♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, March 10, 2011

Tinta dari Johorian. =)


Sejahtera ke atas anda semua.


Telefon bimbit.

Pertamanya, saya minta maaf, sesiapa yang contact saya menggunakan telefon bimbit, tidak ada balasan yang baek. Ini kerana ada beberapa masalah berlaku padanya. Takpelah, masalah ni nak cerita susah. Panjang pulak kesahnya. Tak larat nak dengar nanti. Tapi saya betul-betul minta maaf. Bukan sengaja saya mendiamkan diri. Nanti soalan-soalan yang memenuhi inbox tu insyaAllah saya luangkan masa untuk menjawabnya. Bukanlah terlalu obsess menjadi Rabbatul Bait sehingga terlupa pada telefon bimbit atau termasuk ke dalam peti sejuk seperti yang berlaku kepada Roomate yang sentiasa merindui saya iaitu Cik Farah Adlina.


Sedih.

Saya terlalu cemburu pada mereka yang berada di Kelantan sekarang. Boleh rehlah, pergi Syati'il Bahri beramai-ramai, tapi saya totap disini. Nak keluar ke kedai runcit pun Abang dah buat muka. Suatu hari saya pergi ambil kakak di sekolahnya. Kemudian, Abang dapat tahu. Bising sampai pagi. Padahal bukan saya tak biasa di Johor, dah beberapa kali saya disini. Kata Abang, kat sini ramai PATI atau dalam kata standard foreigner, jadi bahaya snagat nak keluar, tambah kawasan kat sini sunyi. So, saya listen pada nasihatnya kerana apa yang dikatakannya sangatlah betul. Pernah suatu hari saya dan kakak nak ke kedai runcit untuk membeli eskrem, dikejar anjing gila. Nasib baek terror memandu motosikal. Apalagi, speed up lah. Lebih laju dari anjing gila. Kalau tak, nahaslah kena serang dengan anjing gila lepas tu saya bayangkan muka Abang yang akan berleter paling kurang dua tiga hari. Jadi saya terperap saja disini. Seperti yang saya katakan, menjadi Rabbatul Bait yang falah, insya Allah. Tapi dalam banyak-banyak kerja sebagai Rabbatul Bait ni, saya paling suka memasak. Lepas ni mereka dah tak boleh pertikaikan kepakaran saya memasak lagi. No more kutuk-kutuk ok. Masalah saya dalam bab memasak ni, saya tak hebat dalam proses nak sediakan raw material tuh. Nak prepare ayam ikan sayur, tak terror, sebab dalam peti ais ada semuanya yang dah siap. So, maen campak. Tapi takpe, kepada pengutuk tegar saya, I will prove you later OK.



Nak balik Kelantan

Saya telefon Ibu, nak balek Kelantan. RIndu sangat dah. Tapi nak buat macamana terdampar disini. Saya kata pada Abang, tolong carikan saya tiket. Walaupun Abang saya seorang controller yang baek tapi bahaya, dia totap carikan tiket untuk saya walaupun pada awalnya Abang refuse saya nak balek awal. "Alang-alang dah datang tu, duduk la lama-lama sikit." Dalam hati saya kata, Erk, abang nak perap saya kat rumah ni jadi macam mangga jeruk ke? Tapi yang menyedihkan hati memilukan jiwa, saya boleh pulak terlupa minggu depan bermulanya cuti sekolah. Jadi mananya nak ada tiket nak balek Kelantan. Minta maaf la banyak-banyak. Kelantan tu negeri barakah, jadi tiket memang selalu habes awal. Aduh. Bas, keretapi semua takde. Senyum kambing sajalah. Abang kata, paling awal ada 16hb. Saya dah rasa nak mati. 16hb saya ada temujanji dengan Encik Berkot Putih. Kemudian Abang usahakan cari tiket lebih awal. Tapi tak dapat seat tempat tidur. OK la, janji boleh balek awal, 15hb Mac. Aduii. Sabarlah hati nurani.


