♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, January 20, 2011

Saya menjalankan tugas je!

Mode : Balek talaqi dari Surau ABC. Muzik background : Ya Rabbi bil Mustofa.

Setiba di depan klinik. Ada dua orang lelaki. Bertenggek di simen dekat klinik gigi. Yang sister pulak bertenggek bertentangan.

Kebetulan ternampak Farah Aqilah.

"Farah, jom tegur."

Alamak. Sume pakat tak berani pulak. [sikap yang tak wajar di contohi]

Ajak Asyitah, Farah Aqilah dan Hajariah borak berdekatan mereka. Cerita itu ini.begitu begini.

"Farah, pergilah tegur diorang tu!" nada suara yang tinggi. Yakin didengari mereka. Yakin!

Tapi mereka tetap buat dek. Rasa itu bukan kesalahan ke?

Sedih dengan suasana PJ akhir-akhir ini. Pakai seluar ketat dah jadi kebiasaan.

Baju pendek dah jadi nomal, tak rasa pelik dah.

Kita yang melihat pulak yang terasa pelik.

Couple depan-depan tu tok sah kata. Memang macam tak buat dosa.

Yang couple belakang-belakang tok sah cerita naa.

Aduh. Tak faham jugak nampaknya. Lama dah ni dok borak kat sini. Tak tahan dah. L

Menghantar pandangan mata. Merenung mereka lama.

Akhirnya yang brother mula rasa 'segan'. Segan-segan kucing mungkin.

Diberitahu pada sister tersebut, "ada orang kat belakang tu."

Sister berpusing melihat kami. Dan mereka bersurai. Opss.

Tak jugak. Mereka berjalan beriringan ke Mahallah. Saya mengikut di belakang. Bersama Farah pada awalnya.

Tapi Farah pulak tertinggal Quran di klinik. Terpaksa patah balik.

Cuak jugak. Perempuan tu Nampak nak marah je pada saya. Takpe. Berani. Berani.

Baru je ustaz sebut, "Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah berbanding Mukmin yang lemah."

Saya nakjadi yang disukai Allah.

Perjalanan di teruskan ke Mahallah Khadijah. Ternampak pulak orang dok main karate. Teringat zaman kanak-kanak.

Skill mungkin dah berkarat. Sejak Allah menguji dengan nikmat saket, sudah lama saya tidak menceburi bidang seni mempertahankan diri.

Sedang dok kenang masa lampau, seperti biasa jalan laju je, rasa macam orang belakang pun sedang jalan laju.

Mula rasa tak sedap hati. Alamak.

Tiba di lif.

Alamak. Dua orang je ke dengan dia?

Naik lif bersama. Menekan nombor lima. Buat tak namoak dan sekadar tersenyum.

"Tak payah sibuk-sibuk halo rang. Buat kerja sendiri sudah lah. Kubur masing-masing."

Saya senyum. Takpelah. Tapi mukanya tak puas hati. Macam nak jawapan je.

Lif laju naik ke atas.

"Saya hamba Allah. Ni bumi Allah. Kalau nak buat maksiat, cari bumi lain selain dari bumi Allah. Saya ada hak. Dan awak pun ada hak nak tego kalo saya salah lepas ni. Hak kita sama. Addiinunnasihah."

Sekadar menyebut kembali hadis ketujuh yang Ustaz Muhadir huraikan dalam talaqi. Agama itu nasihat. Mungkin saya berminat membuat satu post berkenaan talaqi minggu ini. Tunggu ye. J

Saya keluar lif. Whoa! Cuak jugak. Tapi control macho. J

Sebelum keluar sempat menjeling wajahnya. Sayang, wajahnya ditundukkan. Setunduk-tunduknya.

Aih,kenapa pulak. Tengok la saya senyum. Saya bukan nak gado dengan awak.

