Pergh. Dah terlalu lama rasanya saya tak cakap tentang KAWEN. Bukan tak teringat, tapi tak ada cerita yang menarik unt dikongsikan. Rasa tiba-tiba macam kepala kotak ni 'hang' bila cakap pasal KAWEN. Ahha. Itu petanda 'mujahadah' yang tinggilah kononnya. Heh.
GAMBAR HIASAN. KU NUR AISYAH RAMLI. |
Bila tengok entum ramai-ramai dok cakap pasal kawen ni, saya pun teringin juga hendak share. Ada juga yang komen minta saya tulis sesuatu tentang Tunang Nikah Kawen.Tersenyum-senyum je bila saya baca. Saya teringat kata-kata seorang sahabat.
"Kita ni kalau tengok gambar orang kawen, cakap pasai orang kawen, tengok kemesraan orang kawen, hormone nak kawen tu terus-terus meningkat. Tambah-tambah kalau dok cakap pasai kawen. Bukan tak boleh, tapi berpada-pada. Hah, macam orang macam hang, dok tulis kat blog pasai kawen, bukannya hang boleh kawen pun. Calon pun tadak lagi kan? No point la.."Senget punya kawan. Mentang-mentang dia dah ada calon. Sanggup hang pandang rendah kat cek? Tak mengapa. Apapun saya bersetuju. Kalau terlalu selalu bercakap soal NAK KAWEN, nanti kita akan rasa…. Ahhh. Nak kawen. Tapi ini berbeza dengan percakapan yang berasas seperti minta tengokkan calon atau sebagainya. Yang tu, takpe. JJJ
GAMBAR SEBAGAI HIASAN. PERKAHWINAN KU NUR AISYAH. |
OUTDOOR. :) |
Pendapat saya, kalau anda masih belajar, tak perlu untuk buat kenduri macam anak raja. Ukur baju di badan sendiri. kawen, bukan untuk majlis kawen semata. Anda sudah habeskan puluhan ribu untuk dua hari majlis perkahwinan termasuk resepsi. Tapi apa yang perlu sama-sama kita ingat, KAWEN sebenarnya kehidupan selepas majlis akad nikah. Kalau kita dah spend puluhan ribu untuk majlis akad nikah, bagaimana pula untuk kehidupan selepas majlis akad nikah?Tentang kenduri kawen ni, saya juga kurang selesa bila menghadiri majlis kenduri di Johor. Felda Bukit Inas baru-baru ni. Kedudukan tetamu lelaki dan wanita bercampur. Peliknya. Kenapa tak asingkan khemah lelaki dan wanita? Bayangkan, saya tengah makan bersama kakak, tiba-tiba ada seorang teruna datang dan duduk makan disebelah saya. Terus tak lalu den nak makan. Pada awalnya saya ingat lelaki ini yang pelik. Dalam hati dok kutuk je lelaki tu. Kasihan dia. Rupanya tempat lelaki dan wanita memang sama-sama. Adui.. tak faham den. Kalau kat Kelantan, biasanya kami pisahkan tempat makan lelaki dan wanita dengan tirai. Maka, wanita boleh makan tanpa segan silu dan tak perlu takut terbatal wudhu' terutama bagi orang yang menjaga wudhu'. Kalau anda bukan orang Kelantan, dan budaya tempat anda juga seperti budaya di Felda Bukit Inas, haa, mungkin anda boleh melakukan revolusi.
Kalau anda nak kawen, demand sket dengan mak ayah, nak khemah beza-beza untuk muslimin dan muslimat. Kalau tak nanti, kami muslimat terpaksa makan dengan muslimin bawah satu khemah bila kami menghadiri perkahwinan anda. Anda sendiri tahu kan bagaimana muslimin dan muslimat? Ahhaa. Mendalam maksudnya. JPart yang saya tak suka lagi satu adalah karouke. Waktu zaman kecik-kecik pergi kenduri kawen sedara dekat Klang, sampai termuntah-muntah sebab speaker lagu ntahape-hape tu kuat snagat. Boleh pecah saya punya gegendang telinga. Pergh. Sumpah kuat gila. Macamana la orang lain boleh tahan. Yang peliknya, kenapa nak pasang kuat-kuat? Lepas tu, kenapa nak pasang lagu dangdut ntahapape? Kalau pasang lagu Maher Zain OK jugak. Waktu majlis resepsi Abang Ki dulu, kami guna juga P.A system, kebetulan kami menjemput kumpulan Nasyid datang buat persembahan. Tapi tak dibenarkan sapa-sapa nak karaoke kat situ. Dan tak dibenarkan pasang lagu pelik-pelik. Aduiya. Kenapa nak sangat pasang lagu kuat-kuat? Orang tahu lah hang dah kawen, tak perlu pasang lagu memecahkan gegendang telinga orang lain.
Kadang-kadnag, bila kita menghadiri dua majlis perkahwinan, kita dapat rasakan sesuautu perbezaan. Ada satu majlis yang memberi ketenangan di dalamnya. Ada pula yang tak menyelesakan. Itulah KEBERKATAN.
