Semenjak cita-cita untuk terbang tinggi dipasakkan dalam hati, pelbagai usaha dilakukan untuk menambah kualiti diri.
Kualiti diri sesuatu yang subjektif. Masing-masing ada kelebihan diri masing-masing. Maka, gilaplah bakatmu sehingga sinarannya menyinari seluruh dunia.
Tapi usah disangkakan jalannya mudah dan senang. Pasti ujian mendatang di tengah jalan. Tak perlu merasa senang dengan cita-cita semata-mata. Tapi perlu perkasakan iman agar tak goyah bila ujian mendatang.
Setelah mendengar testimoni-testimoni dari sahabat seperjuangan, banyak ujian yang datang melanda. Tapi mereka kuat dan tabah melaluinya. Bagaimana dengan diri sendiri pula? Sesungguhnya Allah tak pernah membebani hambaNya diluar kemampuan. Maka, setiap ujian yang datang, usah minta diringankan beban, tapi mintalah dikuatkan iman.
Kalau nak terbang tinggi ni, memerlukan persediaan rapi. jangan hanya tahu kata, saya nak terbang tinggi. Maka, terus mengibaskan sayap untuk naik tinggi. Hingga terlupa, sewaktu di atas nanti banyak pancaroba yang boleh melemahkan iman. Kelak ditiup angin kencang, bimbang takut jatuh ke bawah. Sebelum terbang, lengkapkan dirimu dengan perisai. Meskipun angin kencang, ada taktik untuk bertahan. Ha, itulah terbang tinggi. Bukan hanya terbang dan berada di tempat tinggi persoalannya. Tapi sejauh mana mampu kita terbang dan bertahan untuk tinggi di awan. JPerisaikanlah dirimu dengan keimanan yang tebal. Kerana imanlah sebaek-baek pelindung diri.
Diuji dengan management.
Ramai yang merancang untuk membuat itu dan ini. Nak baca buku haraki. Nak topap amal ibadah. Nak mengaji. Nak jadi masyi. Tapi fail dengan pengurusan. Tak cukup time lah kononnya nak buat semua. Sedangkan kalau dilihat apa yang dibuat sehari-hari, TV, FB, sleeping marathon, dan lagi pelik, ada jugak nak termenung.. Ishk, tak elok panjang angan-angan ni. Dalam bab management ni, masala boleh diselesaikan sekiranya kita Berjaya mengalahkan nafsu kita. Nafsu untuk berehat-rehat. Nafsu untuk melayan FB sampai tengah malam. Nafsu untuk sleeping marathon siang malam. Macam-macam nafsu. Dengan keimanan yang teguh, nafsu boleh ditewaskan. Pesanan penaja, cuba untuk tidur awal, tak perlu habiskan masa layan FB sampai pagi buta. Kemudian, bangun awal untuk qiam dan untuk mengelakkan tidur selepas solat subuh. Bila dah tak tidur lepas solat subuh, mesti anda rasa hari anda cukup berkualiti. Percaya atau tidak, cuba dulu! Tapi pastikan lepas Subuh jangan tidur, buat something nice seperti baca Quran, riadah dan what so ever. Tapi tidur awal di sini tak bermaksud tidur pukul 9 malam. Biasanya kat university, kita tidur lambat, sebab nak cover study dan sebagainya. Jadi kat rumah, try tidur awal. Kesihatan pun membagus nanti. J
Diuji dengan masalah hati
Hah, ini satu lagi. Masalah yang tak pernah nak selesai dan sampai bila-bila pun susah nak selesai. Masalah hati ada dua.
