♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, April 04, 2011

Hentian Putra


Bas Sani Ekspess itu menapak masuk ke bawah bangunan bertingkat itu. Pagar bercermin diintai, ramainya orang. Jam tangan Casio putih itu dibelek, masih terlalu pagi. Sempat untuk mengimbau kenangan lalu yang sentiasa bersemi.

Sejak mula-mula menjejak kaki ke Darul Quran pada tahun 2008, stesen bas Putra itu menjadi satu tempat wajib kunjung. Sewaktu di DQ, cukup terkenal dengan title 'banat yang selalu balek kampung', maka tidak mustahil stesen bas Putra menjadi tempat yang sering dikunjungi saban minggu.berlepas pada malam Sabtu dan kembali mendarat pada Isnin pagi atau kadang-kadang lewat sehari dua. Itu perkara biasa.

Dulu, nak ke LCCT, jauh dan sorang-sorang. Jadi, bas yang menjadi pilihan berbanding terbang tinggi ke udara. Namun, kadang-kadang jalan udara menjadi pilihan jika ada rezeki lebihan. Merenung di sebalik cermin kaca. Kelibat manusia terhuyung hayang keluar dari bas menarik perhatian. Banyak pengalaman di hentian Putra.

Pengalaman pertama menaiki bas bersendirian, bas yang dijadualkan pada pukul 9 malam tidak kunjung tiba. Perasaan cuak mula datang, bila ditanya dikaunter tiket, katanya bas belum tiba. Hamper pukul 11 malam bas ditunggu tidak kunjung tiba. Bateri telefon bimbit pula nyawa-nyawa ikan. Melihat wallet di dalam beg sandang, nipis, habis tunai digunakan, tinggal lagi kad bank yang mungkin berisi, tapi tidak ada ATM yang berdekatan. Dalam hati hanya Allah yang mengetahui. Kaunter tiket bas sudah mula ditutup. Putra mula sunyi, tidak sebising dan sesesak tadi. Kebetulan orang yang menunggu bersama juga tidak ramai. Sudah berkira-kira untuk check-in mana-mana hotel berdekatan, itu adalah resolusi yang ibu beri. Tapi memandangkan wallet yang nipis dan ATM yang tidak dijumpai, hati tetap berasa cuak. Pukul 12 malam, hari sudah bertukar tarikh, bas tetap tidak kunjung tiba. Beberapa penumpang sudah berkuak lentang dia tas kerusi, penat menunggu barangkali. Ana masih buntu, tidak tahu apa yang boleh dibuat. Masih terlalu baru dan tidak biasa di tempat baru. Kali pertama menaiki bas sendirian. Setengah jam kemudian, 12.30 malam, bas tiba di stesen. Pemandu dan pengurus bas bertelagah ringan. Tanpa mengendahkan mereka, saya menaiki bas tersebut, walaupun hati bercampur-baur. Walaupun tiba agak lewat di Kota Bharu, ayah ibu memeluk erat, cukup risau jika sesuatu yang tidak baek terjadi. Saya pula tidak semena-mena menangis, entah apa yang ditangiskan pun tidak pasti.

Kali kedua, perjalanan dari KKB yang dijangka mengambil masa dua jam untuk ke Putra. Hari itu ada usrah Marjan Hanani. Saya keluar DQ sedikit lewat, tapi dalam perkiraannya, masih sempat dengan bas dan untuk bersolat Maghrib dan Isya. Tapi perkiraan saya silap, tren di KKB lewat hamper sejam. Pukul 8 malam saya bertolak dari KKB ke Rawang. Tiba di Rawang pukul 8.30 malam. Dan bas saya pada pukul 9 malam. Tinggal lagi setengah jam. Saya mencari teksi memandangkan tren masih belum menunjukkan kelibatnya. Teksi juga tidak kelihatan. Akhirnya tren tiba. Tinggal 20 minit saja lagi. Dalam hati doa dipanjatkan tiada henti. Tiba di stesen KTM Kepong, ada sedikit masalah dengan tren. Hati saya berdebar. Terpaksa tukar tren, waktu itu lagi 10 minit sebelum pukul 9 malam. Tiba di Hentian Putra tepat pukul 9.10 minit malam. Saya berlari menaiki tangga dan memasukkan kad KTM ke dalam mesin sebelum palang diangkat. Beg Adidas itu saya pegang erat. Harap-harap bas masih ada. Saya berlari menuju ke kaunter Transnasional. Seperti yang saya rasa, bas sudah berlepas. Saya diminta menumpang bas lain untuk ke Greenwood dan bas saya akan menunggu di situ. Saya mengikut. Bila masuk ke bas tersebut, saya hanya dibenarkan berada di tangga bas tersebut memandangkan bas sudah penuh. Betapa malunya seorang perempuan berjubah dan bertudung labuh duduk di tangga bas ekspress dengan sebiji beg sederhana besar bersamanya. Hanya Allah yang tahu betapa hati ini menangis hiba dan malu. Ahha.

