♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, March 25, 2011

Serba kekurangan


Alhamdulillah. Bumi UIA kini kembali dipijak. Rumputnya masih hijau, tidak bertukar warna lagi. Bangunan KC masih koko, dan masih sama tinggi seperti dulu. Maksudnya, baru sekejap hamba bercuti, tapi terasa macam dah lama meninggalkan CFS. Almaklumlah, cuti yang sedikit ini dihabiskan di empat negeri. Alhamdulillah. Jauh perjalanan luas pengalaman. J

Mendiami tingkat tiga adalah pengalaman pertama, lebih-lebih lagi se mini tidak berpeluang 'mencatur' bilik sendiri. jika dulu, diberi hak istimewa memilih mana-mana bilik kegemaran. Maka, 511 menjadi pilihan. Kali ini tercampak ke 341. Alhamdulillah, bilik bernombor ganjil. J Tidak berapa minat kerana bangunan ini menghadap makmal. Kalau anda dimakmal, mungkin saya boleh melambai anda, terlalu dekat. Maka, penjagaan aurat perlu dititik beratkan. Tapi seperti biasa, Allah sentiasa memberi peluang, bilik semakin dekat dengan surau. Kalau dulu pun dekat juga, tapi kali ini lebih lebih dekat. Beberapa langkah saja, tinggal lagi u ntuk mengimarahkannya. Insya Allah.

Bumi UIA cukup sunyi. Tidak ada lagi muka-muka yang cukup dikenali. Adik-adik lebih mendominasi kali ini. Takpe, biasalah tu.

Indah dan seronoknya berada di UIA yang penuh cabaran dan dugaan kerana adanya kalian. Bila kalian tiada, sunyi dan sepi UIA, tidak terasa mahu bergegas pergi. Kalian ibarat pelangi yang muncul selepas hujan. Kadang-kadang kalian menjadi mentari, mengeringkan 'hujan' di hujung mata. Itulah kalian. Dan kini separuh dari kalian hilang dari pandangan mata. Moga doa kalian tidak henti-henti buat kami.
Tak selamanya kita bakal bersama. Perpisahan tetap bakal tiba, persoalannya Cuma bila, cepat atau lambat saja. Ya, PERPISAHAN. Pedih, tapi kerana ada perpisahanlah kita lebih menghargai apa yang ada. Percaya atau tidak? Cuba rasainya sendiri. J

Menginap di bilik yang serba kekurangan. Tanpa cadar. Wah, zuhud. Sesiapa yang ada cadar lebih dan baek hati, bolehlah kasi pinjamkan dulu. Belajar hidup dengan zuhud. Tanpa bantal. Dengan almari yang kosong dan serba-serbi tidak ada. Bekalan Cuma beberapa pasang baju kurung yang diulangbawa sejak 'melawat' masjid lagi. Itulah yang dibawa ke Johor. Itulah yang dibawa ke Seremban. Itulah juga yang bawa balik ke Kelantan. Koboi.

Ya, saya serba kekurangan. Kekurangan mereka yang pernah menjadikan hidup ini bermakna. Kekurangan kelengkapan dan sebagainya. Tapi kekurangan ini mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Ya, bersyukurlah.

Sejak akhir2 ni terlalu banyak perancangan hamba yg tidak sama dgn perancangan Dia. Kata Ibu, tak mengapa, itu tandanya Dia mengawasi kita. Kerana perancanganNya tentu jauh lebih baek dari perancangan kita kerana Dia yang Maha mengetahui segala yg ada di DEPAN. Sedangkan perancangan kita adalah TERBATAS. Tuhan, terima kasih atas 'batu' yang dihantar. Mungkin ini 'sedikit' berbanding dosa hamba padaNya. Allahu Allah..
Perancangan Allah terlalu baek. Tapi kadang-kadang saya yang terlupa untuk beriman dengan Qada' dan QadarNya. Ighfirli Ya Allah. J

Mungkin kita sedang terlupa sesuatu, iaitu BERIMAN pada Qada' dan Qadar Allah, samada BAEK atau BURUK. Usah mengeluh, tapi kuatlah tempuhi hari mendatang. Kita bukan calang-calang orang, tapi kita adalah PEJUANG yang BERIMAN dengan Qada' dan Qadar ketentuan Tuhan, samada membahagiakan atau mendukacitakan. Dan nasib kita tidak akan berubah, melaenkan kita berusaha mengubahnya. Mari usaha lagi!


