Bila ditegur akan kesalahan kita, kita suka membalikkan kesalahan pada si penegur, kononnya, tegurannya tidak berhikmah. Tidak kena pada tempat. Tidak sopan. Dan sebagainya. Seolah-olah segala teguran telah hilang begitu saja, yang tinggal dan diungkit-ungkit adalah kesilapan dan keaiban orang yang menegur. Entah bila ummat manusia akan 'berjalan dengan betul' andai kita hari ini takut menerima teguran.
Namun begitu, persoalan bagaimana dan sehikmah manakah teguran itu disampaikan tetap bakal dipersoalkan, sampai bila-bila, mungkin.
Sejak dua menjak ini, beberapa orang sahabiah mengadu, futhur untuk terus mengupdate blog, dek kerana diherdik, dihentam atas kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan. Lantas, blognya di deactivate. Maka, terpotonglah satu uslub dakwah disitu. Saya menasihati. Namun, pedih teguran yang diterima tetap tidak mampu diubati. Sehingga begitu kesan teguran yang tidak berhikmah.
Satu contoh yang lain, seorang sahabiah terlalu takut untuk memakai pakaian yang pelik-pelik dek kerana trauma dengan sindirin muslimin yang memberi kesan pada hati. Sehingga kini, sahabiah segan untuk ke depan, malu untuk menonjol dan terbantut untuk bergerak kerja. Maka, hilang lagi satu sinar buat ummah gara-gara teguran yang tidak berhikmah.
Tidak usah tengok jauh, diri saya sendiri pernah diherdik dengan teguran-teguran yang tidak berhikmah, rasa terpukul dan kadang-kadang down serta melemahkan diri sendiri, malah kadang-kadnag melemahkan orang lain juga. Nah, lihat kesan teguran yang tiada hikmah.
Maka,sebab itu kita diseur untuk memberi teguran dengan cara yang hikmah.
Tapi. Ramai yang salah faham tentang erti hikmah.
Hikmah bukan bermaksud lemah lembut, sopan, bertatasusila. Hikmah, mengikut apa yang saya tahu dan saya simpulkan, adalah bijaksana. Bagaimana kita bijak menggunakan kebijaksanaan kita untuk menegur orang di sekeliling kita.
Perumpamaan yang sering saya bawa, sabun mandi. J [saya yakin ramai yang dah pernah dengar perumpamaan ini dari saya.]
Kita semua mandi perlukan sabun mandi. Boleh kata jadi wajib dah sabun mandi ni.
Cuba kita tengok, ada orang suka pakai Lifebouy, ada yang suka Dettol, ada yang suka shokubutsu dan sebagainya. Lux, May, Protex dan macam-macam lagi lah.
Matlamat menggunakan sabun adalah sama, untuk membersihkan badan. Tapi ada yang kulit sensitive, mereka gunakan Dettol. Ada yang mahu kulit lembut selembut kapas, mereka gunakan Lux. Mereka yang inginkan bau yang wangi, mereka gunakan Shokubutsu. Lihat, variasi bukan?
Begitu juga hikmah. Matlamat kita sama, membuang 'perkara kotor' yang ada pada sahabat kita. Kalau sahabat jenis yang keras hati, maka gunalah cara hikmah yang paling baek. Kalau sahabat seorang yang sensitive, gunakan cara menegur yang paling lembut. Lihat, itulah hikmah. Bukan bererti lembut sentiasa, tapi teguran yang berhikmah adalah teguran yang sesuai dengan orang yang kita tegur.
Perumpamaan sabun mandi dan kita tadi sudah luas untuk merungkaikan bahawa hikmah itu luas tafsirannya. Bagi saya,teguran begitu baek, teguran begini tak baek. Bagi anda, mungkin tidak sama dengan saya.
Maka, suka untuk saya katakan, hikmah ini terlalu luas untuk ditafsirkan. Lihatlah pada keadaan dan empunya tuan.
Maka, tegur dan memberi teguranlah dengan penuh hikmah. Kelak membawa faedah yang besar pada Islam.
Kepada yang suka kondem blog orang, terutama 2 sahabiah yang baru menutup blog, saya pohon, ingin menegur, memberi teguran, boleh. Tapi ada caranya. Ada jalannya. Ada manhajnya. Sahabiahku, kuatlah kalian. Ramai yang menyokong kalian. J
Singkaplah erti sebenar hikmah. Bukan kita hidup di dunia sorang-sorang, tapi kita hidup bermasyarakat..
2 comments:
juang husna juang..
husna takpe la, hati batu, kena smash pun macam tuuuu jugak.. saya tak mampu.. teruskan menulis blog husna..
hati batu? teruk tu...
takpe, boleh lagi untuk terus menulis. jangan takut dengan teguran. anggap itu nasihat.. yang baek kita amek, yg tak betol kite buang saje.
Post a Comment