Kali ini pula explorace bertiga. Saya, Qurrotu Aini dan Fadiah. Biasalah, waktu kat DQ, jakun sikit dengan Sogo dan Jalan Tar. Memandangkan ada SALE di Sogo, maka kami singgah di Sogo, sebelum menaiki bas untuk bercuti di Pantai TImur. Selepas membeli-belah di Sogo, kami bertiga mencari kenderaan yang sesuai untuk membawa kami ke Hentian Putra. masa tinggal tidak sampai sejam untuk kami berada di sana, lebih kurang 35 minit. memilih teksi, tapi sayang, terpaksa beratur panjang, teksi pula kurang. orang terlalu ramai. terpaksa batalkan impian menaiki teksi. KTM juga sesak, masa jangkaan tiba juga lambat. maka, tidak ada pilihan lain melainkan jalan kaki. dengan harapan, untung-untung jumpa teksi di tengah jalan. nasibnya baek beg ditinggalkan di Hentian Putra terlebih awal. maka, kaki dilangkah laju, tanpa arah tuju, main agak-agak saja.  jam direnung. Harap-harap sempat sampai dan bas belum terlepas. bertanya pada guard dan pakcik yang kelihatan boleh dipercayai. Tapi tetap 'dikacau halus'. Biasalah, lelaki. Cuak juga bila terpaksa melintas jalan besar dan melalui selekoh tajam. Tapi kami tetap berjalan. Teksi tidak kunjung tiba. Jam bergerak seolah laju. Kaki melangkah seolah pasti. GPS pun tadak nak minta bantuan. Akhirnya 3 minit sebelum bas dijangka bertolak kami tiba di Putra, termengah-mengah. Kemudian mencari bas di dalam terminal. Alhamdulilah, terus menaiki bas an tertidur dengan begitu lena. Dek terlalu penat dan semput. Tiba di Pasir Mas, kaki nampaknya merah dan sedikit membengkak. Tanda protes akibat berlari jauh,mungkin. Hampir 30 minit kami berjalan dan kadang-kadang berlari. Tak kisah walaupun ramai mata yang memandang. Subhanallah. Kenangan-kenangan.

"Nak teksi dik?" Lamunan terganggu dengan pertanyaan seorang Pak Cik teksi. Jam tangan di pergelangan kiri tangan dijeling, 5.10 pagi. Masih terlalu awal. Sejak akhir-akhir ini sedikit cuak untuk menaiki teksi terlalu awal. Kalau dulu, main hentam saja. Kadang-kadang Abang Ipar jemput di Stesen Putra. Tapi malas pula sering menyusahkan beliau di awal pagi begini.
Saya mula serik menaiki teksi terlalu awal, bukan saja bayarannya mahal berganda-ganda, malah pemandunya yang menggatal tak tentu pasal. Pernah saya menaiki teksi seorang diri, kebetulan waktu itu saya berniqab. Pak cik teksi itu tidak henti-henti minta saya membuka niqab. Tanpa alasan. Sungguh gatal tida terperi. Tidak ada kata-kata yang saya mampu ucapkan untuk menjawab permintaan 'nakal' dan 'gatal' pakcik tersebut. Bimbang jika bersuara, marah pula pakcik tersebut, kang lain jadinya. Maka saya mendiamkan diri walaupun di desak membuka niqab. Dalam hati, saya hanya mampu berdoa, agar Allah lembutkan hati pakcik tersebut. Alhamdulillah, selamat tiba di PJ, tapi masih dengan permintaan 'gila'nya agar saya membuka niqab sebelum meninggalkannya. Alasannya 'nak tengok muka disebalik mata yang kononnya 'comel'' Tapi saya tidak melayan. Terus membayar tambang dan keluar tanpa menunggu baki dihulur kembali. Sejak itu saya mula serik menaiki teksi awal pagi. Dan kadang-kadang timbul juga perasaan takut berniqab. Saya rela menunggu sehingga pukul 6 pagi sebelum mengambil teksi ke UIA PJ. Charge lebih murah dan setakat ini masih selamat, Alhamdulillah walaupun seorang diri. Peristiwa ini tidak pernah diceritakan pada Ayah Ibu, bimbang mereka risau tak tentu pasal pulak. Nanti tak pasal-pasal kena paksa kawen. Lawak bodoh.

Putra. Kalau nak dicoretkan kisah semua di Putra, pasti tidak ada daya, kerana rasanya dah hampir 50 kali atau lebih saya berada di Putra. Hampir 4 tahun menuntut di Selangor. Maka, tidak mustahil sungguh kerap berada di Putra.

Ada pengalaman yang menarik dan tak kurang juga pengalaman yang pahit. Apapun pengalamannya, tetap membuat saya tersenyum bila terpandangkan Hentian Putra. Ya, terlalu banyak kenangan. Dan berharap dengan masa yang bersisa, masih mampu mencipta kenangan di Hentian Putra, sebelum melangkah ke Bumi Kuantan. Insya Allah.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

8 comments:

Anonymous said...

bahayanya kak.. geli geleman rasa.. lain kali jgn naik teksi sorang2.. kena ade teman...

husnataqwa said...

betul tu, bahaya juga. hanya Allah sebaek2 penjaga.. belom mampu berteman sentiasa lagi setakat ni. ahha.

cousin said...

hai.. hari tu kata kat mak nak cari kat uia.. pandai ngelak ye.. buleh dah tu nk cari teman.. tunggu masa je.. yg ada tak mahu, disuruh cari pun tak mahu.. apa yg mahu tak tahu leee...

husnataqwa said...

tak mahu ape2~

pandai2 je hang mengapi2kan mak aku. sekeh kang. takpe, nt klo depa jumpa calon, aku suro depa bagi kat hang. nak sangat. =)

cousin said...

sabo2 yang. jgn marah.. orang nk hang, bukan aku. kalau orang nak aku, lain cerita. mitak maaf, bukan api2kan mak hang, cadangan je leee..

husnataqwa said...

tadi rasa nk sekeh, sekarang rasa nk bunuh orang. huh~

Anonymous said...

sepatutnya balik beramai-ramai.. kawan-kawan kan ramai. tak elok balik sorang-sorang macam tu.. memang bahaya.

husnataqwa said...

hasbunallahu wani'mal wakeel...

insya Allah diusahakan cari kawan yg sudi. =)

syukran idea. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.