Terlepas peluang

Sewaktu saya menelefon Ibu, ibu kata cuti sekolah ni ada cikgu minta handle program, macam biasa. Dulu-dulu waktu dok DQ selalu aktif dalam benda-benda macam ni. Ibu kata, balek lah. Cikgu tu minta handle camp apa tah, lupa. Tapi sayang, tarikh camp tu 11 dan 12 Mac. Memang sah-sah melepas. Takpelah. Saya kata pada Ibu, katakan pada CIkgu tu, nanti next time inform awal sikit. Takdelah terhuyung hayang macam ni. Saya juga ada cadangkan pada mereka, kalau nak tenaga fasi tambahan, saya punya ramai tentera-tentera yang sedang bercuti. Khair saja kalau nak minta mereka berharaki. Tapi kata cikgu tu, kalau saya ada,sonang la nak pakai tentera-tentera tu. Allah, sedih pulak rasa. Banyaknya terlepas. Rugi memang rugi. Selepas tu, semalam pulak, ada orang contact minta jadi ahli panel untuk forum bertajuk I AM KHALIFAH di sekolah terchenta, SMKA Lati. Berganding dengan Che Faizal, junior DQ, Gen10 IQRaC. Heh, dulu budak ni pernah jadi moderator untuk forum kami MEDCY kat CFS. Sekali jadi ahli panel berganding pulak dengan dia. Rasa dah serunuk sangat dah. Lagipun mereka semangat dengan pujuk rayu bermadu mereka. Tapi kalau ikutkan hati, saya nak sangat berbakti. Tapi saya masih berdampar disini. Ruginya. Pastu terfikir, kalau ada partner kan senang. Kalau saya tak dapat pergi, minta partner pergi. Kalau sorang-sorang, nak cari pengganti susah. Ok, kawen bukan caranya kalau anda mahu mencadangkan pada saya. Mungkin boleh buat join venture atau M.O.U. J



Phir Bhi Dil Hai Hindustani

Semalam saya menceroboh CD CASE dalam almari rumah. Terjumpa banyak DVD. Belek-belek, takde cerita menarik pun. Transformer, Ngangkung, Hantu Kak Limah Balik RUmah, Cinta U-Turn, Dunia Baru The Movie, 2012 dan satu ni je yang menarik hati saya, Phir Bhi Dil Hai Hindustani. Wah, suka sangat tengok cerita ni. Dibintangi Shah Rukh Khan, eh silap, Dato' Shah Rukh Khan. Ahhaa. Rasanya masa kecik-kecik dah pernah tengok cerita ni. Memang cerita lama. Tapi torai jugak tengok. Wah, memang menarik. Anda semua patut tengok. Bagaimana Shah RUkh Khan bekerja sebagai seorang wartawan, tapi telah disuap rakus oleh kerajaannya. Terpaksa keluarkan berita yang telah diautakan. Shah RUkh Khan diperbodohkan dengan wang dan hidup mewah. Maka, diturutinya semua arahan kerajaan yang bengong tu. Lantas, gembiralah Si Ketua Menteri India dek kerana ada Pak Turut seperti MEDIA yang bodoh nak mampus sebab tertipu dengan duet. Dek kerana tertipu dengan duet maka si MEDIA ni sangguplah menipu rakyat kerana duet. Ohhoo. Semuanya kerana duet. Nak sangat duet. Macamlah boleh bawak masuk kubur. Kemudian, nak dijadikan cerita, si Ketua MEnteri ni melakukan satu pembunuhan. Lalu, dek kerana nak sembunyikan kesilapan, Ketua Menteri menyalahkan seorang rakyatnya yang sebenarnya tidak bersalah. Ketua Menteri menuduh rakyatnya sebagai penjenayah dan pengkhianat Negara lalu hendak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap orang yang tak bersalah tu. Kemudian, entah la, penulis skrip dah mula ubah Shah RUkh Khan. Macam Shah Rukh Khan dan dapat hidayah. Lantas, Shah RUkh Khan mengumpulkan ribuan penduduk India untuk menegakkan keadilan. Intifadhah beb! Waktu tengok saat Shah RUkh Khan kumpulkan rakyat India untuk tegakkan HAQ, saya bayangkan itu adalah saya. Dan mengumpulkan kami-kami semua orang Islam untuk menegakkan HAQ di bumi kami berpijak. Hebat semangat mereka kerana sayangkan India. Shah Rukh Khan menggunakan nama INDIA untuk mengumpulkan merek dan menaekkan semangat mereka. Dan akhirnya… Entum patut lihat bagaimana mereka pergi dan jatuhkan kerajaan mereka. Dan saya rasa, bertuahnya kalau kita mampu buat benda yang sama. Temgok lah sendiri, kalau saya ceritakan semuanya tak feeling pulak. Patut tengok. J



