Say NO! to high heels. |
"Ustaz, saya ada kasut sukan satu, kasut pergi pasar satu, kasut jalan jauh satu. Macamana tu? Functionnya lain-lain Ustaz.." Seorang sahabat menyahut. Wajahnya cukup menandakan beliau tidak berpuas hati. Saya tersenyum saja.
"Maksud Ustaz, kasut sukan tu tak termasuk. Kalau kamu nak pergi restoran, kamu terpaksa memilih daripada 3 jenis kasut kamu. Ha, itulah masalahnya. Maksudnya, kamu ada banyak kasut untuk dipakai." Terang Ustaz.
"Kenapa kita tak boleh ada kasut banyak-banyak? Kita tak dikira membazir kan Ustaz?" Sahut seorang sahabat lain pula.
"Tidak salah punya banyak kasut. Ustaz cuma minta kita bermuhasabah. Ustaz tak marah dan ia tak menjadi kesalahan sekalipun. Cuma, kata Ustaz, muhasabahlah. Kita ada tiga pasang kasut, semuanya cantik-cantik belaka. Bagaimana nasib orang yang tak macam kita? Nak beli satu kasut pun susah." Terang Ustaz panjang lebar. Saya sedang asyik bermain Rubik Cube waktu itu. Teringat lagi bunyi kipas lama di siling kelas berpintu hijau itu.
"Husna, awak main apa tu? Awak ada berapa pasang kasut?" Seperti saya sangka, mesti Ustaz tegur. Mungkin respons saya yang tidak menarik.
"Satu je Ustaz. Kasut sekolah ni je saya pakai pergi mana-mana." Jawab saya, bersahaja. Tidak bermaksud langsung untuk membuat mereka ketawa. Tapi sayang, ketawa dalam kelas itu pecah berderai. Tenggelam bunyi kipas lama yang dari tadi mendapat perhatian. Alamak, salah ke jawapan aku?
Saya lihat Ustaz menggeleng kepala. Dan Ustaz masuk ke bab Tabarruj yang keseterusnya. Saya menyiku rakan di sebelah.
"Heh, kenapa korang gelakkan aku?" tanya saya, innocent.
"Ada ke patut kau guna kasut sekolah pergi jalan-jalan.. Haha." Terang sahabat sebelah saya. Saya berfikir, kenapa? Salah ke? Saya memandang kasut saya di bawah. Apa salahnya kasut hitam bertali ini? Terlalu lawakkah untuk memakainya ke Billion? Atau ke The Store? Tak boleh kah kasut seperti ini memasuki KB Mall? Apa salah saya? Sampai sekarang saya tak tahu.
rupa hampir sama dengan kasut saya sekarang. |
***
"Ibu, saya nak beli kasut baru lah. Kasut ni dah tak best nak bawak pergi kuliah. Lagipun jalan nak pergi kuliah tu jalan tar. Kadang-kadang kena naik bukit." Adu saya."Ajak abang lah pergi cari kasut. Kakak cari kasut bukan sekejap. Tak larat ibu nak jalan." Jawab ibu.
"Alaa. Nak tunggu abang balik tak tahu bila. Abang tu bukan mudah nak dapat cuti. Kalau cuti pun hari Jumaat. Kedai tutup pulak. Nak solat Jumaat lagi." Terang saya. Alasan. J
"Yelah. Nanti lepas Zohor kita pergi KB Mall." Kata Ibu,mengalah akhirnya.
Selepas Solat Zohor kami ke KB Mall. Ibu bersabar melayan karenah saya. Satu persatu kedai kasut di KB Mall kami terjah. Tapi banyak juga alasan yang saya beri. Susah nak jumpa kasut yang menepati cirri-ciri yang saya suka.
- Bertapak getah. Untuk menyelesakan pergerakan. Bila naik bukit, kaki jadi gagah. Tak mudah rosak.
- Tak tinggi, tak rendah. Kasut bertapak tinggi menyukarkan pergerakan. Dah berapa kali rebah sebab berangan sangat nak pakai kasut tinggi. Kalau terlalu rendah susah nak jalan kalau ada air, nanti stoking basah.
- Tak mengeluarkan bunyi. Bila jalan pakai kasut tu, tak ada bunyi yang boleh menarik perhatian orang. Mana boleh pakai kasut ada bunyi, ingat ni baby ke nak pakai kasut yang bunyi-bunyi tu? Ahha. Bila hilang senang nak cari.
- Kasut tertutup penuh. Tak nak tutup separuh. Nanti stoking mudah kotor. Nak buat solat susah. Lebih selesa kasut tutup penuh.
- Mesti lembut dan tak keras (sama lah tu) sebab nak mengelakkan tumit kaki pecah-pecah bila banyak berjalan. Dah tahu kita tu jenis kuat berjalan, ha, pandai-pandailah pilih kasut yang selesa bila berjalan jauh. Ini tidak, jalan sikit dah lenguh, pastu tapak kaki habis melecet.