Busuk hati – masalah busuk hati ni macam ada perasaan tidak senang terhadap orang lain. Contoh, cemburu pada orang lain. Kalau ada perasaan macam ni, memang susah kita nak terbang tinggi. Asyik nak cemburukan orang saja. Bila orang lain lebih dari kita, kita rasa tak senang. Kononnya kedudukan kita tergugat. Apakah itu.. Bukankah hasad dengki itu perbuatan terkutuk. Kita berada di lapangan yang sama. Mesti elakkan mempunyai perasaan seperti itu. Kalau hasad dengki, ia boleh membawa pada perasaan benci. Dah hasad, pastu benci pulak. Almaklumlah, orang nak lebih dari kita, kita pun tak suka. Macamana contoh orang yang hasad dengki ni? Hem.. Dalam hatinya timbul perasaan tidak senang bila melihat orang lain lebih dari dia. Bila lihat orang lain lebih disukai oleh orang ramai, dia rasa tak senang duduk. Lantas, dia melakukan macam-macam untuk membuatkan orang itu tidak terus terbang tinggi. Bahaya. Sikap ini tidak patut ada pada seorang pejuang. Apa yang nak dicemburukan. Masing-masing usaha buat yang terbaek. Bukannya kalau dia masuk syurga, kita tak boleh masuk syurga. Sama-sama boleh masuk syurga. Dia masuk syurga kita pun boleh masuk syurga. Tak perlu cemburu. Kita terbang tinggi sama-sama. Nanti bakal kelihatan cantik di atas sana. Seperti kita melihat sekumpulan burung terbang ramai-ramai di langit biru. Berbanding seekor burung terbang sorang-sorang. Tentu burung yang ramai-ramai tu yang kita tertarik dan kita kagum bukan? Jadi tak perlu ada hasad dengki dan benci. Kita terbang tinggi sama-sama. Tak perlu merasa kita lebih, dia kurang. Tak perlu merasa aku hebat dia kurang hebat. Tak perlu merasa aku di atas, dia bukan sesiapa.
Mentang-mentang aku pemimpin, maka aku hormat pada kawan-kawan sepimpinan aku. Yang bukan pimpinan, mereka tak faham bagaimana aku. Perasaan sebeginilah yang membunuh. Dengki dan benci. Kalau nak diceritakan tentang masalah dengki dan benci ni, panjang sangat. Macam-macam jenis situasi yang berlaku.
Hati tergoda- ini masalah hati yang common dibincangkan. Ramai orang yang tidak boleh terbang tinggi kerana teruji dengan masalah terjatuh, terjelepuk, terkehel (erk same ke?) pada yang berbeza jantina. Jangan pelik. Dan saya sendiri tak mahu bercakap besar. Bimbang teruji nanti, kelak tidak tertanggung. Mohon jauh… Masalah hati ini saya tidak terlalu rigid mengatakan bahawa ia membawa pada kehancuran bagi mereka yang ingin terbang tinggi. Tapi kebanyakan masalah hati sebegini yang menyebabkan kita jatuh dari terbang yang tinggi. Dah banyak post-post saya sebelum ini menceritakan kemusnahan seandainya masalah hati itu tidak disalurkan dengan betul. Terlalu banyak. Boleh baca semula post sebelum-sebelum. J dalam post kali ni saya lebih suka untuk memberi penekanan awal,bahawa masalah macam ni boleh diatasi sekiranya kita pandai menjaga diri. Elakkan mendekati punca-punca masalah hati. Semua orang di uji, dan kita punya banyak cara untuk diuji dengan benda-benda macam ni. Tapi masing-masing kena pandai jaga diri. Elakkan 'bermesra' tak tentu tempat dan tak tentu hala. Kadang-kadang kita rasa kita main-main, nak gurau-gurau, tapi gurau-gurau itulah yang boleh membawa pada benda-benda yang hadir selepas gurauan manja itu. Sekarang ni, saya sendiri sedang mencabar diri agar menjaga diri dalam FB. Sedih sangat melihat muslimin muslimat bergurau senda tak tentu hala kat wall FB. Tiba-tiba rasa tak sedap mata memandang, tak sedap mulut membaca komen-komen tu. Ya, masing-masing ada kenangan, masing-masing rapat dan pernah bekerja, tapi itu bukan alasan untuk