"Kak, ada orang tak berapa sihat kat bawah tu." Saya pada waktu itu sedang meng'update' blog,setelah selamat sampai tengahari tadi dari Seremban.
"Ye? Tak pe, pi tengok dulu. Kalau dia tak ok, bagitau akak ye." Kata saya, seolah melepas cakna. Yang mengadu berlalu pergi. Saya masih asyik dengan computer riba. Berbual bersama dua orang peneman yang ada disini pada waktu itu. Sesekali bergelak ketawa. Aduan tadi seolah terabai. Saya berlagak tiada apa-apa.
Alang datang. Memberitahu sesuatu yang kurang enak dibawah. Mengajak saya turun. Alasan saya, saya mahu solat Isyak terlebih dahulu memandang waktu itu azan Isyak baru saja berkumandang.
"Aku nak solat isyak dulu. Sat lagi aku turun lah." Mungkin aku terpengaruh dengan niat asalku sewaktu maghrib tadi. Malam ni nak rehat-rehat. Tadi dari Seremban, rushing terus balik ke UIA. Esok ada family day MEDCY. Niat itu membuatkan saya semakin ingin berehat-rehat. Niat yang tidak baek. Setiap kali saya berniat begini, pasti sesuatu terjadi. Memang tak boleh niat nak berehat. J
Kemudian saya bersolat Isyak. Seusai sedikit wirid dan doa, saya kembali ke laptop. Ber'chatting' dengan abang membuat saya lupa pada berita tadi. Saya terus girang berbual dengan abang.
"Eh, Husna, tak nak turun bawah ke? Jom la tengok keadaan kat bawah." Kata Farah Adlina.
"Ah, canni lah. Kau turun dulu dengan Wirdah. Apa-apa nanti bagitau ye." Kata saya. Mereka menurut. Mereka berdua turun ke bawah. Waktu itu saya masih leka dengan YM bersama abang.
Setelah 10 minit, saya mengambil telefon, menyarung tudung, lalu turun ke level bawah. Melawat bilik yang berkenaan.
Terkejut dengan keadaan, panic dengan situasi, saya terkedu. Tidak mampu berkata apa-apa. Semuanya sudah terlambat. Semuanya sudah terjadi. Kalaulah saya sedikit awal ke tempat kejadian. Kalaulah saya tak menunda-nunda untuk turun ke bawah. Kalaulah saya tak rasa malas untuk menjengok. Kalaulah saya…. Semuanya menjadi kalau.. dan kalau.. antara emosi dan rasional, saya mula rasa tak sedap. Saya ketepikan emosi. Rasional saya letak di depan. Melakukan apa yang boleh. Farah Adlina dan Wirdah menguruskan urusan dengan guard. Muna Adila menguruskan urusan dengan Madam. Saya? Entah. Menyelaraskan mungkin. Decision maker? Pun mungkin. Sesekali menjenguk mangsa. Perasaan bersalah memang tidak dapat diketepikan. Atiqah Razak menemani mangsa. Saya mula gelisah. Keputusan diambil, ke PPUM adalah muktamad. Segala urusan diuruskan oleh pembantu yang begitu cekap. Memang mereka cekap. Sejak dari dulu, saya akui. Huuh.
Mangsa semakin pucat. Lembik dan semakin lemah. Saya tidak punya apa-apa peralatan untuk membantu. Saya tidak punya apa-apa idea untuk meringankan kesakitannya mungkin. Saya sekadar memastikan denyutan nadinya. Yang kadang-kadang laju, kadang-kadang sedikit perlahan. Tapi itu tidak memberi kesan. Menunggu ketibaan kereta untuk membawa kami ke PPUM.
