J
Alhamdulillah. Buat kesekian kalinya diberi peluang menghadiri tausiyah dan pengajian di Madras An-Nur.
Jujurnya, ini kali pertama saya mampu menyertai rombongan ke majlis sebegini. Biasanya, bila ada majlis dengan Habib, saya tak dapat peluang menyertai, kekangan kerja dan meeting yang selalu berkebetulan dengan majlis sebegini.
Sekarang, bebas dari sebarang taklifat yang mengikat. Alhamdulillah. Berpeluang menyertai. Syukur tidak terhingga.
Pertama, terima kasih buat mereka yang memahami dan memberi kerjasama. Walaupun saya Nampak blurr, mereka totap senyum, seolah-olah memberi semangat, "Kak Husna boleh buat punye!!"
Kedua, maaf bagi sesiapa yang tersesat. Sebenaqnya itu juga kali pertama saya menjejakkan kaki ke Madras Annur. Tapi bila depa tanya, kat mana tempat tu? Muka confident habes. Macam dah berkali-kali pergi. J Nasib baik ada guide leader. Hah, biar depa kat depan, saya menurut saja. Senang cerita. Lagipun, saya jarang naik bas. Paling ye pun, naik bas no.12 pergi MidValley. Kalau tanya KTM, insya Allah masyi. J
Yang penting, its worth! Kalau nak tahu apa yang berlaku di sana, skodeng saja kat blog roommate beta, farahadlina. khususan post ini.
Yang penting, saya berharap rombongan macam ni berulang lagi.
Saje mencipta kenangan dengan mereka yang bakal ke Gombak, Afiqah ZUlkifli. Asyitah (Insya Allah) dan Atiyah. J dan yang lain-lain tu tak ketinggalan.
J
Terima kasih kerana banyak memberi semangat. J Memandang saja sudah memberi semangat. J Syukran jazilan. J
p/s : terkesan dengan doa Habib Munzir.
Pengajaran: Bila menghadiri majlis sebegini, mendekati golongan Habib, memang melonjak iman. Ramai orang yang memuji, suka, gembira dengan majlis-majlis sebegini. Tapi berapa ramai yang berusaha berubah untuk lebih dekat dengan Allah selepas menghadiri majlis sebegini? Katanya iman dah melonjak naik? Jangan hanya berkata-kata, tapi buktikan dengan kelakuan kita. Ditujukan buat diri sendiri. kebetulan tadi bercerita pada ibu, kegembiraan menghadiri majlis bersama Habib Munzir. Kata Ibu, jangan gembira semata-mata, buktikan dengan amal soleh dan cinta Allah yang semakin membara. Mari, buktikan! Kuatkan amal ibadah. Tak guna menangis sakan waktu Habib baca doa kalau balik UIA kita banyak buat benda lagha. Sama-sama muhasabah.Tinta budak blurr,
Bintu Kamarudin.
1 comment:
huh~ terkesan~
Post a Comment