terimalah aku dan segala kekurangan aku,
kerana aku juga manusia biasa yang sentiasa lemah,lalai dan berdosa.
Terimalah aku dengan hatimu yang mahu membimbingku,
mahu melihat aku bangkit sebagai MUJAHIDAH AGAMA yang bakal menggegar dunia.
Sekiranya engkau ingin bangun berjuang,
datanglah kepadaku,
kejutkan aku,
pimpinlah tanganku,
kerana aku juga mahu bersamamu,
berjuang untuk agama yang satu.
Sekiranya engkau ingin syahid,
ajaklah aku,
siapkan jua medan untukku berjuang,,
temanilah aku untuk mendapat gelaran tertinggi itu.
sekiranya kakimu mahu melangkah untuk ISLAM,
mahu meninggikan SYIAR ISLAM,
mahu melihat kegemilangan ISLAM,
tariklah tanganku,
bawalah aku terbang bersamamu,
nescaya tak mungkin aku menolak menemanimu dalam perjuangan sucimu.
Takkan aku lemah bersamamu memikul tanggungjawab besar ini.
Tak mahu aku takot menggegar dunia pada jalan DAKWAH ini.
sekiranya engkau ingin terbang menuju langit tinggi,
pegang eratlah tanganku,
bawaku terbang bersamamu,
inginku teroka langit tinggi itu bersamu.
J
3 comments:
moga dapat yang terbaik!
ameen. moga2 jugak.
jazakallah. syukran2
Post a Comment