♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, January 03, 2011

Hidup baek-baek adikku~

Alhamdulillah. Sabtu lalu, saya berpeluang bersama ibu ayah menghantar adik memasuki sekolah barunya. Sebelum ini adik saya, satu-satunya adik lelaki saya, belajar sebagai pelajar tahfiz di Pondok Lubuk Tapah. Dah dapat 9 Juzu', Alhamdulillah, lebih masyi dari kakaknya. J Memandangkan di sana tidak ada akademik, ibu ayah berhasrat menukarkannya ke sekolah baru. Dengan harapan, selepas SPM nanti ibu ayah bakal menghantarnya ke Yaman seperti sepupu kami Baihaqi yang sedang menuntut di Universiti Iman Sana'a Yaman. Apa saja harapan ibu ayah, tetap kepada Allah segala perancangan diserahkan. Cita-cita ibu ayah untuk melihat anak bongsu menjadi seorang Mufti ataupun Ulama' cukup indah untuk ditintakan.

"Ibu dah puas dah tengok anak menantu ibu semua engineer,doctor.. Ibu nak Mufti pulak!" harapan tulus seorang ibu beserta pengorbanannya.

Pengorbanan wang ringgit paling Nampak. Bila tak mengikut system pendidikan Malaysia, terpaksa membelanjakan sedikit lebih untuk mendapatkan perkhidmatan pelajaran swasta. Masuk ke sekolah baru saja bayarannya mencecah RM2k, termasuk segala kelengkapan. Tidak dikira yuran bulanan hamper RM300-RM400 sebulan. Sungguh mahal pendidikan di Malaysia. J

Setelah dua tahun di Pondok Lubuk Tapah, hidup dengan mewah di Banglo Tuan Guru Haji Abdullah, tanpa persaingan, hanya 15 orang pelajar, tentu adik telah merasa sangat selesa. Di rumah tok sah kata, anak bongsu mana yang tidak dimanja. Tapi melangkah kealam baru menyaksikan perubahan yang cukup ketara. Penginapan bangle berubah kepada sebuah bilik kecik yang tidak sempurna,dulu Cuma 15 orang pelajar kini hamper 300 orang kawan-kawan dari pelbagai latar belakang. Saya yakin menjadi persaingan yang baik buat adik saya untuk beliau belajar banyak perkara.

Harapan saya, moga adik menjadi lebih baek dari saya. Moga tarbiyyah yang adik terima mampu menjadikan adik seorang Ulama Muktabar pada masa akan datang. Target kami sekeluarga, 15 tahun akan datang, insya Allah, adik bakal berkhidmat penut semangat kepada agama dan Negara. Moga-moga harapan mulia ini dikabulkan Tuhan. Moga-moga adik walaupun Nampak masam sewaktu ditinggalkan di asrama yang serba kurang mampu berlapang dada dengan semua aturan Tuhan.

Sungguh, satu-satunya adik yang saya ada, saya harapkan segala kebaekan untuknya. Melihatnya tidak selesa, saya sendiri merasa kurang gembira. Mohon pada Allah, adik bahagia di Maahad Tahfiz barunya, walaupun tidak seindah dulu.

Adikku, mahukan kejayaan yang besar tidak dapat dicapai di dalam sebuah banglo yang mewah dan kesenangan hidup yang mengasyikkan. Sesunggunya kejayaan yang besar itu biasanya datang dari perjuangan yang payah kerana dari kepayahan itu lahirlah mutiara yang berharga. Jadilah mutiara itu dan ingatlah adikku, kakak disini sentiasa menyokong apa saja yang adik lakukan untuk agama. Bacalah Al-Quran dan hafal sebaek mungkin. Moga-moga dengan kecintaan adik pada Al-Quran membuah kecintaan pada Maahad Tahfiz baru. Insya allah adikku.

Harapan ibu ayah untukmu jauh lebih besar berbanding harapan ibu ayah untukku. Maka bergelumanglah dalam usaha besarmu untuk mencapai harapan mulia ibu ayah kita. Moga nilainya baek disisi yang Esa. Selamat belajar dan menempuh alam baru,adikku!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

abi said...

dia nangis tak?

nurulhusna said...

tak..kita yang sedih tengok asrama dia.. takpelah. tarbiyyah untuk dia.. huhu

nurulhusna said...

tapi dia masam je lah.. macam tak gembira.. tapi dia macam biasa jugak. diam tak kata ape.. hem....

abi said...

mula2 gitu la. lame2 ok lah tu. bila ada kawan nanti sukalah dia dok situ. dia tengah sedih lah tu tinggal sekolah lama.tinggal kawan2 dia. takpe.allah jaga orang yg jaga quran. tak gitu ke? same2 doakan dia. usu..usu.. harap dia ok lah.

nurulhusna said...

hemmm.. harap jugak~
tak jawab abang call,silent phone tengah siapkan tesis. +___+
next time lah borak~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.