Bismillah Alhamdulillah.
Rasnaya bulan Mac ni, tak mampu nak post banyak-banyak entry macam bulan-bulan sebelumnya. Mungkin kat JB ni terlalu selesa menyebabkan malas nak update dan ambik tahu pasal apa-apa. Penyakit AKU TAK PEDULISM memang tak patut ada. Tapi kadang-kadang ter'ada' jugak. Kalau penyakit tu datang, pandai-pandai la counter, jangan pandai maen counterstrike je..
Kat sini (JB), asyik hujan. Sepanjang malam hujan. Bagus untuk orang yang sedang mencari ilham seperti saya. J
Ok. Semalam saya dapat offline message dari seorang sahabat di oversea.
"Una, mak aku dah takde. Kembali ke rahmatullah. Aku tak sempat jumpa pun dia. Doakan aku kuat nak tempuh hidup aku pasni. Aku takut sangat."
Subhanallah.
Baru minggu lepas beliau menceritakan kepadaku tentang ibunya yang bertanya itu ini pasal saya. Saya mengenali ibunya. Kami tak akrab. Tapi bila saya kerumahnya, saya menjadi mesra dengan ibunya. Maka, saya rapat dengan ibunya. Tak terlalu. Tapi ibunya selalu kirim makanan bila dia nak jumpa saya. Ahha. Part ni memang sodap. Dapat makan free. Ibunya dah la pandai masak. Fuh. Tapi sekarang, ibunya pergi menghadap Ilahi. Tanpa dijangka-jangka. Bila saya selidik, ibunya pergi menemui Ilahi selepas Asar semalam. Punca kematian masih dalam siasatan. Erk, siasatan saya. Sebab ada yang kata punca kematian kerana serangan sakit jantung. Ada yang kata, keracunan. Ada yang kata, memang maknya ada sakit lama dah. Maka, terlalu banyak reason untuk satu kematian. Maka, saya masih menyiasat reason yang paling tepat.
Sesungguhnya, saya juga terasa kehilangan ibundanya. Saya sendiri tidak mampu membayangkan bagaimana sekiranya saya kehilangan ibunda terchenta. Pada siapa lagi saya boleh mengadu bila kakak makan eskrem tanak kongsi. Bila baju saya kena curi kat ampaian UIA. Pada siapa lagi saya nak mengadu bila exam dekat. Pada siapa lagi saya mahu dapatkan kata semangat bila hati teruji dalam perjuangan. Maka, saya yakin, sahabat saya pasti merasai kehilangan ibundanya. Lebih-lebih lagi, sudah dua tahun beliau tidak pulang ke Malaysia. Terlalu asyik dengan study. Maklumlah, doctor-to-be. J
Saya tidak dapat menghubunginya di Ireland. Mungkin beliau sudah pulang ke Malaysia. Saya tidak tahu. Saya tidak sempat mengucapkan takziah buatnya. Semalam juga saya menelefon rumahnya. Tapi masih belum terlalu sesuai untuk beramah mesra. Semuanya masih dalam keadaan dukacita. Sekadar saya ucapkan takziah buat ayahnya dan adiknya. Esak sendu adiknya cukup untuk membuatkan saya bersimpati kepada mereka. Budak kecik itu. Umurnya baru 9 tahun. Bagaimana perasaannya menerima ketentuan Allah. Subhanallah. Anak kecik 9 tahun itu diuji dengan kehilangan Sang Ibu. Moga-moga beliau kuat.
Mula saya sedari. Hidup ini ternyata sementara. Semalam kita membicarakan impian dan cita. Entah esok kita sudah meninggalkan dunia. Ya, terlalu sementara. Segalanya pinjaman yang kita tak tahu bila tarikh pulangnya. Ternyata, yang sementara ini harus dijadikan penguat semangat dalam mendekatiNya. Agar nanti pulangnya ke rahmatullah tidak bersahaja. Ada bekalan yang dibawa. Begitulah manusia. Perlu jadikan dunia jambatan untuk membawa sebanyak mungkin bekalan ke negeri abadi yang selamanya. Allahu allah. Sesungguhnya peringatan kematian itu sesuatu yang cukup baek buat jiwa. Agar jiwa ini sentiasa akur pada keagunganNya dan tidak lupa malah takut untuk melupakanNya walau sekelip mata.Ya. Sementara. Tidak ada yang kekal selamanya.
Ucapan takziah pasti tidak mencukupi buat keluarga arwah. Insya Allah, ada kelapangan, saya mahu menziarah di Kelantan kelak. Terlalu banyak program di Kelantan nanti. Entahkan sempat entahkan tidak untuk membuat semuanya. Tapi kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. J
Alhamdulillah. Kepada kita yang masih mempunyai ibu bapa.. Hargailah mereka. Usah malu menyatakan cinta buat mereka. Kalau kita sanggup menyatakan UHIBBUKI kepada sahabat-sahaba kita, kenapa tidak diselitkan kata I LOVE U MOM setiap kali kita ber'sms' dengan mereka? Cinta pada ibu bapa ramai yang tidak berani meluahkannya. Sapa hero, pasti tidak malu menyatakan cinta pada yang berhak. Ya, ibu bapa anda berhak ke atas cinta anda. Mereka mendidik dan menjaga anda tanpa syarat mahupun balasan keduniaan. Yang diharap mereka, anda menjadi anak yang Berjaya bukan saja didunia, malah di akhirat sana. Maka, jangan malu mengatakan, I LOVE U MOM DAD. JErk, kat sini saya letak seloka kelurga yang kakak saya rekacipta dan letak kat blog dia. Takpelah. I paste it here. Kak, sorry for 'ciplak'ing OK. I know u tak kesah. J
orangnye garang pagi ke petang
Hebat memasak juga berperang
Kalau bising habisla kitorang
Tapi bak tetap disayang
Seindah secantik bulan purnama,
Cantik lagi ibuku tercinta,
guru agama yang paling disuka
kalau bercerita semua ketawa.