Alhamdulillah, talaqi pertama shortsem telah bermula. Tapi muka-muka baru yang mewarnainya. Tidak ada lagi muka-muka lama yang familiar. Kekok pun ada. Tapi itulah namanya hidup kan? Silih berganti. Melihat selipar-selipar yang sudah tidak dikenali. Menanti wajah lama muncul kembali, tapi itu mungkin hanya fantasi. Ya, masih terbayang kehadiran entum semua disisi. Takpe, mungkin kita bakal bertemu di tempat yang lebih menarik. Allahu Allah. Manisnya ukhuwwah lebih terasa selepas perpisahan ini. Ya, terlalu mengingati entum semua dan berharap entum ada disini. J Datanglah. Warnai hari-hari kami. J



Ya, maafkan saya Ibu, saya tak mampu menjadi anak yang terbaek. Tak mampu memenuhi semua harapan Ibu. Walaupun saya tahu Ibu tak pernah mengeluh dan sesal pada saya, tapi saya sentiasa merasakan saya masih belum cukup baek sebagai seorang anak. Mungkin ada cara lain untuk saya membahagiakan Ibu. Beri saya peluang. Saya mahu menjadi anak yang terbaek.

P/s: Kakak dah nak kawen. Abang pun. L Sedih. Tapi gembira jugak. Yang penting, live with. Not only love with. Ok, Abang Kakak, wish u all the best ya! J



Doakan disini semua khair-khair saja. Ameen….

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

12 comments:

Anonymous said...

tiba2 rasa nk menangis baca post ni. Husna... Kuat dan menguatkan.. :)

nurulhusna said...

Insya allah. Doakan saje.. =)

mujahid islam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
caliph said...

sapo mujahid islam ni???

nurulhusna said...

belalang pun tak tahu... entoh sapo entoh. buat tatau je lah. komen dia memang mengarut sket. jangan percaya. trust ur sister. saya mmg tak kenai dia.

caliph said...

eh? Ye ke? boleh percaya ke? eleh, sound je lah, macam tak biasa..

so, hows life? hope everything ok..

nurulhusna said...

hem.. OK.. perancangan DIA.. kita kena? R.E.D.H.A kan.. =)

hurt, but learn to be strong; its ME, ur sister. =) Strong-to-be..

dah soung banyak kali, tok bedegih. ikot dio lah. :x

caliph said...

macam biasa, motion statement..

sometimes we need to pay for something we dont want to get something we strive for.

kadang2 kita perlu membayar sesuatu yang kita tak mahu unt mendapatkan sesuatu yang kita usahakan.

tak guna falsafah banyak2 because i know u can do it well.

Spam je budak tuh. tok bedegih, kebal tu..

nurulhusna said...

=(
=(
=(
=(
=(

new philosophy. like3..

thanks for always make me well. =)

n08n said...

All the best husna comeyy.... ^,^

Anonymous said...

kerinduan kepada sahabat2 nilaianny pasti tinggi disisi Allah taala.. terima kasih kerana merindui kami.. kami juga merindui kalian.. dan mahu bersama kalian.. tapi apakan daya takdir tuhan menentukan begini jalannya.. kuatlah kalian.. kuatlah husna dan sahabat2ku.. ujian itu bukan satu kejatuhan, tapi titik tolak unt bangun dengan lebih gagah semula...

nurulhusna said...

Insya Allah... mohon doanya ukhti2 sekalian... =)

make ur holiday benefit u,me and others. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.