Orang kata terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kereta boleh di'reverse'. Terlajak tulis boleh dipadam. Terlajak kata? Terlajak bicara? Buruk ke padahnya?
Dalam sehari, perkara apa yang paaaling banyak kita lakukan? Tidur? Makan? Study? Saya rasa, perkara paling banyak yang kita lakukan adalah BERCAKAP. Setuju? Bangun tido, bangunkan rakan sebilik untuk solat subuh, kita terus bercakap. Boleh kata, memang kita bercakap sepanjang hari. Macam-macam topic dan mungkin dengan pelbagai jenis orang. Suka untuk saya katakan disini, perkara yang paling kerap atau selalu kita lakukan, perkara itulah paling banyak kita lakukan kesilapan. Betullah tu. Kalau kita banyak mengira, kita mungkin banyak salah dalam mengira. Yelah,kalau tak mengira, macamana nak ada salah kan? Kalau kita banyak bercakap, maka banyaklah kesalahan kita dalam bercakap!
Bukan saya menghalang kita berbicara. Tidak sama sekali. Cuma, sebagai peringatan untuk kita supaya kita mengeluarkan perkataan yang baek-baek saja. Sekurang-kurangnya ia menjadi ibadah. Kadang-kadang, kita suka main cakap je. Orang kata, cakap lepas. Kadang-kadang kita suka sindir orang. Macamlah diri kita tu hebat sangat. Kadang-kadang kita suka cakap perkataan yang tidak menyenangkan hati orang lain. tapi apabila kita dicakapkan perkataan sebegitu, kita yang mula rasa sakit hati.
Jagalah perkataan kita. Moga-moga tiap-tiap bait patah yang keluar dari mulut kita, semuanya menyenangkan hati pendengarnya. Semuanya menyedapkan telinga mendengar. Semuanya tidak menyakitkan hati orang lain. berhati-hati dalam berkata-kata. Ustaz saya pernah berkata, 'diam merupakan ibadah yang paling senang tapi ramai orang susah untuk melakukannya'. Diam kat sini bermaksud diam daripada mengatakan perkara yang tidak baek dan menyakitkan.
"kau ni kenapa? Asyik pinjam barang orang je, tak reti nak beli sendiri ke?"
"Aku tengok kau ni macam muka tak malu je asyik menyendeh je dengan orang. Hee."
Kalau nak menegur pun, ada cara dan taktiknya. Bukan maen hentam, rembat ikut sedap mulut saja.
Saya mendapat ramai tetamu atau 'rakan telinga' yang mengadu tidak tahan dengan sikap rakan-rakan yang bermulut lancang ini. Yelah, kesabaran manusia ada batasannya. Kalau tiap-tiap hari hati kena sapu dengan sambal, sapa tak rasa panas kan? Kalau tiap-tiap hari hati kena tikam dengan pisau, sapa tak meletup kan?
Kadang-kadang, saya suka melihat orang yang mulutnya sentiasa mengeluarkan perkataan yang baek-baek. Walaupun saya mungkin tidak tergolong dalam golongan tersebut. saya senang mendengar rakan-rakan yang lebih suka diam berbanding mengeluarkan pedang bicara yang menghiris jiwa. Pedih rasanya. Saya boleh katakan, saya sering dihidangkan dengan perkataan-perkataan pedas,hot,pedih,pahit dan sebagainya. mungkin bagi pengeluar kata-kata, itu biasa. Tapi bagi jiwa manusia laen, siapa yang mengetahui ada yang terluka? Namun, sebagai manusia biasa yang menyedari rakan sekeliling juga manusia biasa, kita mesti cuba untuk menerima. Namun, sebagai pengeluar bicara, kita juga perlu lebih berhati-hati, takot nanti kita dibenci. Bukankah kata-kata yang baek itu sedekah? Ndan nilainya baek disisi Allah? Sukarkah untuk berbicara bait yang menyenangkan hati? Memaniskan muka? Menyerikan wajah? Sukarkah menyenangkan hati pendengar kita, pemandang kita? Sukar sangatkah? Mungkin sukar sewaktu mood kita tidak baek. Mungkin sukar sewaktu kita dalam keadaan tertekan. Tapi belajarlah untuk atasi keadaan dan tersenyum dan maniskan muka dan kata dalam apa jua keadaan. Allah suka kalau hambaNya menyenangkan hati saudara mukminNya yang laen. Mari kita menjadi hamba yang disukai Allah. Dengan melafazkan kata-kata yang baek. Dengan memaniskan raut muka. Dan dengan mempraktikkan akhlak yang mulia. Kan bagosss begitu… kita bahagia, orang sekeliling pun bahagia. Kalau kita senangkan hati orang lain, insya allah Allah pun senang nak senangkan hati kita. Kan?
Jadi, mari semua. Ktia berkata-kata dengan baek. Kita tunjukkan semuanya yang baek. Kita keluarkan yang baek. Pupuskan yang tidak baek. Moga-moga semuanya baek. Kita kan nak jadi ummat yang terbaek, apa salahnya berkorban sedikit demi kebaikan yang ingin digali?
No comments:
Post a Comment