Setibanya di PPUM, pelbagai urusan pula terpaksa diuruskan. Di unit kecemasan, saya bertindak pantas. Saya cukup mahir di ruangan ini. Tapi kebiasaannya saya menjadi pesakit, kali ini saya menjadi waris pesakit. Saya cuba menguruskan sebaek mungkin. Pengalaman ibu dan abang saya aplikasikan sebaek mungkin. Setiap kali berurusan dengan doctor, ayah saya suka berpesan, " Walaupun kita mampu bayar gaji doctor sekalipun, kita mesti menghormati doctor, kita mesti rendah diri dengan doctor, dan mesti professional berhadapan dengan doctor, no emosion needed" pesanan ini saya ingat. Sampai bila-bila. Bukan hanya ketika berhadapan dengan doctor, malah ketika berhadapan dengan siapa saja.
Kesana-kemari saya dan Muna Adila cuba melakukan yang terbaek. Part yang tenat, apabila kami mendapat bil dari doctor dan diminta membayar di kaunter. Nasib saya baek sempat menggapai wallet di atas meja sebelum ke mari. Tapi sayang, wallet tersebut tidak tebal dengan wang. Tebal dengan kad-kad yang tidak saya ketemu tempat yang sesuai untuk saya cocok kad tersebut. nasib saya baek, Muna Adila mempunyai sedikit wang. Kira sedikit dengan jumlah yang sepatutnya dibayar. Muna Adila menghubungi mereka di CFS. Kami berdua Cuma di PPUM. Dan berkomunikasi dengan Madam.
Mendapat laporan dari doctor mengatakan semuanya normal, hati saya sedikit tenang. Walaupun geloranya masih terasa, tapi sekurang-kurangnya satu kerisauan telah berlalu. Namun ianya tidak berakhir disitu. Pelbagai ujian dan segala bagai [biasalah hospital] terpaksa dilakukan. Dan sekali lagi semuanya memerlukan wang. Kami berdua kehabisan wang. Nasib kami baik, kehadiran Wirdah, Atiqah Razak dan Farah Adlina menyelamatkan keadaan. Mereka dihantar Kak Noni setelah berurusan dengan guard yang sangat liat. J [biasalah, karenah birokrasi.]
Seawal pukol 9 malam mungkin kami berada disitu. Hingga sewaktu mereka datang, jam sudah menunjukkan hampir 12 malam. Kami menunggu segala bagai uji kaji selesai. Tapi macam taknak selesai saja. Tkebetulan malam tersebut perlawanan bola sepak peringkat akhir antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Sempat juga saya menjeling tv. Bukan saja menjeling, malah tumpang bergembira diatas kemenangan negeri saya, Kelantan pada malam tersebut. dan melihat pemain Kelantan sujud syukur dengan seluar pendeknya. Kan saya dah kata, kan senang kalau pakai seluar panjang. J
Kami lepak di luar hospital sementara menunggu. Dentuman kuat kedengaran. Rupanya kemalangan berlaku berdekatan. Alhamdulillah. Kami terselamat. [padahal kemalangan berlaku hampir 30meter dari tempat kami lepak]. Tidak lama kemudian, kehadiran saudara terdekat mangsa menyenangkan hati kami. Yelah, dah tengah malam, kami perlu pulang ke asrama. Terfikir jugak untuk tidur di hospital sahaja pada malam tersebut, memandangkan tiada kenderaan untuk kami pulang. Memandangkan warden pun semua dah balek. Dan mempunyai musyaqqah tertentu untuk datang mengambil kami. Saya pasrah saja seandainya terpaksa tidur di hospital sudah cukup biasa. Lagipun kami berlima. Ada juga cadangan dari kami untuk pulang menaiki teksi atau berjalan kaki. Katanya, berjalan sambil berbual takkan terasa. Nanti sampai jugak CFS tu. Tapi saya kira tak relevan memandangkan kami semua perempuan dan malam yang sudah lewat. Kalau di Pasir Mas mungkin saya berani melakukannya. Kalau di Selangor ni, saya kurang yakin. J
Nasib kami baik, van keselamatan datang untuk mengambil dua orang pelajar yang kebetulan pada waktu itu ada di hospital. Setelah meminta izin dari saudara mangsa. Dan mendengar penjelasan terkahir doctor yang membuat saya mula sakit kepala, kami mengambil keputusan untuk pulang bersama van keselamatan tersebut. bertuah dikurniakan teman yang hebat. Pemangkin semangat dari kalian membuat hati saya sedikit tenang. Meminta izin Pak Cik Pian untuk menumpangkan kami sangat senang. Pak Cik Pian memang baeek. Maka kami memenuhkan van tersebut. lantas, sesekali bergurau meminta pakcik singgah di KFC. Memandang kami amat kelaparan. Tidak menjamah makanan sejak tadi. Memang lapar. Kalau balik CFS konfem kiosk dah tutup.tidak disangka, pak Cik Pian sangat sporting. Memang kami berhenti di KFC dan membeli sedikit bekalan [sebab duet tak banyak] untuk mengalas perut yang kelaparan.
