♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, November 18, 2010

Peristiwa paling mengecewakan. :(

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah diatas segala nikmat yang tidak pernah putus-putus buat semua hambaNya.

Bercakap soal peristiwa yang paling mengecewakan di rumah sepupu sebentar tadi, mengingatkan saya tentang peristiwa yang pernah berlaku pada saya. Mungkin terlalu banyak perkara yang mengecewakan, tapi saya kira yang ini paling saya ingat.

Sewaktu semua orang sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan besar bagi pelajar Form 5. Saya tidak ketinggalan berusaha sebaek mungkin. Bagaimana ayah saya memberi kebenaran saya memandu kereta ke sekolah pada waktu malam untuk belajar bersama-sama kawan-kawan,kerana ayah mahu saya berusaha sebaek mungkin. Semua jenis buku rujukan, katakan pada saya, yang mana tidak saya miliki. Semuanya ibu saya belikan. Tingginya harapan ibu ayah. Keluarga tentunya. Saya semakin galak berusaha gigih. Meninggalkan segala keserunukan hidup waktu remaja. Kadang-kadang saya membawa kawan pulang ke rumah untuk belajar bersama. Semuanya ibu ayah tidak pernah kisah, malah diizinkan dengan senyuman gembira atas usaha anakandanya. Nasib saya baik, saya terpilih sebagai pelajar target. Dipilih antara pelajar yang berada di dalam kelas elite. Standard sangat ni. Kelas kami ada karpet, ada air-cond, jauh dari orang lain. saya bermastautin disitu. Hampir maghrib baru saya pulang. Kelebihan saya, saya punya kenderaan sendiri. Kemana saja saya ingin pergi, itu mudah. Pukul berapa ingin pulang, itu senang. Ibu ayah pun percayakan saya. Paling saya ingat, saya pernah pulang dengan kereta pada pukul 1 pagi. Saya belajar bersama cikgu Add-Math dan keberatan untuk tidur di asrama, saya gagahkan tangan memulas steering kereta. Ibu ayah saya tidak berkata apa-apa. Sesekali mereka menyuarakan kerisauan, tapi saya katakan, jangan risau, Allah ada menjaga. J

belajar berkumpulan di SMKAL
Papa Saza, cikgu AddMath terbaek saya.

Peperiksaan semakin hampir. Saya berkobar-kobar. Inilah masanya saya buktikan pada ibu ayah. Saya boleh Berjaya. Seperti abang dan kakak. Waktu itu abang saya berada di Universiti Teknologi Petronas. Kakak pula di Universiti Hasanuddin Indonesia. Abang bakal engineer. Kakak bakal doctor. Saya? Saya kira ini saingan dan cabaran terhebat buat saya sebagai adik. Mata saya tidak boleh lelap memikirkan semuanya. Abang saya keputusan SPMnya hebat. Dulu beliau bersekolah di SMAP Kajang. Kakak saya antara best student Pasir Mas dalam SPMnya. Saya risau kecundang. Saya pertingkatkan usaha.

Sewaktu peperiksaan bermula, saya meneruskan kertas dengan riang gembira. Suke. Suke. Tapi tidak lama senyum saya di bibir. Apabila tiba hari ketiga peperiksaan, sya diserang darah rendah. Terlalu rendah. 70/40. Saya tidak mampu untuk bangun sekalipun. Bumi terasa berpusing-pusing. Kebetulan waktu itu saya perlu menduduki peperiksaan Matematik. Saya telan ubat. Di sekolah, saya dipapah. Masuk dewan lambat. Dan yang lebih menyedihkan saya tidak mampu membaca soalan peperiksaan. Ia berputar-putar! Darah saya semakin rendah. Saya berada di wad beberapa jam. Perkhidmatan doctor terbaek ibu ayah usahakan. Saya mampu membuka mata, tpai segala isi bumi masih berputar-putar. Saya teruskan peperiksaan seperti biasa. Dalam keadaan kepala macam nak gila. Balik dari peperiksaan, saya terus terbaring tidak berbuat apa-apa. Dugaan sungguh. Kecewa sungguh hati saya. Kesungguhan cikgu-cikgu membantu saya lebih menyedihkan saya. Saya perlu dipapah apabila ingin ke dewan peperiksaan. Sewaktu menghadapi hari yang kecewa, saya cukup tertekan. Semuanya terasa tiada gunanya. Saya tidak mampu melakukan yang terbaek. Saya sendiri terasa hampa dengan semuanya. Tapi ibu banyak mengajar saya tidak berputus asa. Ibu kata, Allah tahu usaha saya. Tapi sekarang Allah menguji saya ibu! ibu bertenang mendengar teriakan saya. Ibu tiada gundah. Tapi saya yakin dalam hatinya cukup gulana.

Untuk peperiksaan kertas akhir, PSI, PQS dan Arab, keadaan saya membaek. Saya sudah boleh membawa motosikal ke sekolah. Itu perkembangan yang baek. Saya menjawab dengan bersemangat. Tanpa memikirkan banyak kertas yang mungkin kecundang. Ibu tidak berkata apa-apa. Saya tahu ramai yang kecewa, tapi saya lebih dari kecewa. Semuanya terasa hancur berkecai-kecai.

Saya kecewa, saya tidak mampu buat yang terbaek di dalam dewan peperiksaan. Saya kecewa, hari ini saya tidak dapat meneruskan pelajaran ke luar negara. Seperti harapan ibu ayah. Seperti mana saya mencabar diri saya sendiri. Saya kecewa. Tidak mampu menyaingi kakak dan abang. Saya benar-benar kecewa.

