♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, March 24, 2011

SPM: Tahniah SMKA Lati dan keseluruhannya Kelantan.


SPM: Kelantan catat keputusan terbaik dalam tempoh 7 tahun

23/03/2011 2:30pm



Oleh RAHANA MOHD DAHARI

KOTA BHARU 23 Mac - Kelantan mencatat keputusan terbaik dalam tempoh tujuh tahun pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat nasional iaitu 5.15 berbanding 5.19.

Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 93.73 peratus daripada 35,594 calon yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil, berbanding 91.2 peratus di peringkat nasional.

Beliau berkata, seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Katanya, enam calon cemerlang itu ialah Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A ; Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A .

Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A );

Imran Ariffin dari  
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .

"Pada tahun ini terdapat 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2010 di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini. – Utusan



p/s: Walaupun banyak silap dalam utusan ni, saya totap bangga ada junior saya, junior debat dan pidato saya.Dah la Izzat Syameer cemerlang dalam Ko-kurikulum, pidatonya sampai peringkat kebangsaan setiap tahun, hebat pula dalam akademik. Sejak tingkatan 1, beliau sentiasa skor semua A untuk semua subjek. Subhanallah. Beliau pernah ikut pertukaran pelajar ke Barcelona. [ye ke, tak ingat exact venue]. Tapi bagi saya, beliau memang permata emas sekolah. Tahniah Izzat. Moga Izzat cemerlang syakhsi. Dan terus cemerlang dunia dan akhirat. Dan ucapan tahniah buat Athirah Ariffin atas kecemerlangan adiknya. Mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasinya, ye tak Tirah? Tahniah Imran Ariffin, teruskan usaha menjadi huffaz teknokrat. [lama tak sebut perkataan ni] J Moga kecemerlangan ummat Islam meneraju kemajuan Ummat sejagat. J

Ni baru sekolah kerajaan, tak diumumkan pulak sekolah agama rakyat. J Macamana keputusan Maahad Muhammadi Perempuan? Maahad Muhammadi Lelaki? Maahad Tahfiz Pulai Chondong? Semoga sukses semuanya. J
Kejayaan di resit SPM adalah satu tiket untuk anda menjejakkan kaki ke Menara Gading impian anda, tapi jangan leka dan lalai bila sudah berada di UNIVERSITI. Sesungguhnya, lebih banyak rintangan di situ. Anda mesti lebih Berjaya di UNIVERSITI. 
Tahniah SMKA Lati, kecemerlangan anda tidak diragui. Teruskan mencoret kejayaan. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

husnataqwa said...

maahad lebih2 la lagi..

husnataqwa said...
This comment has been removed by the author.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.