♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, April 11, 2011

Cinta atau Suka



"Mungkin, aku perlu gadaikan cintaku untukmu demi menebus cinta Allah untukku. Jika aku diberi pilihan, cintamu atau cinta Dia, tentu aku tidak berbelah bagi untuk memilih cinta Dia. Kerana kau sementara, sedangkan Dia, selama-lamanya. Dan kau adalah pinjaman dari Dia. Sungguh, anugerah terindah seandainya aku mencintaiNya lantas Dia juga memberi cintamu untukku keranaNya. Pasti itu membahagiakan."



"Saya suka durian. Nak durian. Jom pergi beli durian."
Dalam perjalanan ke kedai durian, tiba-tiba hujan lebat.
"Tak kira, saya nak pergi juga beli durian. Nak jugak!" Kemudian perjalanan diteruskan.
Setibanya di kedai durian,
"Amoi, durian ni berapa ringgit sebiji?"
"Oh, ini dulian manyak sedap maa. Sebiji itu dulian lima belas linggit maa."
RM15? Fuh..
"Ok amoi. Kasi bungkus sama saya ini durian dua biji."
Dek kerana terlalu suka pada durian, berapapun harganya tentu kita mahu memilikinya. Berbaloi walau apa sekalipun harganya.


Suka pada sesuatu tidak sama dengan mencintai sesuatu.

Suka pada sesuatu membuatkan kita rasa kita mahu memilikinya.

Tapi cinta pada sesuatu bermaksud, kita mahu bahagia untuknya.

"Awak, saya bakal berpindah ke Russia selama 4 tahun."

"Pergilah. Demi kebaekan dan kebahagiaan hidup akan datang."

Walaupun dalam hati, hanya Tuhan yang mengetahui, beratnya rasa melepaskan pergi.

Tapi itulah cinta. Kita tidak minta dia bersama kita. Tapi kita mahu bahagia untuknya.




Kalau kita mahu bahagia untuknya, tak mungkin kita beri dia dosa. Kalau anda mencintai seseorang, dan anda keep on beri dia dosa, muhasabahlah kembali, itu mungkin bukan cinta. