♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, March 06, 2011

Ditabrak..


Di Johor yang permai ini, tengaharinya panas terik, petangnya hujan. Cuaca tidak menentu. Menghabiskan masa sebaek mungkin namun tetap terpalit kebosanan yang melampau dek kerana ditinggalkan seorang diri.

Malam yang hening, terasa nak sangat makan ICY GRAPE. Mat Kool. J

"Bang, nak p beli eskrem jap."

"Malam ni. Esok je lah."

"Tapi rasa nak makan sangat."

"Mata awak tu tak boleh kan malam-malam?"

"Tarraaa.. cermin mata kan ada."

"Bawak kereta lah. Jangan pergi dengan motor. Dah rabun buat cara rabun."

Ha. Itulah kelemahan saya. Saya mempunyai satu tabiat yang menyebabkan saya 'hilang' bila disuluh lampu yang terang atau terkena matahari yang panas. Tapi kalau berkereta, saya OK. Pelik juga.

Tapi biasalah, budak-budak. Lepas bersiap-siap, saya lupa memakai cermin mata. Dan saya juga tidak mengambil kunci kereta tetapi mencapai kunci motosikal. Instinct apapun tak tahu lah.

Sebelum keluar, saya melintas jalan. Dari dalam rumah, saya dengar suara abang memanggil. Saya semakin laju. Tiba-tiba tengah jalan, ada sebuah kereta laju dari arah yang bertentangan. Cahaya lampunya menyuluh saya yang sedang melarikan diri. Tanpa saya sedar, saya pejam mata dan menjadi batu kat tengah-tengah jalan tu. Subhanallah. Syaa dengar jeritan kakak dan abang.

Tapi nasib saya baek, kereta tersebut sempat memperlahankan kenderaannya. Terlanggar. Tapi perlahan. Saya Cuma jatuh terduduk. Kalau pemandu itu laju, mungkin saya dah jadi lemping atau emping jagung. Dan kemungkinan untuk menulis blog hari ini, tiada. J

Menarik. Sebab akhirnya saya tahu, "kalau orang cakap jangan, jangan buat. Kalau orang pesan, ikut pesanan orang."

Bila saya buka mata, pemandu tersebut kaget. Saya masih pening lalat dan tak tahu apa yang berlaku.

Cedera sedikit saja. Luka tangan dan kaki terkena jalan tar. Nasib baek sungguh. Memang saya bersyukur kerana saya tak jadi arwah malam tadi. J Alhamdulillah.

Pengalaman hamper kena langgar dah banyak kali sebab kedegilan diri sendiri untuk memakai cermin mata.

Muka abang tensi. Berleter tak habis. J Penat den nak dengar. Bukan saya sengaja bang.. J

Sekarang dah jadi trauma dengan jalan raya. Teringat pula kenangan di Kota Baru. Waktu itu saya dengan abang di Kelantan. Lepas kunci kereta, saya melintas. Tetiba lampu isyarat dah hijau, semua kereta menyerbu kearah saya. Dan saya jadi batu kat tengah jalan besar tu. Tapi nasib baek abang tarik tangan saya sebelum saya jadi daging cincang kat tengah-tengah tu. J

Kadang-kadang bila kita terlalu mengikut nafsu dan kata hati, ada something wrong di situ. Timbanglah dengan akal dan iman. Jangan buat sesuatu membuta tuli.

Saya menyesal. Ya, menyesal kerana tak pernah nak dengar nasihat abang. Sedangkan nasihatnya tidak pernah bertujuan menyusahkan saya. Malah, nasihatnya demi kebaekan saya.

Saya juga mempelajari sesuatu, jangan malu nak pakai cermin mata. Walau apa orang kata, sila sedar diri. J

Bila cerita dah sampai ke kampong, lagi-lagi la macam-macam. J

Dalam proses merawat mata menggunakan Permata Hijrah. Mungkin lepas ni kena usaha lebih sikit untuk kesihatan mata yang lebih baek. Minyak ikan dan carrot pasti baek untuk mata. Disamping selalu membuat latihan mata seperti memandang pemandangan yang HIJAU. Dan juga melihat kawasan lapang. Erk, ni ENcik Berkot putih yang berkata-kata. J

Sayangilah setiap organ yang Allah beri pada anda. Bila ia hilang fungsi atau separa berfungsi, anda akan merasai betapa susahnya apabila nikmat ditarik olehNya.

Bagaimana tanda kita bersyukur?

Kata tazkirah kat TV baru-baru ni,

Ada tiga cara untuk zahirkan rasa bersyukur,

Pertama, say ALHAMDULILLAH. Bila dapat nikmat, ucap ALHAMDULILLAH. Bila dapat ujian? Say, Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.

Kedua, sujud syukur dan kalau boleh disertakan dengan solat. Sebab, solat itu tanda kita bersyukur dan berserah diri padaNya.

Dan yang ketiga, menggunakan nikmat yang Allah beri pada jalan yang sepatutnya. Tidak pada maksiat. Contoh, Allah bagi mata. Jangan tengok benda-benda tak senonoh. Jangan tengok aurat orang. Jangan tengok benda-benda kotor. Maka, jagalah sebaeknya nikmat yang Allah beri. J



p/s: berat hati pulak. J Bila nak balek Kelantan ni. Dah rindu kat kampong. Tapi ada orang tak nak beli tiket pulak. J Tak sabar nak jumpa orang-orang kat Kelantan. J


 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

Anonymous said...

akak.. =((

detective said...
This comment has been removed by a blog administrator.
detective said...

padan muke :P
tu lah, dok Johor, tapi orang nk jumpe pun susah. padahal rumah sebelah sebelah je pown... alahai anak dara solehah sungguh... :P

semalam dengar bising2 ingatkan ape. pastu orang yg kena langgar tu gelak je. musykil2..orang sekeliling punya laa risau... awk dok senyum2.. takut kena marah laa tu.. walaupun tangan berdarah2.. mmg tengok abang marah gilee ah semalam. :P

datang laa umah. :P

Anonymous said...

aii.. nape delete komen kat atas tu.. :)

husnataqwa said...

laah, ingatkan anak teruna dah balek Misr dah.

husnataqwa said...

Anonymous- kenapa sedih ni..? YM ke? dah2. dah online dah. =)

husnataqwa said...

detective- org pegi la rumah. tapi ada ummi je. yg lain pegi masjid kot waktu tu. nt2 org datang.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.