♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, March 03, 2011

Rintihan hamba.


Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira

Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu 
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya


 
Disamping Qasidah, seronok juga mencari lagu-lagu nasyid ketuhanan. Memberi sedikit kekuatan pada jiwa.
Alhamdulillah, dah ada di JB. On the spot datang. Nasib baek pergi terminal 1 tu mmg ada terus bas ke JB. Ape lagi, terus ON sajalah. J
Dalam planningnya, nak dok seminggu kat Seremban. Tapi memandang abang ipar balik cuti di rumahnya, maka saya terpaksa 'angkat kaki'. Takkan nak dok dengan abang ipar serumah kot. Mana boleh. J tadi pun nasib baik Munir temankan, pastu abang ipar pulak macam faham, dia keluar je, tak balek-balek, sampai kakak balek rumah. Kesian dia. Habes berapa minyak keta bang? J

 
JB ni banyak kenangan tercipta kat sini. Dulu, abang sulong, kakak kedua, abang ketiga, sume dok JB. Satu taman pulak tu. Waktu sekolah dulu, asal cuti je mesti mai JB. Lepak rumah sapa-sapa yg berkenan. Mak cik pun ada kat sini. Ni haa, rumahnya sebelah je dengan rumah abang ni. Dah 3 orang ahli keluarga jumpa jodoh kat JB. Kedua-dua kakak dapat jodoh di sini. Abang pun sama. Memang tak dapat dipisahkan dengan JB. J
Mula-mula sampai sini, rasa sebak jugak. Dulu masing-masing kecik-kecik, takde komitmen. Sekarang semua dah besar, ada tanggungjawab masing-masing.
Kehidupan tu sentiasa berubah-ubah. Walaupun tempat yg sama. Tapi keadaan yang kita lalui tak mungkin sama. Maka, hargailah apa yang anda ada hari ini.
Nanti abang kakak kerja sampai malam. Engineer.. tah. Tak faham kenapa abang saya ni busy sangat. Orang lain pun keje jugak. Manager jugak. Tapi dia asyik busy je manjang. Dok rumah pun tak henti fon bunyi. Tensi. J
Rindu jugak kat Munir. Sanggup dia ponteng sekolah temankan Cikna tadi. J
Dari dulu sampai sekarang, TIJ tempat terbaek untuk 'melarikan diri' atau 'mencari diri'. Dan Alhamdulillah, rumah kakak dan abang-abang semuanya dekat dengan masjid. Senawang ke. JB ke. Pasir Mask e. memang dekat dengan Masjid. Pandai cari tempat strategic. Nanti nak cari rumah dekat masjid jugak lah. Senang. Senang yang lelaki nak g masjid. Nanti takde la bagi alasan malas keluarkan kereta ke. Jalan kaki je pergi masjid. Wah, bestnya.
Ramai mahu tenggelam dalam cinta Tuhan, pilihlah cara yang terbaek.
Saya juga sedang mencari kekuatan tambahan.
Moga-moga kita dibantu Tuhan.
Buat kawan-kawan yg sedang diuji Tuhan, doaku mengiringi kalian.
Buat Qurrotu Aini dan Fathiah Radzi yang bakal berlepas ke tanah suci esok, 3 Mac 2011 jam 3 petang, moga selamat perjalanan pergi dan pulang. Jangan lupa doa buatku dikirimkan. J
Bila pulak nak merasa pergi umrah jugak ni. J

 
Tinta sang musafir,
Teknodaie husna.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

nanti hang pun jumpa jodoh kat JB jugak laa tuh. ameeeen........

husnataqwa said...

=)

kalo dah jodoh nak buat macamane....

lalalala

Anonymous said...

eh eh.. ada maksud tu... mendalam maksudnya... hihi. melarikan diri cari jodoh ke...?

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.