Sewaktu memulakan semester satu tahun kedua. Saya mengmabil subjek Chemistry dan Biology. Waktu tu, dijadikan cerita, saya tak bawak kalkulator ke UIA! Bengang sungguh. Gane nak kira-kira kimia kalau kalkulator tade? Dijadikan cerita, saya report pada ayah. Saya tiada kalkulator. Waktu awal-awal start sem, ditakdirkan ada kuiz. Waktu tu saya tade kalkulator lagi. maka pergilah saya ke dewan kelas dengan semangat, dah banyak study ni. Bila nak jawab soalan, mencari-cari kalkulator. Tapi sayang. Tiada!
Tengok orang sebelah. Alamak. Sume tengah khusyuk je mengira. Tengok orang depan, eh muslimin! Huh. Mencabar.maka jawablah saya kuiz dengan mengira pakai jari. Lawak. Bengang pun ada, sebab soalan tu tahu macamana nak jawab, tapi tade kalkulator.kira-kira tak dapat. Kira pakai tangan mana nak efektif!
Balek dari kuiz, saya telefon ibu. menangis-nangis. Biasa la tu beb. Kuiz dah burn kiranya. Padahal ok je study. Dah la dah menyesal banyak kali maen-maen dengan kuiz. Senget sungguh. Pastu ibu kata, nanti ibu suruh ayah postkan kalkulator esok. Saya menarik nafas lega.
Esoknya, saya mendengar nama saya dipanggil di speaker mahallah untuk mengambil parcel. Dengan bahagianya saya turun ke MO (mahallah office). Tiba-tiba saya ternampak parcel saya, besar sungguh! Takkan kalkulator je dalam ni? Mesti ayah saya bagi something ni. Duet? Tiket pergi balek ke Kelantan? Buku cek? Makanan best? Excited saya naek ke bilek dan membuka parcel tersebut.
Alkisahnya terpegunlah saya melihat ada 4 biji kalkulator di dalamnya! Wah! Memang menakjubkanlah! Dua kalkulator biasa. Lagi dua kalkulator best, canggih sket. Memang besar la mata saya, nasib baek tak keluar biji mata ni. Saya pun keluarkan kalkulator itu dengan bangganya. Saya susun diatas meja. Pening. 4 kalkulator. Nak buat apa. Masuk exam bawak satu je.
Tiba-tiba, sewaktu saya nak buang pembalut parcel tu, saya tercicir satu kertas, di situ tertulis,
" 1 letak dalam beg, 1 letak atas meja, 1 letak dalam almari, 1 letak dalam laci. Pergi kuiz mesti ada persediaan. Nak belajar,mesti ada kelengkapan dan kesungguhan"
Nota yang kecil itu membuat hati ini bahagia. Teruja. Bersemangat waja. Oh….
Sampai macam tu keciwanya hati seorang ayah bila seorang anak yang nakal ni pergi kuiz tak bawak kalkulator. Sedihnya hati seorang ayah. Ibu apatah lagi. sanggup di beli, di hantar, kalkulator, 4 pulak tu, supaya anaknya tidak lagi gagal dalam kuiz. Syahdu sungguh rasa hati.
Namun, anak ayah ni degil. Hari tu pergi kuiz chem2, terjenguk-jenguk. Termenung-menung tengok soalan. Dengan mulut asyik mengulang perkataan "what a chapter. FUhhh." Tak boleh jawab kuiz, sangat. Sangat. Sangat. Keciwa dengan diri sendiri. Kecewa kerana mengecewakan ibu ayah. Kecewa kerana tidak bersungguh-sungguh. Semoga Allah meredhai. Semoga Allah mengampuni dosa anakanda yang sering mengecewakan ibu dan ayah tercinta.
Ku mohon doa dari ibu ayah, semoga perjalanan hidup ini terus cerah, seindah suria pagi yang memerah. Allah, aku mohon, lindungilah ibu serta ayah. Salam sayang dari anakanda tercinta. J
2 comments:
sweetnya!!! =p
sweetnya!!! =p
Post a Comment