Alhamdulillah.
Sudah dua tahun laman sesawang husnabaek.blogpspot.com
menemani tuannya. Menjadi kanvas buat tuannya menulis suka duka sepanjang jalan kehidupan.
Ya, terlalu setia. Lihat post pertama yang dikeluarkan. Sungguh kebudak-budakkan. [link]
Sempena dua tahun usianya, moleklah untuk saya muhasabah semua penulisan saya.
Dari Mac 2009, tulisan yang kebudak-budakkan. Menceritakan banyak hal yang berkaetan diri sendiri. biasalah. Budak-budak lagi. Tak ada idea nak menulis tentang isu apa.
Mac 2010. Alhamdulillah. Sedikit matang. Ada perubahan yang baek.
Dan kini, Mac 2011, saya mahu menjadi lebih matang.
Sesekali apabila hati terasa down, dan memerlukan kekuatan, saya membuka lipatan silam. Melihat kembali contengan kanvas kehidupan.
Ada yang membuatkan saya tersenyum. "Wah, kuatnya aku!"
Dan ada juga yang membuatkan saya rasa menyesal. "Eh, kenapa aku buat macam ni.."
Terlalu macam-macam.
Semakin lama blog ini mula mendapat tempat di hati pembaca. [bukan pujian, sekadar menyedapkan hati sendiri].
Dan membuatkan saya semakin giat mencari idea untuk menulis dengan lebih baek dan menarik.
Meskipun kadang-kadang ditohmah dengan pelbagai tuduhan dan kejian, takpe. Diri ini mahu tetap gagah menulis.
Kata seorang teman, "Bagus Husna kau tulis blog. Umur kau mungkin tak panjang. Nanti kalau kau mati, orang dok baca blog kau. Nanti kau terus-terusan dapat pahala. Dengan syarat, kau tulis benda baek-baek. Nanti kau dalam kubur ramai-ramai sedeqah AlFatihah kat kau."
Ya, ayatnya kasar. Tapi memberi makna yang mendalam. Mati. Tak kiralah bila, tentu mati jugak. Tak kiralah bagaimana, tentu mati jugak. Maka, inilah jihad pena saya. Amal jariah saya.
Facebook menjadi medium utama mempromosikan BLOG disampin medium dakwah yang utama. |
Bila saya memberi ceramah, ceramah saya mungkin dilupakan, kalau ingat pun depa ingat part yang lawak-lawak je.
Kalau menulis, penulisannya sedia ada untuk dirujuk semula. Ya, jihad pena. Inilah jihad pena saya.
Mungkin jihad pena ini tidak sehebat penulisan-penulisan anda. Takpe, saya totap berpuas hati dan berusaha untuk mempertingkatkan kualiti saya dalam bidang penulisan.
Sejak dari sekolah, karangan saya memang menjadi buah mulut cikgu Bahasa Melayu. Menarik kata beliau. Dan saya pernah memasuki pertandingan Menulis Peringkat Negeri. Tapi tewas disitu, sekadar membawa pulang trofi Saguhati. Teringat kata-kata Cikgu Bahasa Melayu saya, merangkap Ayah Angkat saya yang juga merangkap Cikgu Latih Debat dan Pidato saya, "Anda berbakat untuk menulis, Cuma, anda perlu ada isu untuk diulas. Jadi, nak isu tu, anda perlu banyak membaca, mengkaji dan mengambil tahu. Jangan cakap kosong. Ayat anda bunga-bunga takpe, yang penting berisi mantap."
Ya, kata-kata cikgu saya tulis di kulit buku karangan saya. Sampai sekarang ada dalam almari. Mendalam maksudnya. Mungkin suatu hari nanti kalau saya berpeluang, saya mahu menjadi penulis. Dan kalau saya mati, tulisan saya menjadi amal jariah. Wah, menarik!
Heh, merepek. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis bicara budak tak cukup umur dengan impian labu-labinya ni. J
Dua tahun bukan satu jangka masa yang lama. Sekejap saja. Jika dibaca semula post-post lama, terasa baru semalam kenangan itu berlaku. Tapi rupanya sudah dua tahun masa berlalu.
Tulis-tulis blog ni bukan saja-saja. Tentu ada agenda yang nak kita bawa.Kadang-kadang mungkin saya tersimpang dari jalan kebenaran, bantulah saya untuk tsabat menulis kerana agama. Kadang-kadang mencoret banyak perasaan pada dinding blog, mungkin saya terlupa memberi ibrah pada para pembaca. Mungkin saya terlupa, perkataan yang saya mahu ukir adalah perkataan dakwah. Setiap patah perkataannya, saya mahu menjadikannya perkataan dakwah. Moga-moga jadi amal jariah kelak. Umur saya tidak panjang.Ada orang tu kata beliau planning nak kawen dua tahun lagi, maka dua tahun dah tak lama. Bukan kena gembira, tapi perlu risau tentang persediaan dan kesediaan untuk berumahtangga. Selamat bersedia semua! J
p/s: kalau ada kesilapan saya, mohon ringankanlah mulut untuk menegur saya. Jika banyak keterlanjuran saya, rajinkanlah hati memujuk saya. Pegang erat tanganku, bawaku terbang bersamamu.
TERIMA KASIH FOLLOWERS! |
Yeah. Moga anda bersabar membaca blog yang tahapehape. J
Tinta Budak Kecik Berjiwa BESAR,
Husnataqwa.
4 comments:
umur tidak panjang.. mendalam maksudnya..
apapun, tahniah. banyak improvement kat blog ni. alhamdulillah. :)
tumpang gembira dgn perubahan. Mabruk~ =)
Syukran sahabat-sahabat.
Haza min fadhli rabbuna. =)
May Allah Bless. =)
jangan selalu ketepikan perasaan dalam tindakan. kadang2 perasaan itu perlu. supaya lebih rasional dan tidak menzalimi. perlu ada perasaan, tapi jangan melampau. jangan ketepikan perasaan diri sendiri dalam tindakan. saya tahu anda profesional, tapi dalam beberapa perkara, seperti bersahabat, tidak perlu terlalu profesional dan mengabaikan perasaan anda. ia menyakitkan, bukan saja menyakitkan anda, tapi menyakitkan orang lain juga. fikir2kan lah...
Post a Comment