♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 07, 2010

'akad' yang tidak menghalalkan.


Taqdim @ Tunang tidak memberi anda tiket untuk membuat apa yang anda mahu.

"Awak, saya bila tengok kat awak ni, rasa macam ada satu perasaan lain je. Saya sukakan awak lah. Sudi tak awak kalau saya taqdim awak untuk menjadi teman hidup saya suatu hari nanti?" (contoh saja)

"Alhamdulillah. Dah lama saya tunggu awak cakap macam ni. Gembiranya hati saya. Saya sudi wak. Saya terima.." (contoh saja)

Terpulang. Nak bertaqdim atau bertunang atau apa saja.
tapi ia bukan tiket untuk anda bebas dalam bermualamat.
Kalau dah suka sama suka tu, jagalah akhlak dalam bermuamalat.
Masing-masing tahu, kalau dah suka sama suka, hati pun mudah tergoda.
Bukan nak marah, tapi nak nasihatkan saja.
Bukan cemburu anda ditaqdim, anda bertunang dan sebagainya. Tidak.
Tapi sadis melihat orang yang bertaqdim tapi tidak menjaga hubungan.
Dengar taqdim tu rasa dah sodap dah. Tapi bila dihiasa benda-benda yang tak sedap dengar ni rasa panas jugak.
Benar, anda bebas melakukan apa saja. Dan orang lain juga bebas untuk bersuara.
Takpe, kalau dah bertaqdim tu, yaqinlah pada DIA dan dia.
Insya Allah, tak perlu contact selalu-selalu. Tak perlu mesej tiap-tiap hari.
Kalau dah sayang tu, tak contact pun totap sayang.
Kalau dah cinta tu, tak contact makin bertambah cinta.
Tak gitu?
Bukan nak kata saya ni baek sangat. Tapi saya sadis melihat mereka yang bertaqdim, tapi berhubung dengan 'tunang'nya macam apa saja. Subhanallah. Masya Allah.
Ingatlah, "AQAD" taqdim tu bukan akad yang menghalakan. Akad yang kalian anggap suci itu jangan kotorkannya.
Saya cuma menyuarakan pendapat. Saya tak kesah anda setuju atau tidak.
Mungkin saya masih belum diuji dengan keadaan yang sama.
Tapi harapan saya, kalau kita bertaqdim @ bertunang sekali pun, jagalah hubungan moga ia tetap berkat. Takpe, biarlah DIA menjaga si dia buat kita. Tak perlu nak bangun tido mesej, pergi kelas mesej, nak tahu si dia sihat ke idak. Takpe, minta pada Allah jaga si dia. Insya Allah penjagaannya lebih baik. Tak percaya? Try buat. Mesti kita rasa lebih bahagia.
Insya Allah.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

Anonymous said...

yelah tu takde pengalaman. tak payah tipu2.. terima kasih atas perkongsian pendapat. setuju tapi tak semua orang boleh buat macam tu..

sarah said...

kak husna.. :((

Nor Atiqah Mahzan said...

...kdg2 ada juga anggap perkara ni mcm cinta scara Islam..msg kol guna ana enti anta,ustazah ustaz..tp msg tentang hati dan perasaan..jgn gunakan bayangan Islam membutakan mata sendiri...jodoh tu dah ditetapkan,klu dah usaha cukuplah dengan tawakal,tak perlu msg@kol hingga ke tengah malam..insyaAllah keberkatan akan menghasilkan kesetiaan yang abadi..

nurulhusna said...

betol tu tiqah. kak husna setuju sangat. harap2 ini satu caranya untuk menyedarkan jiwa yang dalam ketiduran. jangan buta kerana cinta. kita ada agama, perlu peka.

anonymous - geram sungguh.. ada bukti ke?

sarah - ni nape plak nangis2 nih? jangan sedih2..

Anonymous said...

maksudnya tak boleh contact langsung ke?

sarah said...

bukan tak boleh contact langsung, tapi berpada-padalah. buat apa nak contact? tengok balik tujuan kita contact tu. kalau penuh dengan perasaan cinta, takut nanti ada nafsu. bila ada nafsu, mula2 call2, mesej2, pastu tadak sapa tau apa yang bakal berlaku lepas tu. tak kira lah awak ustzah ke. berapa ramai ustazah yg buat hal? bukantadak. jadi berhati-hatilah. jangan jadikan 'islam' bayangan untuk kita bercinta secara bersembunyi di sebaliknnya. ok tak kak husna? hihi

Anonymous said...

kita sangat sayangkan golongan2 yg trsemat Al-Quran di dada ni..krn anda ada kelebihan yg tak sume ada..moga2 sume dapat lepasi ujian2 dunia ni..krn sya perlukan qudwah hasanah dr anda...dan moga dielakkan dr kita sendiri menjadi fitnah kpd agama..cuba hadam nasihat yg diberi..jgn butakan mata dgn cinta sementara,sedangkan hidayah datang dr segenap arah kpd anda..kdg2 cinta sahabat itu lebih besar berbanding cinta seorang lelaki yg penuh dgn kata2 indah..

Anonymous said...

bila mana lelaki dan wanita ini mempunyai hubungan/declare,memang akan timbul 1 perasaan lain..apatah lg dibiasakan dgn msg dan call..ia akan menimbulkan rasa mabuk cinta..sentiasa nk msg@call wlupun xda mende pun nk ckp..sume nasihat sahabt dah tak nampak baiknya..itulah sbb knp lebih baik xperlu cntct lgsg..cntct utk keja je..brdasarkan pengalaman percayalah bila mana jika ditakdirkan cinta terhenti di tgh jalan..akan timbul rasa penyesalan..rasa sia-sia msg@call kita selama ni..bazir masa&wang..bila cinta dh tiada di hati..lg 1,jika lelaki pilihan anda seorg yg ikhlas kpd anda,dia takkn sggup mendorong anda ke jln yg tidak elok..dia akan cuba utk mengelak msg@call anda jika tiada tujuan penting..percaya x??renung2kan,amik yg elok,yg xelok buang jauh2 ye..

Syafiq Aizat said...

Saya suka entri ni..thanx atas perkongsian..
salam perjuanagn...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.