♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, November 18, 2010

Otak program :)


Semalam anak sepupu mengajak saya ke rumahnya. Saya mengikut. Melihat telatah budak kecil, saya rasa terhibur. Baru perasan, saya sukakan budak-budak rupanya. Setahun dua tahun umur,paling saya suka. Sekarang anak saudara bongsu saya, Ali, menjadi alat permainan saya. Best main budak-budak. Tadak banyak ragam. Dia nangis, bagi susu. Dia nangis jugak, ulik sampai dia tidur. Kadang-kadang dah habis satu surah Yasin, tambah pulak dengan Al-Waaqiah, tanak tidor jugak, saya cubit kuat-kuat, bila dia nangis, saya bagi pada kakak. Lepas tu dia tidur lah! Jahat juga saya ni. Kejam. Kejam.

Sewaktu melawat ke rumahnya, tiba-tiba neneknya diserang sakit jantung mengejut. Saya sendiri terkejut. Neneknya sedang makan di ruang dapur. Tiba-tiba saya dengar sesuatu terjatuh. Saya menyuruh budak-budak ni pergi tengok. Sekali diorang kata, "Tok Mek meniarap kat dapur la kakak!"

Saya berlari ke dapur. Sepupu yang lain mengikut. Neneknya terbaring di lantai. Patutlah mereka kata Tok Mek meniarap, neneknya terjatuh dalam keadaan meniarap. Budak-budak ni, memang sungguh lah! Saya tidak tahu tindakan terbaek. Saya tidak sempat belajar bab ni dengan mana-mana doctor yang pernah saya jumpa. Telefon bimbit saya ambil dari poket jubah yang dipakai. Nombor ayah didail. Tidak berjawab. Nombor ibu juga sama. Kebetulan, ibu ayah baru balik dari kerja melapah daging. Mesti diorang penat. Adui! Saya buntu. Ini perlu tindakan segera. Saya congak dalam kepala otak. Pro dan contra saya keluarkan. Tapi saya tiada rakan sekerja. Orang sekeliling semua bawah umur.

Saya berhajat membawa neneknya ke hospital. Tapi saya yakin, jalan raya tentu sesak. Peratusan untuk saya sampai ke hospital dengan cepat, mungkin tipis. Walaupun saya memandu dengan lampu kecemasan. Kalau jalan sesak, susah jugak. Pengalaman memandu dengan lampu kecemasan untuk ke hospital di musim hari raya, saya aplikasikan. Tak boleh. Geleng kepala. Nenek ini perlu bantuan cepat. Saya berfikir untuk mendapatkan ubat, tapi saya khuatir waktu saya menyelongkar bilik nenek mencari ubat, mengambil masa terlalu lama. Saya berhadapan dengan hidup mati seseorang. Ceyt, macam doctor pulak. Saya pegang nadi nenek. Saya minta budak-budak kecik pergi dapatkan bantuan. Beberapa orang tiba. Tapi mereka memandang saya, seperti saya seorang doctor. Mata mereka seperti mata waris pesakit merenung seorang doctor, dengan harapan, "selamatkan dia!". Saya mula buntu. Saya menelefon beberapa nombor doctor yang ada dalam simpanan saya. Ini telefon saya baru pakai, banyak nombor tiada. Tapi sayang, memandangkan hari raya, doctor tak jawab panggilan saya.

