♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, December 07, 2010

Tokoh Maal Hijrah – Zety Aziz. :)

Tokoh Maal Hijrah 1432. Bila sebut tokoh maal hijrah saya terbayang Balai Islam Lundang Kelantan. Majlis Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kelantan. Tengku Faris Petra ditemani ayahanda Sultan sewaktu itu. Kini Baginda dah jadi Sultan yang best. J

Bila jenguk-jenguk isu semasa,saya ternampak ini.

Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432H / 2010 telah di umumkan milik Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara pada suatu majlis sambutan ma'al hijrah di Pusat Konvesyen Antarabangsa, Putrajaya pagi tadi.


Kehidupan Awal

Beliau dilahirkan Johor Bharu, Johor, di dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, PJ. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.

Bagi sambutan peringkat negeri Selangor, Dato' Dr. Harun Din telah di pilih oleh sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1432H peringkat negeri. Sememangnya pemilihan Dr.Harun Din tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapapun memandangkan jasa2 beliau dalam menyumbangkan dakwah kepada umat islam di negara ini khasnya.

Pendidikan

  • Kolej Islam Malaya (1962-1965) - Sijil Tertinggi Kolej
  • Diploma Pendidikan Al-Azhar, Kaherah (1966-1968). Syariah dari Ain-Shams, Universiti Kaherah (1972-1974) - Ph.D Syariah
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganugerahkan beliau Profesor pada tahun 1986. Beliau telah menulis banyak buku antaranya ialah, manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam, Hudud dalam Perundangan Islam dan banyak lagi.


    Dulu Dr. Yusuf Qardhawi. Saya gembira dan rasa berbaloi. Kini? Zety Aziz? Sebab tandatangannya pasti dimiliki semua orang kat Malaysia ni. J

    Renung-renungkan. Dan fikir-fikirkanlah.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.