♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, January 11, 2011

Bukan pilihan kita, biar pilihan DIA.


Ingin kunukilkan namamu di sini

Tapi Allah lagi tahu siapakah dirimu

Kuat hatiku mengatakan kaulah insan yang teristimewa itu

Aku dapat rasakannya jauh di sudut hati ini

Aku amat yakin namamu tercatat di sisi namaku jauh di sana…

Di Luh Mahfuz tersimpan seribu satu rahsia

Ya…. Aku merasakan petunjukNya

Sungguh tenang hatiku saat mengadu padaNya

Getar hatiku kuat padamu

Tapi aku tiada kekuatan untuk zahirkannya

Aku merasa sungguh malu untuk ungkapkannya

Aku amat takut sekiranya kau menolak diriku yang dhaif ini

Kau hebat dariku

Kau sangat baik banding diriku

Kadang kalamku ini terasa ingin sekali ungkapkan

Sudikah kau menerimaku…

Aku benar-benar tiada kekuatan

Diriku ini seadanya amat mengharapkanmu

Betulkah dirimu tercipta untukku?

Benarkah aku dasar lautan dan kau gahnya langit kebiruan…

tercipta untuk saling melengkapi?


Hari demi hari aku semakin mencari dirimu

Terasa ingin miliki cintamu

Khuatir ia menjadi hak insan lain

Pasti aku sangat terluka jika terlewat walau sesaat

Argh…. Aku sangat buntu…

Kenapa namamu datang saat ini

Sedangkan aku belum bersedia

Tapi tidak salah bukan kalau aku nyatakan hasratku padamu

Mungkin juga ini jalan yang Allah aturkan untuk kita

Semoga kita kuat pegang pada janji ini

Teguh menjaga batas-batas yang ditetapkan

Tapi betulkah tindakan aku ini?

Kalau bukan namamu bagaimana?

Tidakkah aku telah menzalimi si dia yang sepatutnya menjadi temanmu…

dan si dia yang patut menjadi temanku?


Aku sungguh tidak suka dengan ujian begini

Satu kerja pun tidak menjadi

Namamu terbelenggu dalam hati kecil ini

Bilakah mampu aku bebaskan kau pergi jauh

Tapi aku tidak sanggup……..

Kau telah mengetuk pintu hati ini

Ya… kau sungguh istimewa buatku

Sungguh malu aku

Kerana merasa lemah dan tergugat dengan ujian begini

Aku tidak meminta

Tapi Allah memberi

Allah mencampakkan rasa ini pada hatiku

Aku sungguh tersepit

Aku sungguh tersiksa


"Andai benarlah kita ini ditakdirkan bersama

Andai Allah mendengar doa tangisku

Andai benarlah aku mengharapkan dirimu

Andai aku ini tidak tertipu dengan perasaan

Andai nama kita tercatat bersama

Pasti aku redha dengan apa yang aku ada kini

Pasti aku tidak perlu khuatir untuk melepaskanmu

Pasti juga aku tidak perlu gusar sekiranya hatimu bukan milikku kelak

Kerana bukankah itu namanya aku tidak yakin dengan Allah?

Bukankah itu tandanya aku tidak redha dengan ketentuan mendatang?

Di sisi Allah pasti kita bertemu

Kalau bukan denganku..

Pasti dengan si dia yang kau benar-benar kasih

Dan saat itu juga aku bertemu dengan si dia yang amat kukasih

Maka kita mesti yakin dengan Allah

Yakinlah wahai temanku

Pasti yakin dengan janjiNya"





"sesiapa pun dia untuk kita, moga-moga ia pilihan Allah. Diajga batas hubungan antara kita dan dia berlandaskan hukum Allah. Jangan dipilih si dia kerana nafsu. Kelak hubungan yang dibina juga pasti berlandaskan nafsu. Lihatlah kembali hubungan yang dibina, jika penuh noda dan maksiat, pasti hubungan itu bukan keranaNya. Kerana hubungan yang dibina keranaNya pasti mengikut batas syariatNya, pasti takut pada balaNya, pasti mahu menuntut redhaNya dan keberkatanNya."

Salam muhasabah. Serta segenggam tabah.


Mencari ilham untuk menulis soal hati, tapi bukan hanya bertujuan untuk menyedarkan, tapi mahu sahabat-sahabat kuat untuk meninggalkan segala larangan Tuhan. Kerana saya yakin, sahabat-sahabat tahu tentang batas-batas yang sepatutnya dijalankan bila berhubungan, tapi kalian Cuma tidak punya kekuatan untuk meninggalkannya. Mungkinkah petanda lemahnya iman? Atau lunturnya ketaqwaan? Hanya diri sendiri yang mengetahui. Sampai bila mahu berada dalam keadaan yang sama. Berubahlah. Beranilah untuk meninggalkan maksiat yang nyata. J


Kredit to: Wirdah Mohd Zain


And this blog owner.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

zinnirah said...

ikhwan akhowat?? :)

husnataqwa said...

to all of us~ not just ikhwan dan akhowat.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.