Terlalai

Bila kita senang, kita tak rasa nak dekat dengan Tuhan. Bila kita susah, baru kita rasa nak cari dimana TUhan. Begitulah manusia. Bila dilemparkan dengan duet, lalu dikutip duet tersebut, tak langsung memandang ke atas. Terus dikutip hingga terlupa mengucapkan terima kasih pada pemberinya. Tapi apabila dilemparkan batu dari atas, baru tersedar. Lantas mendongak ke atas. Menangis memohon tidak lagi diberikan batu. Tapi sebenarnya salah siapa sendiri yang jawab. Allah bagi nikmat kita lupa. Bila Allah hantar bala baru kita sebuk mencari dan berdoa. Itulah saya. Sekarang ni lepas maghrib baca Ratib pun laju-laju sebab nak masak untuk Abang balek kerja pukul 9 malam nanti. Terkejar-kejar. Solat pun walau surau dekat, dengar azan, tapi tak seawalnya. Masih terhegeh-hegeh. Memang teruklah. Rasa macam dah terlalai. Lantas, Allah menghantar peringatan yang terus buat air mata keluar berjujuran. Erk, manjanya nak nangis.



Assalamualaikum. Kaifa haluki husna? Teringat pada ahli talaqi ust. Semoga sentiasa istiqomah & thabat. Bersungguh-sungguhlah menjaga adab dengan ilmu & guru kerana padanya ada keberkatan. Seawal masuk Maghrib hari ni usahakan selawat sebanyak-banyaknya sehingga terbenam matahari esok hari. Semoga dicintai Rasulullah SAW. – Al Fadhil Ustaz Muhadir.
Pergh, baru hang tahu Husna langit tu tinggi ke rendah. Lepas tu sebok geledah beg Timberland cari tasbih yang dibawa ke masjid hari tu. Malu sungguh pada diri sendiri. rupanya sedang lupa diri anak murid Ustaz ni. Astagfirullah. Moga Allah ampunkan dosa hamba yang terlalai. Alhamdulillah peringatannya tidak lambat untuk hamba memohon taubat atas kelalaian hamba. Alhamdulillah. Islah diri sama-sama. Sebuk menjadi surirumah sekalipun, jangan lupa istiqomah pada ilmu yang kita dapat. Juga jangan lupa, akhirat yang dikejar, bukan dunia.


Result

Semalam tengok status YM budak-budak ni, pakat dok risau result nak keluar. Saya tak tahu pulak bila result nak keluar. Almaklumlah sekarang dah jarang dapat mesej LINK macam dulu-dulu. Jadi kena cakna sendiri-sendiri. tengok kat FB ramai orang post pasal result. Kecut perut hamba. 17hb Mac the date. Ohho. Memang cuak sangat. Moga Allah memberi yang terbaek dan moga hamba tenang dengan apa saja percaturanNya. Ya Allah. Berilah yang terbaek buat kami semua. Ameen. J Doa banyak-banyak semoga dapat result yang paliiing baek disisi Allah. InsyaAllah.