Saya membuat timbang tara pelbagai sudut. Tiba-tiba dentuman kuat kedengaran dari arah depan. Saya terfikir, budak ni main mercun ke? Saya lihat ramai orang berkejar kea rah sana. Bau hangit menusuk hidung. Budak-budak ni memang nak kena! Saya keluar ke depan sebentar. Melihat sebuah computer kepunyaan pak cik saudara saya hangus! Orang ramai menyiram air kea rah api kecik tersebut. saya gundah gelana. Saya biarkan orang=orang tersebut menguruskannya. Saya lihat nenek. Dia masih berbaring,sesak nafas. Selepas timbang tara banyak perkara, akhirnya saya terlupa cara paling mudah. Menelefon ambulan! Lawak bukan? Kalaulah saya fikirkan sejak awal.. tentu nenek tersebut tidak menunggu lamanya saya membuat keputusan. Saya mendail nombor rakan saya di hospital lati. Saya minta bantuannya untuk hantar ambulan ke rumah anak sepupu saya. Atas pertolongannya, selepas 12 minit, saya kira dengan jam, ambulan sampai. Nenek tersebut dibawa ke hospital. Saya tidak mengikutnya, saya Cuma katakana pada pemandu ambulan, kalau ada apa-apa telefonlah saya! Bila saya cerita macam tu pada keluarga, semua orang gelakkan saya. Kenapa? Yelah, macam la satu dunia ada nombor telefon saya. Lagi satu, takde masanya pemandu tu nak call saya. Mereka gelakkan saya dengan beriya-iya. Saya sengih sajalah.

Saya balik dab bercerita dengan riang pada keluarga. Mereka mendengar dengar khusyuk sekali. Menarik kot. Akhirnya, abang saya kata,

"kamu ni selalu pergi meeting, sana, sini, otak pun dah jadi otak program. Banyak fikir. Baguslah.bernas sangat pulak tu!" sindir abang. Saya sengih lagi.

Otak program? Betol jugak. Tanpa sedar rupanya. Best jugak selalu handle program, kita berfikir pun dah jadi ala-ala program. Menarik sungguh. Mana nak cari orang fikir pro dan contra dalam waktu emergency tadi. Sungguh bagos.

Orang kata, asah parang sampai tajam. Saya nak kata, latih otak biar matang.

p/s: sebenarnya banyak event lain yang terjadi menyebabkan abang saya selalu kata, saya 'otak program', nak pergi KB pun saya timbang tara pro dan contra. Sampai sejam saya fikir, baru saya bagi jawapan apa-apa. Kadang-kadang, nak makan tengahari kat luar pun saya sempat buat pro dan contra. Mereka terpaksa tunggu saya menganalisa dulu. Takpe, tunggu la, janji analisa saya bagos, kan? Lawak jugak. Abang kata, nanti kalau abang nak kawen, kalau saya jadi wedding planner, habeslah dia! Hahaha. nasib baek saya tak buat SIX THINKING HATS tau. :)


saya nak jadi mahasiswa yang berfikir. jangan sekat pemikiran saya. biarkan kami, mahasiswa berfikir ya!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

detective said...

aik na, cam mana komputer c din meletup tu? tak tahu pulak tadi call umi tak cakap yang tu.

husnataqwa said...

diorang maen lilin kat situ D. ade ke patut. budak2 ni klo tinggal jap je macam2 diorang buat. nasib baek api tu tak melarat. adui. amboi, cepat berita sampai ke oversea nampakny, +__+

detective said...

kebetulan call umi tadi. nasib baik na ade, kalau tak, sian tok mek tu. anyway, na memang genius pun. otak program.. kim salam tok mek kalau p lawat dia kat wad ye na. rindu berada di sana.

husnataqwa said...

yelah D. insya allah. esok ade open village. kena buat turun padang ni. kalo kita ade ramai2 kan best D. hem. tape la, berkorban sket kan kat sana. boleh makan unta. kat sini lembu je. tu pun dah muak. tdi makan malam goreng telur je. anyway, D, selamat hari raya aidil adha di perantauan. :)

kami LG said...

six thinking hat? kak husna memang lawak. haha

husnataqwa said...

eeh, mane ade buat lawak. akak cakap betollah, +__+
tapi sempat buat pro cons je la. hehe

detective said...

open village? menariknya. selamat hari raya jugak buat na. sekarang tengah bz sket. jarang dapat lawat blog ni. jadi tak up to date sangat. na thannks. take care na.

husnataqwa said...

yelah,. blajo molek2 lah. semoga sukses.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.