♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, March 19, 2011

After a week.


Alhamdulillah. Selepas seminggu, saya mampu untuk kembali menulis. Baru faham bagaimana perasaan susah nak update blog bila dah lama berhenti menulis. Memang liat nak taip. Nak keluarkan idea pun liat. Kadang-kadang kalau ada idea nak tulis blog, buat takkesah je. Tak pun tutup je laptop. Sebab jiwa kata update tapi nafsu kata, MALAS. Konklusi, kena selalu update blog supaya mood tak hilang. J

Yeah. A long journey. Dari JB sampai ke Kelantan. Memang serik lah. Jauh seyh perjalanan. Dulu selalu ulang-alik JB, tak terasa sangat lamenya perjalanan. Sekarang asyik komplen je. Sepanjang perjalanan tak henti-henti komplen kat kakak. Yelah, lepas ni beliau nak kawen dengan orang BP (Batu Pahat). Bertambahlah menantu ibu orang Johor. Disebabkan ramai sangat menantu orang Johor, maka mereka ternanti bakal menantu dari saya. Orang mana? Wallahu a'lam. Tapi dah dapat warning awal-awal, no more JBians. Ahhaa. Tapi kalau terjodoh jugak, apa boleh buat…

Sampai je kat kampong terchenta selepas 13 jam perjalanan, disambut dengan lambaian tangan orang-orang tepi jalan. Kanak-kanak yang sedang bermain pun sanggup hentikan permainan semata-mata nak lambaikan tangan. Mak cik yang tengah menyangkul kat padang pun angkat tangan juga. Yang kat kedai kopi pun pandang je,berminat nampaknya. Budak-budak kecik yang tengah maen beskal pun, berhenti mengayuh semata-mata nak lambai. Yang naik motor pun angkat tangan jugak. Yang tengah 'bersidang' depan rumah ramai-ramai pun lambai jugak. Al maklumlah, orang femes lama tak balek. Kebetulan, balek dengan kereta api pulak tu. Maka, memang ramai sudi lambaikan tangan. Eh, rasa macam YB pulak! J

Sampai kat istana, terkejut den. Ado kenduri. Alamak. Kenduri tahlil arwah datuk belah ayah. Kiranya macam aktiviti bulanan. Aktiviti ni sengaja dijadikan amalan supaya ada KEBERSAMAAN. Sepupu sepapat ramai-ramai datang rumah. Selepas solat Maghrib berjamaah, bertahlil sama-sama, dan diteruskan dengan solat Isya' berjamaah., jamu selera dengan laksa sodap buatan ayahanda. Memang sodap, habis licin! Lepas makan, masing-masing buat group binding, 40 tahun keatas, 25 tahun keatas, 18 tahun keatas, 12 tahun keatas, 8 tahun keatas. Ahhaa. Group mengikut umur. Macam-macam bincang. Topic hangat kat mana-mana pun sama saja, KAWEN. Tapi, kakak lebih banyak disindir. Almaklum, tunangan orang. Normal lah tu. J aktiviti sebegini memang wajar dipraktikkan. Ayahanda sebagai anak sulong memang sentiasa ambil berat pada adik-adiknya. Bulan lepas kami berfamily day di Tok Bali. Serunuk. Bulan ni bertahlil sama-sama. Bulan depan muungkin ada orang nak bertunang kot. Kan Abang? Ahha. Nampaknya kakak abang menapak dah semakin laju sedikit. Tapi saya masih di takuk yang sama. J

Kenapa membengkalaikan blog? Bukan sengaja. Tidak ada futur. Tidak ada dilanggar taufan dan sebagainya. Cuma, sedang mencari diri. Menjauhi manusia seketika untuk mendekati Pencipta selama-lamanya. Bila tak update, pengunjung pun berkurang. Normal lah. Anda silap jika anda merasakan saya sedang futur. Tidak. Saya Cuma berhenti seketika. Memberi ruang dan peluang untuk bersama keluarga terchenta. Sesuai dengan kata Abang, "Belom kawen guna masa betol-betol dengan family. Dah kawen nanti, kena taat suami." Ok, ini ayat beliau bila saya jadi "jahat".

Nak balek PJ dah. Gonna start a new life. With a strong soul. Yeah. Chicken soup for the soul pun sampai sekarang tak khatam-khatam, sebab at last saya dah hilangkan buku kepunyaan Abang. Maka, beliau serik meminjamkan saya buku-bukunya, termasuk Begin with the end of mind karya Stephen R.Covey. Sampai sekarang saya usya nak baca dia tak bagi pinjam. Kedekut punya Abang. Sengkek. Takpe.


Perasaan bersalah tidak dapat menyertai mereka ber'reunion' di PCB. Bukan Pantai Cinta Berahi, tapi Pantai Cahaya Bulan. Mereka berpicnic di sana. Tapi sayang saya tak dapat menyertai mereka. Kebetulan, ibu tidak di rumah. Urusan saya dengan Incik Imran pun masih terhuyung-hayang. Kakak pulak nak naik bas malam ni. Ayahanda macam biasa, masih tak sehat. Sakit orang tua. Tengok ayahanda sekarang dah tak kuat macam dulu. Selalu baring dan suara beliau macam orang demam je. Maka, saya sama sekali tak boleh meninggalkan mereka. Terlalu banyak urusan yang perlu saya selesaikan. Dengar cerita, mereka gembira disana. Takpe, aura kegembiraan mereka sudah cukup membuatkan saya tersenyum gembira walau dalam hati ada jugak perasaan, kenapa aku tidak ada disana. Takpe, aturan Allah serba cantik, insya Allah.

Rasanya, cukup dulu untuk celoteh kosong malam ni. Dah lewat pun. Dari petang tadi melayan Ali dan Aleeya. Penat jugak ada anak ni. Memang pengorbanan Sang Ibu ni INFINITY lah! J

Hadapi hari mendatang dengan kuat. Usah ditangisi aturan Tuhan Pencipta Yang Hebat. Kadang-kadang Tuhan memberi 'batu' supaya kita tidak terlalu leka dengan nikmat. Dan kadang-kadang Tuhan hantar petir supaya kita sedar hidup ini pelayaran yang bakal tamat. Maka, usah terlalu mencintai dunia sehingga cinta akhirat terabai. Usah ditangisi kehidupan ini. Tapi muhasabahlah diri. Mungkin ada kesilapan diri yang membuatkan hamba ini sentiasa diuji. Tapi usah risau, ujian itu penghapus dosa, bukan? Moga-moga dosa diampunkan dan hidup sentiasa dirahmati Tuhan. 
Kenapa susah hati ini menjadi lekat dan istiqamah pada jalanMu?



Bila aku sudah tiada,
Simpan semua laguku,
Jangan ditangis selalu.
Mungkin ini sementara,
Bila jumpa penggantiku,
Jangan dilupakan aku.
bila kau jumpa penggantiku, jangan kau lupakan aku.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

athirahariffin said...

finally, i can read you latest post..
pasni update sokmo deh kak..

Minn Edina said...

akk mmg pandai menulis. hish. x mo la kawan akk. hehe

nurulhusna said...

athirah - tengah semangat ni nak update. harap2 tak 'hang'. =)

Ima- tak pe Ima.. Klo tnak kawan kita kawen je lah. =) Ima saje buat ayat macam ni, padahal blog ima lagi beshh. =)

Anonymous said...

Akhirnya... Update jugak....

Anonymous said...

sape yg bagi no fon kat atas tu? ade ke patut..

nurulhusna said...

mane ada. tak tahu la kerja sape. [sedang bersabar]

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.