Mungkin waktu ni senyuman saya yang tak berapa nak lawa pun dia rasa seperti saya sedang ketawakannya. Sedangkan tidak sama sekali.

saya senyum betol-betol senyum.

Bukan senyum sindir.

Siapa saya nak berlagak dengan secebis hidayah yang Allah bagi pada saya malam ni?

Entah-entah esok hari awak jauh lebih baek dari saya.

Tapi saya tetap mohon Allah kekalkan saya di jalan kebaekan.

Awak, saya bukan dengki dengan awak. Tak pernah pun. Malah saya sedih tengok awak pakai macam tak cukup kain.

Saya sedih tengok awak biasakan perkara-perkara yang luar biasa dalam ajaran agama kita.

Saya kecewa juga sebab saya tak mampu pun nak beri awak yang terbaek.

Saya mampu tegur dan tegur. J

Awak, maaf kalau awak rasa muka saya macam sampah waktu saya tego awak.

Tak berniat nak buat muka toya macam tu.

Memang muka saya tak macam bidadari. Jangan awak harapkannya.

Saya bukan benci pada awak. Tapi awak tengok saya macam nak makan saya je.

Nasib baik saya tak tekan loceng kecemasan dalam lif tadi tau. (walaupun sebelum ni selalu je tekan. Main2)

Nasib baik awak tak tending saya keluar bila lift u dah sampai level 5 kan.

Terima kasih awak.

Terima kasih juga sebab awak buat saya sedar bahawa saya kena lebih berhikmah dalam menjalankan amar maaruf nahi mungkar.


Setiba di bilik. Kunci dikeluarkan. Tiada sesiapa di bilik.

Ternampak laptop di atas meja.

Alamak! EAP!!

Esok kena submit!!

Allah tolong saya! Mudahkan urusan saya Ya Allah!!

Doakan saya semua orang. JJJ


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

12 comments:

Anonymous said...

Macam2 berlaku bila culture x brapa baik dibawa dari Nilai dtg bertandang ke Pj.

nurulhusna said...

nature nya sekarang macam tu. tanggungjawab kitalah kan para daie untuk lebih efektif dan optimis dalam berdakwah. gunakan pelbagai cara mendekati gol2 begini, tak kira lah dari PJ mahupun nilai.

kita dok nampak budak Nilai jaa. tak dinafikan mmg terasa bahangnya bila budak law masuk PJ, tapi kita kena ingat, ade yang budak PJ mungkin mengambil kesempatan atas persepsi kita terhadao budak2 nilai.

takpelah. kitakan daie serba boleh. :))

Han Ibn Suib said...

kenapa tiada alasan yang lebih baik untuk mereka berikan selain "kubur masing2??"

dan adakah jawapan yang lebih baik selain "pernah tak mati awak yang gali sendiri, tanam sendiri, talkinkan sendiri dan bla bla bla.."

memikirkan satu jawapan yang sesuai, berkesan dan pada masa yang sama, tak menaikkan darah orang yang ditegur, bukan mudah.. :)

nurulhusna said...

betol tu. uwafiq miah bi miah..

[kaburnya pandangan mata hati dek kerana dunia yang sementara,seolah2 tidak terasa dikejar oleh kematian dan akhirat]

Anonymous said...

hmm ntahlah.. kalau bab pakaian tu, ana rasa, selain tanggungjawab kita,mengajak dan menegur, tanggungjawab lebih berat kepada pihak pentadbiran universiti. mereka ada kuasa, contoh , kita ada pak guard, mak guard yang boleh saman sebab pakaian ketat. itu yang terlepas pandang.. baju pendek, seluar ketat macam dah jadi budaya biasa uia. mungkin kita kena suarakan pada pihak pentadbiran.. sebab mereka ada kuasa untuk atasi..

nurulhusna said...

subhanallah. itu mmg sesuatu yang terlepas pandang.

bila lagi masanya kita nak gunakan persatuan pelajar kita, FSCC kan?