Dan itulah yang saya cari dalam majlis PERKAHWINAN sebenarnya. Tak kiralah kari sodap macamana sekalipun, baju pengantin canteeek macamana sekalipun, kalau takde keberkatan dalam majlis tu, totap rasa tak sodap. Totap rasa tak tonang. Satu perasaan damai dan tenang dirasai bila menghadiri sebuah perkahwinan walaupun majlisnya Cuma biasa-biasa saja. Macamana nak dapat aspek perkahwinan yang berkat ni? Tak lain tak bukan usaha pasangan tersebut terutamanya menjaga keberkatan perkahwinan mereka. Kalau belum kawen dah tak jaga hubungan, waktu kawen pun kuranglah seri bahagianya. Kalau belum kawen dah macam-macam, waktu kawen pun pudarlah sedikit keberkatannya. Tak gitu?Maka, jagalah keberkatan hubungan anda dengan pasangan. Moga kelak, majlis anda tenang dan mendamaikan. Moga kelak majlis anda berkat dan rahmat. Itulah yang kita cari. Walau sehebat mana pun aturacara majlis, ada flower girl lah, ada kek banyak bijik sekalipun, kalau K.E.B.E.R.K.A.T.A.N tak ada, heh, tak de makna jugak lah.
Jagalah diri anda dan hubungan anda dengan bakal pasangan anda.
Rumah saya pun dah nak berkenduri dah. Insya Allah tahun ni atau awal tahun depan. Buat dua-dua sekali gus ke? Wallahu a'lam. Yang penting, kakak dan abang dua-dua dah Nampak bersedia. Elok juga kawen sama-sama. Ahhaa. Nanti tinggal saya sorang. Yang penting, saya takkan benarkan mereka mengambil tema BIRU. Reserve for me lah kakak abang ye. Ahhaa. J
Tinta Budak Tak Suka Bazir,
Husna Kamarudin.
12 comments:
akak kalau buat post pasal kawen, comeyy je... kawen2 je laa kak.. cukup dah tu ilmu di dada. :)
ahhaa. menarik. takpelah. bagi turn korang2 dulu lepas, akak menyusul di belakang pun takpe. =)
wah, setuju kata anonymous. comel k.husna bila bercakap soal kawen. asam garam rumahtangga dah hadam, mmg matang lah. terbaaeekk kak~
kalau akak kawen, jangan lupe jemput kami2 ni haa. nati nk bawak satu bas pegi kelantan. kena pakai set biru la kak ea?
n08n, kita buat rehlah terus kat kelantan pun boleh? ce cite..ce cite.. bila kak husna nak kawen ni? kami nk p kelantan ni.. ce cite..ce cite.. kalo tak nak cite, kita bako je.. bako je..
budak2 ni... =)
hangpa kawen dulu lah.
klo nk datang kelate, tak payah tunggu akak kawen, ramai min mat kelate yg akan mendahului. ehhee. insya Allah ade tu. diam2 ubi berisi. kak husna tak perlu ditunggu, lambat lagi, calon pun takde. gane nk rancang kawen..
korang2 la dulu. tak sabar akak nk jadi unit modul perkahwinan korang. Ahhaa. =)
haha. rindu nk gelak dengan akak.
nk jadi unit modul kami kawen? erk, tak mau la kak. *segan*
tapi kalau akak jadi DnI saya nak kak. akak marah sket kalau Ibadah tak terjaga, disiplin tak kemana. nak tak kak? akak jadi laa DnI saya nanti... boleh ea kak? tapi sebelum jadi DnI saya, akak kena berpasangan dulu.. kena cari pasangan yang bagus unt DnI jugak laa. Ha3.. akak..akak... :P
DnI? haa.. elok jugak tu. Menarik. tanak akak jadi CC ke? =)
Ha.Ha.Ha.
CC tu melampau sangat kak. Asek nk marah je nanti. Tamau lah. DnI lah moderate. hehe. Nati tiap2 malam buat malam muhasabah. Wah wah. tak sabar rasa. :P
Mane boleh. Tiap2 malam buat malam muhasabah tade modal pulak nanti.
tapi hang yg kena kawen dulu. Klo akak dah kawen mane sempat nk 'DnI'kan korang. sebab nanti sebok nk 'DNI'kan akak punya rumah tangga la pulak. ahhaa.
Aah la jugak kan.. nanti akak sebuk berkepit dengan hubby akak pulak.. takpelah kak, tak jadi. sebab saya nak tengok akak kawen dulu. baru saya kawen. :P
tapi kalau hubby akk sporting, apa salahnya. kita Dni same2. hehe
Mengarut lah budak2 ni. =)
Kalo nk tunggu jugak, tunggu lah. Tapi jangan sampai bosan menunggu. =)
DnI pun DnI lah. Tak payah tunggu kamu kawen, sekarang pun akak sanggup jadi DnI kamu. Jangan lupa taklifat ye. =)
Waaaa... Takuuuutnye...
Ngee~~~
Post a Comment