komen mesra-mesra. Kadang-kadang bila baca status-status kat FB, terutama wall Muslimin, memang rasa nak komen, nak cakap macam-macam, tapi saya sedang berusaha untuk tidak meletakkan komen melainkan saya rasa komen saya itu perlu dan memberi faedah yang baek. Bukan sekadar sindir-menyindir dan entah hape-hape. Saya sedang berusaha. Ya, sedang berusaha. Kalau tak tahan sangat rasa nak komen kat status-status tu, saya LIKE sajalah. J Erk, jangan terasa saya takkata kat sapa-sapa. Saya Cuma sedang muhasabah diri saya saja. J Bukan nak marah, suka tengok anda semua bermesra, sebab tu tanda ukhuwwah kita, tapi biarlah berpada-pada. Kat wall FB tu semua orang boleh baca. Kalau nak berkongsi kisah mesra, buat group private KITA-KITA je. Kemudian cakap la macam-macam kat sana. Tak delah seluruh dunia melihatnya. Aiyoo, idea tak bernas jugak rasanya. J takpe, berusahalah untuk menjaga diri dari punca-punca yang boleh menimbulkan masalah hati. Saya tidak syadid. Percayalah. Tidak syadid. J Ya, nak jaga diri, kena ada benteng iman yang kukuh. Elakkan membuat perkara-perkara yang membuka ruang terdedah pada benda-benda tak baik. Teringat kata-kata sahabat setahun yang lalu, "minimakan ruang muamalat." (tatau la beliau ingat lagi ke tak kata-kata ini. Tapi ia memberi kesan pada saya.) Ayuh, minimakan ruang muamalat. Elak diri dari terjerat. J tapi saya punya masalah hati yang membuatkan saya rasa nak terbang tinggi-tinggi. J Positif-positif. Mungkin sebab masalah hati itu terlalu 'tinggi'. J Semua orang ada masalah, maka, hadapilah dengan cara positif dan terbaek. Wallahu a'lam.
Benda yang saya teringin nak buat sekarang adalah Qasidah. Rindu pada situasi itu. Kat rumah ni buat jugak pasukan nasyid dengan kakak dan abang. Tapi selawat dan nasyid saja. Tak de qasidah. Nampaknya kena ajar mereka berqasidah. J
Najah Solihah bakal menunaikan Umrah. Moga selamat dan diberkati Allah. Jangan lupa doa dikirimkan untuk kegemilangan Islam di Malaysia dan seantero dunia. J
Heh, orang Kelantan, jom buat reunion kita-kita Kelantan. Cuti sekolah nanti jom. Conduct cepat bagi yang bertanggungjawab. J
13 comments:
M.A.N.T.A.P
masyaALLAH kak..i got smthing from dis entry..mahu pasakkan dalam hati jgk..
byk sudah khilaf diri..tqvm kak,luvfillah
izzati- all the best. let live the life well. =)
i loike.
husna yang disayangi,
teruskan update blog walau ditabrak.
my Almighty Allah..love it kak!..
motivasi dipagi hari..terima kasih atas peringatan :D
Salam Husna. Bagaimana nak terbang tinggi kalau kita berada di bawah? Potensi untuk terbang sangat rumit. Dan siapalah saya untuk terbang setinggi Husna. Saya sangat tidak punya apa-apa.
N.A Jefry- Syukran sudi melawat dan baca entry kat blog akak. =) Moga same2 dapat manfaatnya OK. =)
Anonymous- Semuanya bermula dari bawah ukhti.. cuba baca entry MENYAHUT SERUAN KHAIRA UMMAH..
Insya Allah ada masa nanti ana cuba buat post lagi.
Aish, tak sedap dah janji banyak dengan orang nak buat post yang menjawab persoalan mereka.
Insya Allah ana cuba. dengan izin Allah.
Erk, yang orang mintak waktu belom cuti pun lagi ana tak buat lagi..
Subhanallah saudari husnaku =)
moga selamanya dlm jiwa tarbiyah.
Same goes to u my ex classmate and hopefully my future classmate. =)
[hani, ayat penuh harap ni. Tukar laa allied. =(]
k husna, trime kasih atas doa. doa utk kegemilangan islam PASTI.. di maan bumi dipijak, di situ islam dijunjung. !!!
Insya Allah Najah. =)
Semoga Allah memberkati Najah. =)
Ya, kegemilangan Islam itu PASTI. (bukan pusat asuhan tunas islam ye)
Post a Comment