Kami tiba di UIA hampir pukol 2 pagi. Berkumpul di bilik sambil menyantap hidangan KFC. Dalam keadaan penat, kami tetap bercakap-cakap dan pelbagai cerita dari semua orang tentang peristiwa tadi. Menarik. Tapi dalam hati, tetap mengundang gelisah. Kita berusaha, moga Allah memberikan yang terbaek. Moga-moga keadaan mangsa khair-khair saja. Saya harap tiada mudarat.
Malamnya, kami tidur beramai-ramai. Orang kata, biljamaah. Kalau dah ramai ni memang susah dah nak pejam. Macam-macam topic yang ada. Itu ini dan sebagainya. entah pukol 4 ke 5 pagi baru tertidor. Hebat sungguh penangan ukhuwwah.
Esoknya saya menghadiri Family Day MEDCY. Kepala pening-pening lalat. Memandangkan Presiden saya kurang sihat, maka saya tidak sanggup nak tinggalkan padang begitu saja. Mestila kena amek cakna semua. Menjadi orang atas tak boleh melupakan orang bawah. Maka, saya bersama-sama mereka sehingga Family Day berakhir. Alhamdulillah. Kemudian selepas Zohor, kami bergegas ke Mid Valley. Mencari sedikit perlatan belajar di Jusco. Alhamdulillah. Allah mudahkan segala. Sesekali teringat kisah di PPUM. Merasa diri saya bersalah. Kalaulah saya cakna dan cepat bertindak, mungkinkah semua ini tidak terjadi seperti hari ini? Tapi saya cuba berlapang dada. Ini ketentuan Ilahi. Ini perancangan yang Maha Agung. Tapi saya tidak dapat menafikan, saya merasa sedikit bersalah. Moga-moga Allah ampuni dosa saya atas kelalaian dan mungkin, ketidak ikhlasan saya sendiri. Maha Suci Allah, saya berlindung dari segala kemudaratan.
Kata-kata penenang dari adek beradek saya, dari rakan-rakan sekeliling membuat saya mula merasa senang. Alhamdulillah dikelilingi jiwa-jiwa yang kental menemani segala rasa yang muncul. Penangan sungguh! Sekurang-kurangnya saya mendapat pengajaran berharga dari peristiwa ini. Saya perlu lebih cakna. Perlu lebih ikhlas dan elak selalu ingin berehat. Berehat bukan aktivit terbaek untuk orang seperti kita. Terima kasih saya ucapkan buat sahabat seperjuangan yang tiada henti menguatkan sesame kita dalam membantu muslim sesame kita. Moga ada tarbiah dan hikmah yang Allah selitkan buat kita dalam segala apa yang terjadi. Moga-moga. Insya Allah.
2 comments:
k.husna:sape yg sakit?
for some reason, terpaksa dirahsiakan.. asiff jiddan.. +___+
Post a Comment