baru2 ni FSCC berbangga dengan usaha kerasnya membuatkan sisters buleh guna padang pada hari rabu dan diishtiharkan hari rabu ialah hari riadhah sister. tapi sayang setakat hari ini saya tidak nampak keberjayaannya.

mungkin kalau FSCC benar2 ingin berjuang, inilah masalah yg wajib mereka perjuangkan. bagi pendapat saya. :)

ada mak guard yang amek berat dengan pemakaian sisters. tapi hanya sorang yang saya tahu setakat ni. yang lain2 bila berborak, saya bertanya, mereka hanya memberi respon biasa. mereka tidak suka, tapi mereka seolah2 tidak tahu kuasa yang ada pada mereka, mungkin.

panjang jika nak bahaskan tentang ketidakcaknaan pihak pentadbiran dan pihak FSCC. :)

Anonymous said...

haizz,
kita tak boleh jugak tunding jari kak,
amar makruf nahi mungkar bukan terletak pada pihak pentadbiran ataupun fscc je.
Allah dah bgitahu, semua ni adalah usaha kita. Diorang mungkin dah laksanakan dengan kemampuan mereka.
Manusia sekarang nak keras2 nanti, alamak jadi macam kes aritu pulak la kot. Dean pulak yang gelabah~
Tahu apa yang jadi? Wartawan/media tahu dan cuba cungkil isu yg uia pj sangat2 mengetatkan peraturan..Sbbtu skrg ni longgar skit. tu baru sikit baru2 ni kak.. Yelah, student2 uia ni anak datuk2, datin2 susah la. Memang lah kalau kita senang cakap, 'kalau xnak buat itu ini, jgn masuk uia', tapi apakan daya, kita student je punn kak...medcy,frc,fscc,mrc pun student jgakkk..
Nak cakap lebih nnti dipanggil pihak pengurusan plak...
Madam Ros, Bro Iz kalau dia tahu ada tulisan ni, mampos~ hahaa

Anonymous said...

mklumat yg brguna~ erm, tugas setiap daie berdkwah. doakan moga mereka jiga menerima hidayah dari Allah dan moga kita ditetapkan hati i.allah. :)

Anonymous said...

**sebab tu pentingnya orang yang duduk atas (bahagian pentadbiran) adalah orang yang faham akan islam.

kes yang menyebabkan wartawan media mahu serang uia. sebaiknya study case dulu sebelum berbicara. kes itu berlaku apabila satu spotcheck yang dijalankan oleh pihak pentadbiran melangkaui had-had yang sepatutnya. UIA menyaman pelajar, menceroboh hak milik peribadi pelajar seperti telefon bimbit dan laptop. selain itu desas desus mengatakan UIA menyaman pelajar lelaki yang hanya memakai baju berjalur, kerana pada peraturannya hanya boleh pakai baju plain. selain itu, UIA juga tidak patut menjalankan operasi secara berkala. sungguh tidak patut. proses saman menyaman berkenaan dengan etika pemakaian sepatutnya berjalan berterusan, bukan hanya ikut musim. shingga keluar fakta-fakta baru yang mengatakan bahawa UIA saman orang bila nak duit. :)

saya berpendapat, sekiranya UIA menyaman pelajar kerana masalah pakaian, masalah couple yang terang-terangan, tentu tidak ada jalan untuk ibu bapa menyerang kembali UIA. malah, meskipn UIA dihadapakan ke pihak media, UIA masih menang bermaruah. bayangkan tajuk paper Berita Harian,
"UIA BUANG PELAJAR COUPLE,TAK JAGA AURAT"
sesuai dengan nama universitinya sebagai sebuah universiti Islam di Malaysia malah terkemuka di peringkat antarabangsa.
UIA tidak perlu takut andai dihadapkan ke hadapan mahkamah sekalipun sekiranya UIA berada di pihak yang benar.

