♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, November 19, 2010

kalau saya kata tak..

Salam. Apa habaq orang kampung? Sedap makan daging? Jangan makan banyak snagat. Ingat, minum air suam banyak-banyak, tak kasi lemak beku. J jangan makan daging berlebihan, nanti darah tinggi. Tanak nanti ada yang dalam meeting, tekanan darah meningkat, susah pulak nak hantaq p PPUM. Kena bayaq banyak tu. Eeh, melalut pulak. Opss. Mencacai pulak. J ahhaa. Perkataan baru tu, mencacai. J

Seorang sahabat bertanya,

Nak makan sayur tak? Saya kata tak. Dia kata lagi, makanlah sikit. Baek untuk budak-budak tak cukup zat macam saya. Saya kata tak. Dia berleter lagi. macam-macam. Saya diam. Dia sambung berleter panjang-panjang. Pas dah abes berleter, dia Tanya, nak sayur tak? Saya kata, kalau saya kata tak. Maksudnya tak lah.

Sepupu saya bertanya,

Nak pergi dinner kat luar? Saya kata tak. Sepupu saya pujuk-pujuk. Nak drive la. Nak belanja la. Nak makan tom yam la. Tapi saya kata tak. Maksudnya tak. Kalau tak, maksudnya tak lah.

Abang saya Tanya,

Tadi makan ais tak. Saya kata tak. Abang desak-desak. Cakap betul-betul. Saya kata tak. Abang marah-marah. Jangan main tipu,dia kata. Saya kata TAK, maksudnya tak. Susah nak faham? Abang Tanya-tanya lagi. saya kata tak. Ada maksud lain ke dari perkataan TAK tu? Saya tak tahu. Yang saya tahu, TAK tu maksudnya TIDAK,TANAK,TADAK,TAMAU.

Kalau saya nak, saya kata YA. Kalau saya makan ais, saya diam, tak jawab. Haa, yang tu macam-macam boleh tafsir. Tapi kalau saya kata tak. Maksudnya TIDAK. Bukan nak berbasa-basi ke apa ke.

Alamak. Maaf, hari ni tension sebab semua orang tak percaya dengan jawapan TAK yang saya bagi. Tolong percayakan saya boleh tak? Penatlah saya nak jawab banyak kali. Penat saya nak yakinkan kamu.

Ok lagi satu,

Kamu suka dia tak? Kalau saya kata, TAK. Maksudnya TIDAK lah tu. Buat masa sekarang. Nanti kalau masa depan, saya tatau. Kamu pun tatau. Sape-sape tatau. Hanya Allah yang tahu. Tapi sewaktu saya jawab TAK tu, maksudnya itu jawapan untuk waktu itu. Bukan masa depan. Saya bukan doraemon yang buleh Nampak masa depan.

Kamu suka dia?

Tak.

Ye ke? Pasni-pasni kalau kamu suka dia?

Pasni-pasni kalau saya suka dia, kamu Tanya, saya jawab YA.

Ok?

Wah. Memang tension nampaknya.

Bagi saya Mat Kool icy grape satu!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

haha. cumell la kak husna.

hafiz said...

yelah, kalau tak mahu takpe..

husnataqwa said...

memang cumell.
hafiz-apakah?

hafiz said...

apa-apa sajelah cik husna. hehe.
kalau dah keras kepala tu, keras kepala jugaklah. kalau dah ego tinggi tu, ego tinggi kat situ lah. dari sekolah lagi dah tahu. tak sangka sampai tua pun macam ni. apa salahnya kurangkan ego. tak rugi..

husnataqwa said...

eh,ade kaetan dengan ego ke?

husnataqwa said...

lagi satu, belom tua lagi lah.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.