♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, February 27, 2011

Perjalanan percutian


 

    Orang kata, cuti adalah waktu yang paling best. sebab apa best?

Sebab tak kena bangun pagi iron baju dan pergi kuliah.

Sebab tak kena fikir tutor yang kena siapkan before dateline.

Sebab tak kena sakit kepala terketar-ketar bila tau ada kuiz.

Sebab tak kena 'tahan mengantuk' dalam kelas bila lecturer mengajar benda 'susah'.

Sebab pagi-pagi tak kena beli susu untuk diminum kalau mengantuk. (padahal minum susu lagi mengantuk).

Yang penting tak kena fikir exam dunia yang menyeksakan jiwa. Exam akhirat lebih-lebih la lagi. L


 

Ya, bercuti. Satu perkataan bila university lain mendengar kami bercuti, mereka berkata, "jeles!"

Ehee. Biasa lah tu. Kami tak pernah nak jeles entum cuti lama-lama dari kami. Sepanjang dok PJ, cuti paling lama pun 3 minggu. Paling lama tu..

Sebelum balik ke Seremban, saya sempat singgah di sebuah masjid. Menunaikan solat di situ. Mengambil peluang sebaik mungkin untuk mengazamkan diri istiqamah pada jalan kebenaran. J saya ternampak scene yang menarik. Seorang ayah menarik lengan anaknya untuk solat di masjid berjamaah. Anaknya pula menangis minta dilepaskan. Meronta-ronta. Mungkin mahu bermain dengan kawan-kawannya yang lain di luar masjid. Tapi sang ayah tetap berkeras. Menarik dengan bengis, walaupun saya yakin, dalam hati sang ayah, penuh kasih sayang. Ya, saya cukup yakin. Itulah kasih sayang sebenar sang ayah. Tegas dalam mendidik. Saya mula terfikir, agaknya waktu ayahnya muda-muda dulu, ayahnya rajin ke masjid tak? Atau seliat itu juga untuk bersolat di masjid? Maka, saya terbayangkan generasi saya akan datang. Anak-anak saya kelak. Apakah mereka juga seperti itu? Terpaksa diheret lengan untuk solat di masjid. Terpaksa di pulas telinga. Terpaksa di cubit paha. Terpaksa ditinggikan suara. Haih, patutlah, membina generasi gemilang bermula hari ini. Patutlah orang kata, "nak tengok dunia akan datang, lihatlah remaja hari ini." Betol dah tu. Kalau remaja hari ini suka merempit, jarang sekali mereka bakal melahirkan anak-anak soleh dan musleh. Mungkin ada, tapi peratusannya terlalu lalu lalu rendah, saya fikir. J sejurus selepas ini, saya mula terfikir, kalaulah anak-anak saya selepas ini seliat itu, walaupun ayahnya memang kaki masjid, tapi boleh jadi anak-anak menjadi liat sebab ibunya yang memang liat dalam bab solat. Allah, satu muhasabah yang terbaek. Anak-anak adalah cermin ayah ibunya. Tapi peranan kita, bakal ibu dan ayah, tak kiralah walau lambat lagi nak jadi ibu ayah, tapi semuanya bermula hari ini. Bermula dengan akhlak kita saat ini. Perbaikilah diri. Muhasabah yang cukup baik dan menginsafkan. Kita ghairah mencari calon yang serba hebat dengan 5 aspek taruhan, tapi kita sendiri? berusaha tidak sepenuhnya mencapai apa yang kita mahu capai. Maka, dimana letaknya kesedaran untuk melahirkan generasi hebat akan datang? Hence, mari kita perbaiki diri. Mencari calon yang soleh musleh dan menjadi calon yang solehah dan muslehah. J

"Heh, melamun apa tu?" teguran seseorang menganggu kesentrasi sedang 'bermuhasabah' (atau lebih tepat sedang berangan). Memandang yang menegur di sebelah, sedang tersenyum manis.

"Dalam rumah Allah ni doa makbul. Doa la banyak-banyak. Saya doakan awak dapat apa yang awak nak." Tetiba rasa macam pelik. Kenapa dengan 'orang ni'? saya tersenyum saja. Tidak ada perkataan yang menarik untuk dituturkan. Tapi rupanya 'cemarah ringkasnya' tidak berakhir disitu.

Perbualan di tarik sedikit demi sedikit menjadi panjang. Takpe, bukan perbualan yang sia-sia insya Allah.

Allahu Allah.