saya juga berpendapat, UIA wajar menitik beratkan soal masalah yang berlaku di UIA. usah terlalu menekan pada akademik sehingga visi dan misi universiti islam sendiri semakin lama semakin pudar ditelan zaman.

satu kes yang berlaku, dimana UIA telah membuang/menendang pelajarnya yang membuat satu kesalahan besar. salah disisi Islam dan salah disisi peraturan universiti. dan tidak ada pula kes saman menyaman berlaku. kerana apa? tidak apa pula kes serangan media atau sebagainya. kerana pelajar tersebut benar-benar melanggar peraturan UIA. sekaligus peraturan Islam. sama halnya dnegan kes seperti hari ini yang berlaku di UIA.
pihak pentadbiran perlu lebih faham. kerana mereka mempunyai hak.
kalau nak takut kat mak datin, datuk datin tu, tok sah dok berani la nak jadi pemimpin.
sekadar pendapat.
moga-moga tidak menjadi fitnah yang besar, malah sekurang-kurangnya mampu membuka minda.

kepada anonynous,jangan takut andai tulisan anda dibaca oleh pihak pentadbiran universiti sekiranya anda mengatakan perkara yang betul.

kita tidak ada tempat untuk menyalurkan pendapat. barisan pimpinan FSCC dilantik oleh pihak pentadbiran sendiri. maka kami para pelajar UIA tidak ada ruang untuk bersuara. ibarat berlaku pemerintahan kuku besi disini. komen-komen dan cadangan yang dimasukkan dalam peti cadangan sekalipun masih disitu. tidak dibuka. apatah lagi dibaca. kertas yang dimasukkan ke peti cadangan dulu berwarna putih, sekarang dah jadi kuning. tapi masih tidak diambil apatah lagi untuk memberi perhatian pada suara pelajar.
sekian, sekadar pendapat.

maaf,penulis blog. tumpang ruangan komen untuk bersuara. kepada anonymous, buka minda. buka jiwa.

wassalam

Anonymous said...

sangat setuju pandangan anonymous di atas ni.. penting pihak atas ialah orang yang faham Islam..
takkan sebab wartawan media, dato'2, datin2, kita nak longgarkan peraturan yang jelas patuhi syariat.. [patutnya tak patut timbul isu uia pj ni sgt ketat peraturannya ke, apa ke..]malah sangat menjaga kita kala akhir zaman ini. kalau seorang ibu atau ayah sangat jelas dan faham amanah mereka terhadap anak2, mereka akan suka dengan biah solehah di uia ni. ya kan? ye la , sapa yang tak nak anak2 yang soleh2 solehah ? kita bukan nak salahkan pihak atasan, tapi kuasa tu memang ada pada mereka, yela, kita semua memanglah laksanakan da'wah,tapi pihak atas patut lebih cakna la kan? kuasa peraturan tu pada mereka.. lebih bagus lagi mereka guna peluang tu sebaiknya.. dan kita masih teruskan tanggungjawab dakwah kita.. hikmah tu tak semestinya lemah lembut, tapi betul tempat, betul cara. kita jangan lupa, istitusi kita ni bawa nama Islam.. takut2 cuma bawa fitnah je pada Islam nanti. *nasihat buat diri juga..
allahu a'lam..

nurulhusna said...

ana setuju dengan pandangan dua anonymous di atas.

tatau kenapa orang suke komen dengan nama anonymous kat blog ni. :)

sebab tu kita kena same2 kerja keras untuk ktegakkan islam.

by any mean sekalipun, syariat islam tak boleh tewas dengan setakat ugutan wartaman dan media...
harus ketakutan pada Allah mengatasi segalanya..

Anonymous said...

bole tak nak kata, kat sini...

sebab tu pentingnya politik.
mahupun dalam kampus.
sebab tanpa politik campus,
kita seolah2 takde hak untuk bersuara.
kan?


maaflah,ana the third one guna anonymous. :)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.