Semoga Anda semua dalam rahmat Allah. Wallahu a'lam. J


Tinta Johorian,
husnataqwa.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

11 comments:

intan said...

pahtu tokleh maghi la bekwoh kakak saya nikoh ni? awok ni... susah snagat nk jupo..

husnataqwa said...

ting! ting!
mitok maaf sangat2. buke tok se g. kem salam jah laa ko najah tu. nt saya sampai kelate saya try ejah g umah awak deh. klo diizinkan tuhan. sebab balek lambat doh. nk wak gano.. bukan salah ambo.. =) smeoga najah bahagia dengan hubby dia. =) cemburu eh saen2 pakat nikoh blako doh.

intan said...

sep2 saya tak ngaji tinggi supo awak. normal la awak lambat sket. awak ngaji pandai. takpolah. nati saya royak ko najah. sedih kot dia awok tokleh maghi. tunang hari tu pun awok tok maghi. doh bilo lagi nk jupo. pahni dio g sabah doh laa. nt awok nikoh pulok laa. bilo awak nok nikoh ni?

husnataqwa said...

masya allah. terkejut dengan soalan bwh sekali tu. lambat lagi nikoh. claon pun takdop.

buke ngaji tinggi, ngaji tak habes2, ambek degree je pon. aduh, lapan tahun ngaji.. takpo, tok rugi pun. buke tokleh nikoh maso ngaji dop. =)

najah g sabah bilo? ei, kena ejah jupo jugak ni. najah tu nikoh pahni tok ingat doh laa ko saen.
lagipun nk tunggu saya nikoh tok tahu bilo laa awok. tadok dale perancangan pun lagi.

awak tahun ni ko tahun depan nk nikoh intan? aduii.. tingal sayo sore tok nikoh lagi sep kito. bahagianya... ~

intan said...

husna..husna.. rilek la. hubby najah sporting la. lagipun hubby najah mesti ingat lagi awok. kea femes zaman2 mudo dulu. kih3.

saya insya allah bulan 6 nati. tapi tengok pk lagi. mace kewangan tok kukuh mano lagi tuh. klo dok gak, bule 9 la, lepas rayo. doa la mudoh2 urusan sayo. tunang sayo tu payah sket. cerewet. hehe.

takpolah husna. lepas ni awok pulok. jodoh ni ado belako, tunggu turn jah,mace mati laa jugok. saya doa husna bahagia dan cepak jodoh laa.

intan said...

heh husna, ingat sket, awak tu muda dari sep sayo 2tahun. meme patut laa awok lambat nikoh, walaupun kita sekelas, tapi umurmu tetap muda.

Anonymous said...

ada ke manusia yg tak pernah ade perancangan nak kawen..

walaupun tak faham sangat dengan lorat kelantan kat atas tu, tapi dapat jugak tangkap sikit2..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
husnataqwa said...

intan- memang umur muda, tapi makan pengalaman same2. kira ok la tu.bertuah la dapat raso pengalaman awal2. bukan salah ambo. =)
intan. ceyt budak nih. habes tu mace la loni sayo tuo sangat. muda lagi. dan still femes. hubby najah dulu maso kecik2 sokmo kena buli ko ambo. =)

anonymous- perancangan nk kawen mmg tadok lagi setakat ni. tapi berfikir unt kawen tu ado. perancangan je takde.=) mendalam tu...

nurnurani said...

masyaAllah...husna..kte pon dapat msj dari ust td...sme mcm korg dpt...rajinnye ust edit nama stiap ahli talaqi ust kn...masyaAllah...meh kte selawat sama2 jom!!!!

husnataqwa said...

hamba cinta- saya taboleh detect ah anda siapa. =) huhu

apapun, mari mencapai mardhatillah. mahabbatullah dan mahabbatunnabi. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.