merungut apabila dihadapkan dengan pelbagai dugaan. Moga-moga Allah menjadikan hati kita dekat denganNYA apabila ujian datang bertandang. Moga-moga Allah menjadikan hati kita bertambah kecintaan padaNYA dengan apa saja musibah yang melanda. Moga-moga Allah memberi kita kekuatan dalam menempuh ujian yang kadang-kadang tidak kenal masa dan ketika ia hadir dan melanda. Moga-moga Allah melindungi kita dari segala bisikan syaitan yang memang memusuhi anak Adam. Moga-moga. J




Terima kasih Abang, untuk lagu yang baek. Sebagai penguat semangat. Saya tahu, abang sentiasa menyokong saya walaupun saya rasa abang semakin jarang bersama saya. Tak apa, saya faham, kita bakal punya hidup yang masing-masing. [abang,dalam maksudnya ni. Hehe] lagu dari Wali Band bertajuk baik-baik sayang. [just some phrase. Not all]



Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
'kan menghapus dukamu sayang

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu



WALI BAND – BAIK-BAIK SAYANG


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

caliph said...

kalu kena balik, balikla..pasti allah sediakan sesuatu disini.bukan nak suruh study leave. just come back,see him. jangan susah nak mengaku rasa berat hati. tenangkan hati kami disini..tiada siapa yg tidak menyayangimu..

husnataqwa said...

bukan tnak balek. sooo drastic. tasempat nk hadam.. :((
insya allah, klo itu keputusannya esok, saya pasti pulang.. jangan risaulah. pernah ke saya membuat hati kalian tidak tenang? saya sentiasa berusaha untuk menyenangkan hati kalian.. :)

caliph said...

hemmmmmmmmmm..............

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.