"Pokok pangkalnya, iman.. Bukan keindahan dunia yang kita cari."
Ya, pokok pangkalnya, IMAN. Bukan mudah mendapat title orang yang beriman. Nak lawan nafsu bukan senang syeikh. Tapi ramai yang Berjaya. Tak kurang juga ramai yang terleka. Jangan risau, pintu taubat Tuhan masih terbuka.
Sejenak berbual dengan orang sekeliling di JB. Mengeluarkan pandangan begitu dan begitu. Kebetulan di ajak menyertai Usrah IKRAM sementara mengisi masa di sini.
"Kalau manusia tahu syurga itu indah melebihi segala yang ada di dunia, tentu no violence. No one berani nak commit sins."
Perumpamaannya sama, manusia sanggup work hard bekerja siang malam, semata-mata nak dapatkan gaji 3K yang dijanjikan. Bukan saja work hard, malah full commitment pulak tu. Sanggup balik lewat. Sanggup tak cukup tidur. Sanggup penat. Tapi kalau bab amal ibadah, liat! Padahal janji Allah pada hambaNa yang beramal soleh adalah syurga. Tapi manusia tak Nampak dan selalu sambil lewa dalam beribadah. Asal solat cukup rukun. Padahal apalah sangat value 3K jika nak di compare kan dengan syurga Ilahi. Jauh sekali!
Terlalu banyak ibrah yang Tuhan mahu beri pada hambaNya. Melalui pelbagai manhaj dan cara. Itu tanda Tuhan mengasihi hambaNya.
memperjuangkan kebenaran. melawan hawa nafsu yang bergelora. |
Tapi mencari hamba yang benar-benar mengasihi PenciptaNya ternyata susah. Diuji dengan dugaan, maka mula mengeluh dan meragui kasih Tuhan.
"Apa Tuhan tidak pernah memandangku? Di beri aku ujian yang tidak diberi orang lain."
Apakah kamu lupa ujian itu tanda kasih Tuhan? Saat kamu mengeluh, seluruh nikmat dirasakan hilang, sedangkan apa yang kamu kecapi lebih banyak berbanding apa yang kamu deritai.
Dah masuk Mac rupanya. Dah 4 Mac pun. Semakin lama usia semakin meningkat. Takut pula, kelak dipersoalkan Tuhan, dimana usiamu dihabiskan? Maka, jawapan apakah yang boleh menghalang murka Tuhan? Kemana dihabiskan puluhan umurmu.. Untuk kebaekan atau untuk kemungkaran. Takut meniti umur, walaupun kadang-kadang terasa bahagia menjadi dewasa. Tapi kelak risau tidak terjawab soalan dari yang maha Esa.
jihad menegakkan kalimah HAQ. |
Meningkatnya umur bukan alasan untuk menjadi 'otai'. Kalau otai kat Universiti takpe, selalu buat. Tapi jangan otai dalam urusan dengan Tuhan. Mentang-mentang dah dewasa, solat lambat sikit pun takpe, ada kewajipan lain memerlukan hamba. Kewajipan apa yang lebih besar selain dari menghambakan diri pada sang pencipta? Sedangkan solat merupakan amalan pertama yang dihisab kelak.
Saya mungkin bukan insan yang baik, tapi saya mahu menjadi baik. Seandainya anda mahu saya menggadaikan prinsip saya semata-mata kerana CINTA, minta maaf saya katakan, saya takut pada Pencipta CINTA. Bercinta punya caranya. Ada landasannya yang betul. Dan saya, TIADA KOMPROMI pada maksiat. Bukan meletakkan demand yang tinggi pada diri, tapi sekadar jihad melawan hawa nafsu yang sedang menggelegak. Ya, jiwa saya juga pandai memberontak.
Saya mahu menjadi Nusaybah binti Ka'ab.
Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh.Apabila Islam memerlukan seorang doctor, maka aku berusaha memenuhinya. Apabila Islam memerlukan seorang pahlawan, aku juga akan menjadi front-liner barisan perang. Cita-citaku besar dan impianku tinggi. Tak mungkin aku capai tanpa mujahadah yang tinggi.
Nusaybah wanita yang disegani. Jiwanya besar terbukti, semangatnya waja aku mahu contohi.
Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, "Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua."
Nusaibah mendengar kata-kata Rasulullah itu. "Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti," kata Nusaibah.
Maka Rasulullah pun berdoa, "Ya Allah! Jadikalnlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak."
"Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini," kata Nusaibah sebagai membalas.
Jika Nusaybah sanggup terluka mempertahankan agama, aku juga mahu begitu. Biar banyak parut luka. Kalau Nusaybah parutnya di badan kerana melawan batang-batang pedang. Jika aku, biarlah parutnya di hati, bertumbuk dengan nafsu yang menggoda dan meminta keseronokan sementara. Jika aku, biarlah parutnya di jiwa, terluka dan dilukai oleh sang pembenci agama. Terluka dan dilukai oleh jiwa muda yang penuh pancaroba.
Ooh, Nusaybah pejuang agama, kongsikan semangat wajamu dengan hamba. Supaya hamba mencintai agama sepertimana engkau pernah jatuh cinta pada agama. Supaya aku tidak kisah berkorban dan terkorban pada jalan perjuangan seperti mana engkau tidak pernah menyesal kehilangan tanganmu di medan perang.
Tangan Nusaibah sebelah telah putus ditetak musuh semasa Perang Yamamah. Apabila ada orang yang sakit datang menemuinya, Nusaibah akan mengusap si pesakit menggunakan tangannya yang kudung itu sambil berdoa supaya sembuh. Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh.
Ya, aku mahu menjejakmu Nusaybah. Menjejak cintaMu pada Sang Pencipta dan RasulNya. Seperti mana engkau pernah melindungi Nabi Muhammad sewaktu perang Uhud. Nusaybah, engkau mempertahankan agama di medan perang. Aku mahu mempertahankan agama. Mungkin caranya berbeza. Tapi matlamat kita sama. Nusaybah, jiwa ini muda dan mudah tergoda dengan dunia. Maka, aku juga sedang berjuang dengan hawa nafsu yang membara. Nusaybah, engkau telah dijanjikan syurga, sedangkan aku….. masih mencari jalan menuju Syurga.
Tinta Nusaybah,
husnabaek. =)
4 comments:
all the best kak. =)
menunggu nusaybah..
syukran wan**
tetiba rase stress**
Ya Allah, sabarkanlah hati aku**
salam akak. kenapa tak online? nak tanya sumting ni...
Post a Comment