♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, February 15, 2011

Keberkatan membawa keseronokan bekerja =)


Teorinya, sebuah majlis yang dimulakan dengan bacaan doa, diteruskan dengan tazkirah yang mantap, dihadiri pula oleh orang-orang yang beriman. Tentu keberkatan majlis itu menyebabkan hati-hati kita serta orang sekitar merasa tenang dengan majlis tersebut.

Ya. Itulah fungsi keberkatan dalam sesuatu majlis.

Saya sering menekankan elemen keberkatan dalam apa saja program yang dijalankan oleh adik-adik MEDCY saya. Banyak kali saya pesan pada mereka, rasanya mereka pun dah muak dengan pesanan-pesanan saya yang sama. Bukan apa adik-adik, saya tidak mahu adik-adik menjadi seperti saya. Saya melaluinya, dan saya merasainya. Dan yang lagi penting, saya tidak mahu kalian melaluinya. J

Anologi yang saya bawa diatas sudah mampu memberi kalian satu gambaran yang jelas. Satu majlis yang berkat, pasti mendatangkan keseronokan untuk kita menyertainya. Bagaimana tenangnya hati kita menghadiri majlis talaqi serta majlis yang dihadiri oleh ulama' tentu kita merasai satu perasaan yang sungguh bahagia.

Kepada pengikut talaqi tegar, sanggup merasai kepanasan dalam surau ABC, bermandi peluh. Tetapi kerana adanya keberkatan, semuanya terasa seronok. Ya, sungguh seronok. J

Maka,suka saya katakan, keberkatan menjadi asbab kita merasa seronok untuk bergerak kerja. Dalam berorganisasi, kita kadang-kadang lalai untuk menjaga keberkatannya, sehingga timbul perasaan menyampah, bosan, penat, letih dan yang sewaktu dengannya sewaktu kita bekerja. Sepatutnya, segala jenis perasaan negative itu tidak timbul tatkala kita sedang bekerja lebih-lebih lagi kerja yang membawa faedah yang banyak untuk Islam,tentunya. J

Keberkatan yang perlu dijaga bukan saja didalam majlis. Bukan saja sewaktu kita membuat satu majlis, maka dalam majlis itu segalanya dijaga. Bagus dah tu. Tapi ramai yang terlupa akan keberkatan yang tidak dijaga selain dari waktu program. Apabila diberi memegang taklifan atau tugasan, harus untuk kita menjaga diri agar kesalahan kita tidak menjadi penghalang untuk program yang kita uruskan. Kadang-kadang kita terlupa, saya juga terlupa akan diri sendiri yang perlu dijaga terlebih dahulu sebelum saya menjaga keberkatan program. Bagaimana diri saya yang jauh dari Allah nak menjadikan program tersebut mendapat rahmat Allah? Susah tu. J Maka, suka untuk saya muhasabah diri sendiri terutamanya, memegang taklifan boleh membuat kita lebih dekat dengan Tuhan sekiranya kita benar-benar faham sejauh mana tanggungjawab kita dalam menunaikan amanah sebagai seorang yang memegang taklifan.

Satu muhasabah untuk diri sendiri sebenarnya. Sepanjang setahun saya bergerak kerja, saya cuba untuk memahami kesilapan saya. Maka, apabila dihitung kesilapan saya, saya berasa sedar, mungkin disebabkan saya yang tidak menjaga keberkatan diri, maka banyak urusan-urusan dalam bergerak kerja terhalang dan terhijab dari kerahmatan Ilahi Rabbi.

Sekadar perkongsian, saya berharap kesilapan saya ini menjadi pedoman buat adik-adik yang bakal bergerak kerja menggantikan kami selepas ini. Ingatlah, elemen keberkatan memang elemen yang penting dalam bergerak kerja. Keberkatanlah yang menjadikan kita seronok dan tidak mudah putus asa dalam bergerak kerja. Sekiranya kita tercari-cari apa punca kita tidak seronok dalam gerak kerja, cuba renung-renungkan elemen keberkatan dalam sepanjang kita bergerak kerja. Cuba renung-renungkan dan selamat beramal. J

Saya yakin, sekiranya elemen keberkatan diterapkan dalam gerak kerja kita, pasti kita akan merasa cukup seronok dan bergembira dalam berorganisasi. J

Sekadar perkongsian yang termampu sebagai hamba Allah yang dhaif. J

Husnataqwa. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

tiah^_^ said...

syukran ukhti:)
mmg tiada keberkatan kalau bukan mencari keredhaan, hatta jamuan.~.~
husna,ak g bilki mu mlm smalam...
tapi hny dpt tgk kau tdo.hehe.

husnataqwa said...

erk.. cik tiah mengingatkan saya tentnag jamuan yang akan datang. (under stress)

laaa. datang ke. tido awal sekarang. amalkan gaya hidup sehat. =)

same2 kita pertingkatkan keberkatan dalam ape je yang kita lakukan.
set?

tiah^_^ said...

yela 2 gaya hidup sihat:)) haha
inshaAllah..jom kuatkn semangat yokk!
husna..after exam^_^

husnataqwa said...

lepas exam.. harap2 masih diberi kesempatan olehNya...

tiah, terbeban rase.. tapi ni amanah kan. insya allah......... thanks tiah...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.