Sebelum beg ditarik untuk menuju ke Seremban, sempat menjeling mereka yang memaknakan kehidupan. Tuhan, jagalah mereka dan semoga perjalanan mereka diberkati dan mudahkan urusan mereka. Lantas, dengan berat hati, kaki melangkah keluar dari masjid, sambil mata mencari mereka untuk ditatap. Tapi tak kelihatan nampaknya. Maka, dalam hati, aku mohon pada Allah, sampaikan buatnya salam, moga namaku tidak diupakan. J Subhanallah. J

Perjalanan ke Seremban memang menarik. Dengan beg besar dan ego untuk berdikari,kononnya. Tak sedar diri tangan kanan masih belum berfungsi. J

Penat mendegar leteran 'kasih sayang' dek kerana tangan yang belum sembuh-sembuh hamper seminggu terganggu. Selepas berperang dengan 'nafsu' yang menyebabkan tangan cedera 'parah', kemudian belum sempat sembuh sepenuhnya, berperang pula dengan 'musuh Allah' yang sering mengganggu hambaNya. Lepas berperang dengan 'musuh Allah' memang jadi biru tangan. Itulah, orang tanya OK ke tak, jawab OK, walaupun tangan yang mula kembali pada warna asal sudah kembali biru. Maka berterusanlah ia dibalut yang menyebabkan hambaNya tak larat dah nak jawab kaa orang tanya. Akhirnya jawapan mudah yang dijawab oleh orang terdekat, "Husna cedera sebab berperang dengan nafsu. Maka tewaslah nafsu, menanglah Husna." Senget punya kawan. Sabar sajalah. J

Sungguh indah kenangan bersama mereka. Indah bila bisa berulang lagi. Rindu pada situasi itu. Begitu dan begini. Dalam bulatan, segi empat, semuanya terasa indah. Allah betul-betul memberi peluang hambaNya merasai indahnya berukhwah. Sempat jika berusrah dengan usrah special, walaupun tak cukup ahli, anggap saja mereka ada depan mata, sebab ahli usrah yang special ni semuanya hebat-hebat dan banyak taklifan masing-masing. Hebatlah entum! Terima Kasih sebab benarkan ana menyertai entum sedangkan ana ni tak layak nak berdiri sebelah entum pun. J

Mencipta kenangan memang membahagiakan. Tapi sungguh menyeksakan saat terkenangkan kemesraan.

Huh. Tak boleh menulis panjang. Walaupun tangan dah OK selepas bertemu dengan si dia berkot putih di KPJ Seremban, tapi anak sedara bising-bising minta ajarkan iron baju sekolahnya. Sabar saja lah. J

Sedikit perkongsian yang tak berapa nak menarik. Insya allah, soalan dari yang bertanya di YM bakal di jawab kelak. Masih mencari testimony untuk membuat laporan lengkap, insya Allah. J

Semoga Allah mudahkan urusan mereka, si mujahid setia. J


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Anonymous said...

hem..... rindu sangat kat u all..... :) bila lagi dapat bersama2 seperti 4 KEADAAN itu. :)

Anonymous said...

tagline akak rupanya 5 POINT tu. bernas2.. =,=
sinergi terbaik. =,=

tumpang gembira sebab boleh share tagline yg sama dengan akak.. =,=

ekeke.
akak dgn 'adik' akak tu mmg sinergi yg bagus..patutlah..tapi rugi la dia jadi 'adik' je.

007b oh oh oh said...

assalamualaikum.

sayang sangat kat kak husna. semalaman sebilik dengan akak membuatkan saya lebih 'kenal' siapa akak. rupanya berbeza kak husna yang saya tengok diluar. :)
terasa allah dekat dihati bila berbicara bersama. :)
tapi sayang, baru saja mengenali lebih dekat, sudah tidak ada masa untuk kita membina ukhuwwah lagi. alhamdulillah, semalaman cukup untuk buat saya rasa bahagia bersama kak husna. take care akak. saya yakin akak kuat, bertumbuk dengan nafsu pun, akak yg menang kan? :)

sehijau hari ini...hijaunya bak permaidani di taman syurga...
menitis air mata waktu tulis komen ni. kerana terasa rindu dan mahu ulang kisah lalu. tapi teringat pesan akak, "org yg berkasih sayang kerana Allah tak kan rasa lemah dengan kasih sayang pemberian Allah kerana kita punya kekuatan dari Allah."
maka saya akan terus kuat.. insya Allah. saya ke gombak. tak dapat dah nk tengok muka akak,nak dengar akak bercakap yg tentunya menaikkan semangat saya. saya bakal merindui mereka.
saya nak akak selalu update blog tau. :)
syukran Tuhan kerana mempertemukan kami walau disaat2 terakhir sudaaa. :)

mujahid islam said...

if i got u, i will never let u go..

husnataqwa said...

007 b -
syukran. nanti kita spend masa lagi. seronok..seronok. mmg ada umphh. =)
tak payah puji pelik2. melampau budak ni. =) insya allah, moga Allah pertemukan kita lagi. =)

husnataqwa said...

Encik Mujahid, rasanya dah cukup faham dgn penjelasan.. minta berhenti dgn komen2 yg tidak menghormati saya disini. jazakallah.

Anonymous said...

usna..usna.. sabar ea.. gangguan betul nih. takpe, usna strong. :)
selesaikan dgn hikmah ye comeyl.. :)
husna tough.. :)

sjm said...

husna baik sangat. hentam la kasar skit. jgn main baik je. kasaq2 skit. depa tak faham tu klau hang teguq gitu ja.
biar kasaq dalam hal macam ni..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.