Bismillah Alhamdulillah.
Semakin hari saya semakin pelik. Dunia hari ini dah terbalek gamaknya.
Pelik bila melihat tv, terlalu banyak cerita-cerita alam ghaib. Ah, mereka sedang beriman dengan alam ghaib. Yakni mempercayai wujudnya alam ghaib. Begitukah?
Tapi sayang, cara yang mereka gunakan sama sekali tidak ada sense. Saya pelik kenapa cerita-cerita mistik menggunakan watak 'orang agama' sebagai pemainnya. Tertambah sesat dunia hari ni.
Agaknya Malaysia dah takde idea nak buat cerita.
Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang melihat cerita kat tv. Aduh, tolongla. Punya la menipu.
Agak-agak kalau anak-anak yang menontonnya, apa yang ada dalam fikiran mereka.
Saya yang rasa SERAM nak benarkan mereka menonton tv.
Makin banyak cerita seram kat tv ni guna Islamic value untuk tarik penonton. Tapi mereka ternyata kurang ilmu dalam melaksanakannya. Pening kepala nak tengok. Ehhe, baek tak payah tengok. Tapi tengok jugak. [masalah betul] ini lah masalahnya bila orang yang dah ada ilmu agama setitik air di lautan tapi nak bercakap soal agama berdegang-degang. Kemudian mulalah agama diselewengkan. Kononnya 'saya faham agama'. Kalau betul nak buat cerita yang kaya dengan Islamic value, boleh. Tapi siapkan diri dengan menuntut ilmu terlebih dahulu. Barulah takde masalah haq batil entah kemana. Masalah sungguh.
Sekarang ni kerosakan akhlak berleluasa di Malaysia. Lepas ni dengan tayangan cerita-cerita bodoh pandai macam yang ditayangkan sekarang ni, agaknya lepas ni ada kerosakan jiwa pulak.
[harap-harap kemunculan TV ALHIJRAH dan lain-lain stesen TV mampu memberi imej Islam yang baek. J]
Bukan pelakon yang popular yang dinilai, tapi essence yang ada pada cerita itu yang kami nilai.
Itu baru masalah aqidah. Belum lagi dibicarakan masalah sexual promotion dalam TV. Tak kira la cerita-cerita Melayu ke. Eh, tapi memang kita bercakap soal cerita Melayu. Sebab pelakonnya orang Islam. Cerita omputih tu lantak lah. Agama kita tak sama dengan agama mereka. Tak pelik budak kecik 4-5 tahun dah tahu macam-macam tentang apa yang sepatutnya orang 18 tahun ke atas tahu. Sexual promotion ini membawa pada sexual trial dalam kalangan kanak-kanak. Risau. Memang pandai musuh Islam menggunakan massa untuk menewaskan kita. Tapi kita orang Islam jangan jadi terlampau bodoh dan terjerat dengan maenan mereka. Di mana iman? Nilai dengan jiwa. Heh, kerajaan beriya-iya nak buat sex education di sekolah. Apa akan jadi kalau sex education tidak diselarikan dengan Islamic education? Apabila manusia mula mahu memisahkan dunia dengan Islam, memang saket jadinya.
Tapi kenapa orang susah nak faham? Susah sangat ke nak faham Islam tu penyelesaian semua masalah yang sedang berlaku dalam dunia hari ini? Kalau anda tidak memilih Islam, ingatlah, tiada jalan tengah-tengah OK.
penonton TV tak tegar,
bintu kamarudin..
No comments:
Post a Comment