♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, December 12, 2010

Seindah hari ini.



Kalau kita kenangkan semua kenangan, tentu kita berasa seakan-akan mahu terbang ke zaman silam. Betul kan. Tambah-tambah kalau kenangan tu kenangan yang memang beshhh.


Setiap orang punya kenangan dan impian tersendiri. Yelah, semua orang merasai kemanisan dan kepahitan hidup dengan cara yang berbeza-beza. Kalau semua orang sama, tiadalah cerianya kehidupan manusia hari ini.


Jangan kecewa seandainya hari ini tidak seindah semalam, kerana semalam itu adalah hari yang telah pergi. Semalam itu adalah sejarah. Pandanglah ke depan, lihatlah hari mendatang. Dan corakkan dengan cemerlang. Insya allah, pasti hati tenang.


Kita melalui hari-hari yang indah dan kita mengharapkannya berulang lagi. betul. Itu betul. Ada ke sesiapa yang tidak mahu keindahan berulang kembali dalam hidupnya?


Tapi ingatlha keindahan hari ini dan disini tidak berkekalan. Tapi keindahan di akhirat sana tentunya abadi selamanya. Kejarlah keindaha akhrat, tapi jangan lupakan dunia. Bawalah akhirat bersama dan jadikan dunia itu jambatan kita menuju ke negeri abadi. Moga berangkatnya kita ke situ dengan jiwa yang suci, yang mengenal Sang Ilahi.




Indah. Indah andai hari ini terancang seperti yang kita mahu. Betul. Tapi lagi indah andai akhirat kita dirancang untuk memburu syurga idaman. Alangkah bahagianya rasa hati. Alangkah bertuahnya diri andai syurga itu mampu dimiliki.




Siapalah kita mahu meminta syurga. Melakukan dosa hampir setiap masa. Siapalah kita mendamba syurga, melupakan Allah bukan sekali-sekala.




Ampunkan saya Ilahi Rabbi. Saya terlalu banyak berdosa, banyak membuat orang lain turut berdosa bersama, banyak melakukan dosa dalam keadaan sedar dan sengaja. Ampunkan saya Tuhan yang Maha menyayangi.




p/s: sedang berjinak-jinak dengan purdah. Masih dalam perhitungan. Moga diberi pencerahan.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.