♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, November 06, 2010

Bukan senang untuk senang





Sementara menunggu waktu Isyak masuk, saya selalu menjadikan menelefon ibu sebagai satu rutin pada waktu ini. Tiap-tiap malam mendengar suara dan pesanan sang Ibu memang membahagiakan. Rindu pada kampung halaman sedikit terubat. Kasihan ibu saya, diselubungi sunyi nun jauh disana. Seuntai doa saya titipkan buat Sang Ibu. Moga Allah menjaga Ibu saya berterusan, kerana Dia sebaek-baek penjaga; saya yakin itu.



Dengan Ibu saya seperti menjadi manusia yang laen. Biasalah. Semua orang begitu rasanya. Satu kata-kata Ibu yang saya pegang, "bukan senang untuk senang, ada harga yang perlu kita bayar. Ada pengorbanan yang perlu kita buat."



Ibu sentiasa menjadi pelembut buat saya dalam segala hal. Sekiranya saya tertekan dengan keadaan disini. Pasti ibu menjadi tempat terbaek untuk saya melepaskan kemarahan. "Ibu,tadikan orang tu senang-senang je buat kakak macam tu.. bla..bla..bla.." dan kemudian ibu akan berkata, "biarlah dia. Tu urusan dia dengan Allah, yang penting kakak jangan jadi macam dia. Kakak jangan tiru sikap dia. Kakak kan nak jadi orang baek. Mana boleh nak buat perangai pelik-pelik." Benar! Ibu memang pendamai yang cukup menenangkan.



Tatkala saya kesedihan apabila semua orang rasa senang, pasti ibu berkata, diselangi ayat-ayat Al-Quran yang indah masyi dibibir ibu. Semuanya membuatkan saya merasa tenang. "Kita rasa sedih sebab Allah nak suruh kita dekat pada DIA. Kakak waktu senang ni mesti lupa pada Allah. Sebab tu Allah uji." Diselangi alunan surah Al-Maarij ayat 19-21 yang saya memang ingat. Ibu memang terbaek.



Tatkala keputusan peperiksaan saya kurang memuaskan dan tidak menyebelahi saya, ibu adalah manusia tenang yang menerima segalanya. Walaupun saya tahu ibu kecewa. Ibu tetap berkata, "kita dah usaha kak. Kenapa nak pertikai keputusan yang Allah bagi. Allah dah tetapkan rezeki buat kita semua. Ikhlaslah kakak.." lantas ibu membaca ayat Al-Quran. Penyejuk hati dan kalbu seorang insane yang sedang bergundah gelana.



Erk, walaupun saya anak yang nak dekat-dekat bongsu, ibu dan ayah tetap memanggil saya kakak. Alkisahnya, waktu saya kecik-kecik, semua orang panggil saya "DEKNA". Walaupun saya di darjah tiga, kanak-kanak berumur 4,5 tahun pun memanggil saya 'dekna'. Suatu hari saya menangis dan menangis. Saya kata pada ibu, saya tak mahu jadi adik. Saya nak jadi kakak. [ok,umur saya waktu tu 8 tahun!]



Ibu dan Ayah pun risaudok tengok saya menangis beriya mungkin. Kemudian ibu dan ayah mula memanggil saya dengan panggilan kakak. Tapi hanya mereka sajalah. Jiran-jiran saya tetap memanggil saya dengan panggilan 'dekna'. Bila saya balek bercuti, walaupun umur dah nak dekat 20-an, jiran tetap bertanya, "Eh, dekna bila sampai sini?" Uwaaa.. Memang nak nangis. Malu pun ada!



Bukan senang nak senang. Ada sesuatu yang perlu kita korbankan. Dan bukan semua orang sanggup berkorban. Tapi saya mahu menjadi salah seorang yang sanggup berkorban. Saya mahu menjadi yang terbaek. Saya kata pada Ibu, walaupun saya mungkin tak sesempurna anak ibu yang laen, tapi saya nak jadi anak ibu yang terbaek berkhidmat dan menyenangkan hati ibu. moga-moga Allah melindungi hati saya dari berbolak-balik. Sesungguhnya ibu banyak mengajar saya mengenal Allah. Sejak form 3, ibu mula mengajar saya Qiam. Dan Alhamdulillah. Ia berterusan sehingga hari ini. Dan moga ia berterusan hingga ke akhir hayat. Ibu banyak membuat air mata saya menitis tatkala mencari dan mengenal Tuhan. Dan ibu banyak mengajar saya erti ikhlas dan sabar. Redha dan tawakkal. Saya bersyukur dikurniakan seorang ibu yang cukup memahami. Bahkan beliau menjadi sahabat buat saya. Tanya ibu saya, apa yang dia tahu tentang saya. Pasti semuanya. Sebut nama kamu [kalau rapat dengan saya] pada ibu saya, pasti ibu saya kenal. Sebab ibu memang terbaek!



Buat kalian yang mempunyai Ibu, kadang-kadang kita merasa geram dengan tindak tanduk ibu kita, kadang-kadang kita merasa tak senang dengan tindakan ibu kita, hentikan perasaan itu. Tapi lihatlah di sudut baek ibu kita. Terlalu banyak kebaekan yang beliau beri kepada kita. Melebihi segala yang mungkin kita rasakan kurang. Hormatilah ibu ayah selagi masa masih mengizinkan. Mari kata, saya sayang Allah, Rasul dan Ibu ayah!



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.