♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, March 14, 2011

Terbengkalai


Sejak melihat sahabat-sahabat saya 'laju' menaip serta meng'update' blog, saya rasa 'malas' untuk meng'update'. Ikutkan hati, banyak cerita ingin di potretkan. Tapi, tak mengapalah. Simpan saja didalam hati. Nak simpan dalam diari, blog tak berapa lawa ni lah diari saya. Alhamdulillah.

Pen Off for a few days. May Allah bless.


Pen off sekejap. Bukan lama. Beberapa hari mungkin. Atau beberapa minggu. Atau beberapa bulan macam tak mungkin je.


Bukan sengaja nak biarkan blog ni terbengkalai. Tapi, takpe. Sesekali menjengah blog orang dan melihat perkembangan-perkembangan anda. Menakjubkan!


Hari minggu memang confirm tak boleh menaip. Ahmad Naim memang pantang melihat laptop terbuka. Mesti dihentaknya kuat. Terpaksalah den melayannya. Takpe, anak saudara buah hatiku. J

Kadang-kadang kita perlukan masa untuk memperbaiki hati yang sedang lemah. Hati yang dilanggar ribut taufan. Perlu ubat. Dan antara ubatnya adalah MASA. Kalau anda merasakan hati anda sedang retak menanti pecah, takpe. Sila ambil masa untuk kembali neutral dan rasional. Kadang-kadang tak semua yang kita harapkan kita akan dapat. Kebahagiaan adalah apabila melihat orang lain bahagia. 


Kepada sahabat-sahabat yang tengah 'laju' update blog, teruskan dan kekalkan momentum anda. Jihad pena ini pasti ada nilainya disisi Allah. Insya Allah. J

Semoga Allah berkati Entum Semua. Dan jangan lupa doakan saya dan mereka semua. J


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

11 comments:

Anonymous said...

Yang penting, dont stop writing. i love ur writing too much. :))

nadia said...

Erk, husna dilanggar taufan? sejak bila husna ada hati dan hatinya dilanggar taufan? perkembangan yang baik unt anda husna!

husnataqwa said...

Insya Allah tak stop writing kalo masih diberi peluang olehNya. =)

nadia- semakin dewasa, hati semakin tumbuh. dan semakin dewasa, badai menimpa hati bak ribut taufan. kalau begini rasanya ada 'hati', pasti ak tak berusaha meng'ada'kannya dulu. Nadia, thanks. =)

nadia said...

Tapi aku tak pernah risau. Tsunami sekalipun, hati anda pasti kuat unt menampungnya. Anda budak kecik berhati besar,bukan? may allah bless u dear. take care and seek for Him much much more. have faith in Allah.

husnataqwa said...

Syukran. Dont worry, u know me. =) [ayat berlagak]

anyway, jazakillah...

Anonymous said...

Salam. Lama tak dengar cerita Husna. Tercari2 jugak di FB pun sunyi. Blog pun terbengkalai. Apa khabar agaknya? Mesej susah nk reply pulak tu.. Moga baik2 saja ye.

husnataqwa said...

=) akhirnya ade jugak orang tanya khabar. =) Syukran.

Khair saje. Dah berada di kelantan beberapa jam yang lalu. Samapi je terkejut rupanya kat rumah ada kenduri. Memang surprise sungguh. =)

Doakan moga semuanya khair2 saje.

Menjauhi manusia sekeetika unt mendekati Dia lebih dekat selamanya. Insya Allah. =)

Anonymous said...

Menjauhi manusia seketika unt mendekati Dia lebih dekat selamanya..
like. like. like.

Mabruk Husna. Yassir umuuraki..

mujahid islam said...

Assalam. Update. Update. Ashtaqi ilaiki...

Anonymous said...

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana aku serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi

fanclub said...

T.T
menulislah. terlalu rindu unt membaca.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.