orangnya tegas suka tertawa
Dapat isteri kakza yang cantik
ali dan alya nama anaknya
hebat berbisnes penuh taktik
ini cerita benjamin button
makin berusia makin muda
Anaknya munir kawan bertimbun
ely dirumah diluar fiza
orangnye ensem manis dipandang
kawen ngan juriyah naim di dapat
khairil sedqi manager kilang
tegas orangnya suka menyakat
khalifa taufiq orang panggil die
cari isteri tak dapat-dapat
engineer pun die enjoy pun die
tapi kalau nangis dialah terhebat
Ini hanani yang suka makan
orang kate fotostat muka bu
rajin belajar rajin berjalan
dokter yang cantik juga pemalu
husna ini pelik orangnye
kadang manje kadang garang
penyakit die sume ade
tapi die tak henti berjuang
imam masjid nabawi cita-cita die
memang ridha anak yang bungsu
kalau bercakap palingla tak suke
manje tidak tapi rajin tolong bu
Hebat memasak juga berperang
Kalau bising habisla kitorang
Tapi bak tetap disayang
Seindah secantik bulan purnama,
Cantik lagi ibuku tercinta,
guru agama yang paling disuka
kalau bercerita semua ketawa.
orangnya tegas suka tertawa
Dapat isteri kakza yang cantik
ali dan alya nama anaknya
hebat berbisnes penuh taktik
ini cerita benjamin button
makin berusia makin muda
Anaknya munir kawan bertimbun
ely dirumah diluar fiza
orangnye ensem manis dipandang
kawen ngan juriyah naim di dapat
khairil sedqi manager kilang
tegas orangnya suka menyakat
khalifa taufiq orang panggil die
cari isteri tak dapat-dapat
engineer pun die enjoy pun die
tapi kalau nangis dialah terhebat
Ini hanani yang suka makan
orang kate fotostat muka bu
rajin belajar rajin berjalan
dokter yang cantik juga pemalu
husna ini pelik orangnye
kadang manje kadang garang
penyakit die sume ade
tapi die tak henti berjuang
imam masjid nabawi cita-cita die
memang ridha anak yang bungsu
kalau bercakap palingla tak suke
manje tidak tapi rajin tolong bu
(blognya masih tidak dihebahkan sebab baru berusia beberapa hari. In construction.)
Tinta anak ibu,
Bintu kamarudin.
12 comments:
lama hang tak cakap pasai tunang nikah kawen. nak2. nak bace. nak topap hati ni. harap2 bole membantu.
tersenyum je saya baca post ni. tak tahu kenapa...
tunang nikah kawen, ahhaa. takde modal.. lgpn asyik kena buli je klo cakap psal kawen. siapalah saya... =(
anonymous yg kedua- saya pun tersenyum2 baca komen anda. =)
p/s: kenapa ramai sangat anonymous kat blog nih. haih. =(
aiyakk.. mmg la ramai anonymous sebab ramai secret admire. tak gitu? hehe
ahhaa. jangkaan anda ternyata menyimpang teramat. =) sila cube lagi.
takziah jgk buat keluarga aini kalau anti pergi melawat mereka.
-hisyam zakaria.
Insya Allah.
anonymous @ cik anon tu husna's fan club =D
haha, lame tak dengar ayat 'fan club ko la husna'. FAN CLUB HUSNA. wakkakaka
haihs. tak sopan punya gelak.
itu cerita lama lah.
hani, terima kasih mengingatkan kenangan yang indah itu. =)
Salam Una. SYukran. Nice post, too much love you. (lajunya airmata ini tatkala membaca post kau dan waktu tulis komen ni)
aku kuat. aku kena kuat. doakan aku ea.
Kehilangan orang yang terlalu rapat dengan kita.. takda perkataan unt aku gambarkan. 2tahun aku tidak menatap wajahnya. Baru menyemai cita pulang berhari raya bersamanya tahun ini. tapi ternyata pulangnya ak ke malaysia cuma mampu menatap pusaranya. BErdosanya aku anak yang tak cukup baik..
Perit menerima berita. Tapi ditabahkan jiwa. pasti ayah dan adik2 lebih terseksa. Mak..... Terlalu awal dia meninggalkan kita kan Una.. Ya Allah..... (aku tak tahan dah nak taip lagi, banjir depan laptop.)
Masih terngiang-ngiang soalan Mak bertanya pasal kau. Una bila habis belajar. Una dah ade pakwe ke. Una itu. Una ini.. SUbhanallah.. Terlalu aku tak kuat melaluinya. Syukran kau selalu kuatkan aku.
dan post ni.. aku terharu bangat. Syukran kerana mengingati aku dan menghargai aku sebagai sahabat.
Jemput datang ke rumah aku kalau dah balik kelantan. i waiting for u. Mak aku tahu this Husna cukup baik. Tentu dia gembira kau datang rumah aku after a long period kau asyik tak sempat nak datang.
love u Una. Love you too much much much.
Ahha. willing to be ur fanclub.
wah. tak sangka. panjang gile komen. =)
anyway, takziah. semoga Allah redha dan sayang.
ujian datang tak kira masa. moga2 iman jadi pengubat segalanya. i know u strong enough. =)
Post a Comment