Allah pandai memujuk, saat saya kecewa, terlalu kecewa, saya mendapat tawaran ke Darul Quran. Saya beristikharah. Hampir menolak. Tapi Allah hantarkan saya berita. "Pergila ke DQ! Serunuk!" seorang hamba Allah menuturkan pada saya. Saya pulang ke rumah. 3hari sebelum pendaftaran di DQ. Pada awalnya sudah saya katakana pada ibu, saya menolak tawaran DQ. Tapi hari itu, saya masih ingat, hari sudah petang. Saya pulang dari Pasir Mas. Saya katakan pada Ibu, saya mahu ke DQ! Entah apa yang mendorong saya. Tapi wkatu itu semangat saya kuat. Sehingga ibu tidak membantah sedikit pun. Ibu Cuma bertanya tentang persiapan, samada saya mampu mnyiapakan semuanya sebelum tarikh pendaftaran. Saya kata, saya mampu. Maka, keesokannya, saya mula operasi menguruskan semuanya. Daripada yuran daftar, pakaian requirement dan segala peralatan. Saya usahakan sendiri. Dan Alhamdulillah, saya Berjaya selesaikan semuanya. Ibu Nampak kesungguhan saya. Maka, pada tarikh yang tertera di surat tawaran, saya menjejakkan kaki ke bumi Darul Quran, sebagai pelajar Persijilan Tahfiz Quran 2008/2009.

kehidupan terindah di DQ

Tapi rupanya Allah tidak menguji saya hanya di situ. Di DQ, saya masih teruji dengan kesihatan. Setiap minggu, saya pulang ke Kelantan, untuk mendapatkan rawatan atau berjumpa doctor. Semuanya susah, tapi entah bagaimana saya boleh menjalaninya dengan tabah. Saya memikirkannya sekarang. Kadang-kadang, seminggu saya tidak datang kelas kerana mendapat cuti sakit. Mungkin saya sedikit ketinggalan daripada orang lain. tapi cukup membanggakan saya mampu tamat hafazan Al-Quran pada 6 Februari 2009, tarikh yang dikira awal. Paling awal antara kawan-kawan yang seangkatan. Alhamdulillah. Pandai Allah memujuk. Walau saya banyak ketinggalan, tapi Allah mudahkan hafazan saya. Kadang-kadang saya mampu menghantar 10muka surat sehari. Saya sendiri tidak pasti bagaimana saya melakukannya. Semuanya kurnia Allah. Yang menduga dan yang mengubat luka. Subhanallah!

Sewaktu keputusan peperiksaan SPM keluar. Saya antara yang paling kecewa. Saya kecewa. Dari keputusan percubaan yang cukup membanggakan, saya jatuh berdebuk. Aduh! Sakitnya tidak perlu diungkapkan. Memang sakit. Malah pahit. Abang dan kakak yang ada sewaktu keputusan SPM keluar, saya tahu mereka kecewa. Saya pandang wajah mereka yang tersenyum, tapi saya tahu hati mereka kecewa. Saya hancurkan harapan ibu ayah. Saya tak mampu menyaingi kakak dan abang. Ya, saya kecewa. Saya kecewa kerana saya tidak mendapat apa yang saya mahukan, apa yang saya usahakan. Tapi saya terubat dengan kata-kata ibu dan adik beradik saya. Mereka menyenangkan hati saya dengan pelbagai cara. Terima kasih yang tiada terhingga. Sebab itu mereka sangat saya sayang sentiasa. Tiada tandingannya.

Saya kira, saya bukan saja kecewa, malah saya mengecewakan harapan ramai orang yang menyayangi saya. Tentunya keluarga. Bertambah parah kekecewaan saya. Hanya Allah saya jadikan tempat pergantungan, meluahkan segala rasa yang datang bertapa. Saya mula belajar untuk menerima semua yang Diia berikan pada saya. Sejak peristiwa ini menimpa, saya mula belajar dewasa. Belajar menjadi manusia yang redha. Dan belajar menjadi hamba yang bercinta denganNYA. Sejak dari peristiwa ini, saya mula berubah. Sedikit demi sedikit. Menjadi hamba yang lebih dekat denganNYA. Banyak hikmahnya. Kalau saya cemerlang dalam SPM, mungkin saya tidak ke DQ. Mungkin saya tidak menjadi Al-Hafizah kini. Mungkin saya tidak menjadi seperti hari ini. Segalanya mungkin.

Sejak peristiwa ini juga, saya tidak takut untuk kecewa. Kerana saya yakin, Allah pasti mengubat luka. Caranya pelbagai. Cuma masanya tidak kita tahu. Itulah perlunya sabar. Kalau semuanya Allah bagi awal-awal, tiada ertinya bersabar. Allah suruh kita menunggu dan bersabar. Supaya hati kita lebih mahu dekat padaNYA. Saya tidak takut kecewa lagi. saya yakin, kekecewaan itu pasti ada hikmah besar disebaliknya. Saya cinta DIA yang mengajar saya banyak tentang erti kehidupan menjadi HAMBA.

*kisah hidup di DQ bakal saya sambung. Insya allah. Jika Allah izinkan. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

murabbi said...

wah...
sronok2...
best bace entry ni..
x sbr tuk entry strusnye...
;)

husnataqwa said...

pandai bagi semangat, :)) syukran sudi baca. +___+

Anonymous said...

nice2.. suke bace. sejarah hidup yang menarik untuk dikongsikan. teruskan perkongsian..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.