- Tak perlu kasut yang terlalu fancy dan menarik perhatian. Orang pakai kasut nak sembunyikan kaki. Pastu kalau pakai kasut lawa sangat habis semua orang tengok kasut kita. Apa barang?
- Kasut yang Nampak kukuh dan tahan lama. Kadang-kadang nak pergi campinglah, nak jalan jauhlah, kena pilih kasut yang kukuh. Kalau Nampak kasut tu macam 'manja' awal-awal jangan pilih, nanti penat asyik nak kena beli kasut baru. Jangan takut untuk spend banyak sikit untuk membeli kasut. Anda tak rugi. Keselesaan dan kesihatan kaki anda perlu dijaga. Kalau beli kasut murah sangat nanti mudah rosak dan postur kaki pun tak elok nanti.
Maka, saya terpaksa mencari mana-mana kasut yang sesuai. Kalau tak, takkan nak pakai crocs Pasar Malam yang kena Fire Extinguisher tuh lagi. Oh, tidak!
Maka, akhirnya Red Modani menjadi pilihan.
Kasut berwarna biru itu akhirnya dibeli. Cantik. Selesa. Yang penting, tak mengeluarkan bunyi bila berjalan. Tapi masih tak cukup criteria. Bila jalan jauh sedikit sakit tapak kaki,mungkin disebabkan tapak getahnya yang semakin menipis. Apapun, ia memuaskan hati. Tambah-tambah bila ramai yang puji.
Bila cakap soal kasut ni, kita kena ingat, pilih kasut jangan hanya mementingkan gaya semata-mata. Anda boleh untuk bergaya, tapi jangan sampai melampaui batas agama. Kadang-kadang saya sedih melihat sahabat-sahabat perempuan saya memakai kasut berbunyi kelentang-kelentung bila berjalan. Saya pun tak sanggup nak tengok. Belum lagi kasut yang macam-macam riben dan manik yang terlalu menarik perhatian. Boleh, tak salah. Tapi jangan keterlaluan. Biar bersederhana dalam berpakaian.Yang penting bila pakai kasut tu, jangan sesekali berniat nak menarik perhatian yang berlainan jantina.
Bila orang tanya, kenapa pakai kasut? Katakan pada hati, nak lindungi kaki. Itu saja. Cukup untuk membuatkan kita pandai memeilih kasut yang sesuai. Jangan beli kasut semata-mata lawa dan nak Nampak cantik. Bukan tak boleh Nampak cantik, boleh. Tapi seperti kata saya, biar berpada-pada dan pentingkan juga aspek lain seperti keselesaaan dan kesihatan kaki anda.
Saya tidak cemburu melihat anda memakai kasut yang jauh lebih cantik dari saya,mungkin jauh lebih mahal. Tidak cemburu sama sekali. Saya Cuma mahu berkongsi pendapat dan mengajak kita sama-sama berfikir.
Islam tidak pernah melarang kita bercantik-cantik. Suka melihat orang yang cantik. Pakai melawa je selalu. Tapi jangan lupa, yang dinilai Allah dan orang beriman tetap apa yang ada dalam hati. Bukan apa yang kita Nampak pada luaran. Hanya permata yang boleh menilai permata. Dan kaca, hanya dinilai oleh kaca.Jangan pula anda semua tidak endahkan langsung penampilan anda. Mana boleh. Kita mesti berpenampilan menarik, sesuai dengan ajaran Islam. Tapi menarik dan melawa itu berbeza. Kemas dan tabarruj itu juga berbeza. Nilailah dengan iman, usah dinilai dengan nafsu yang sentiasa mengajak kearah keburukan.
Boleh melawa, yang penting, jangan berlebih-lebihan. Yang lagi penting, jangan utamakan kecantikan luaran sehingga terlupa menjaga kecantikan dalaman. Wajah dan penampilan yang cantik tidak menjamin apa-apa, tapi hati yang cantik dan dalaman yang menarik, nilaiannya pasti tinggi disisi Allah Taala. J
Ilalliqa. Sehingga ketemu lagi.
Tinta Anak Kampung,
Husnakamarudin.
6 comments:
lawa sangat.. ;)
berwajah baru blog dia..
waw akak. banyaknya ciri yang akk perlukan untuk sepasang kasut..
haha. mesti akk tawaf beberapa kali kan kt KB mall tu? :D
Bukan demand. tapi keperluan.. Ahhaa.
Itulah Ima, cukup 7x akak tawaf, MABRUR jadinya. Ehhee. =)
takpe, janji ada satu tu je kasutnya. =) the one and only one. =)
C.E.R.E.W.E.T
teringat kasut biru husna tu. Apapun, memang LAWA.
=) Ahha. Syukran. =)
Post a Comment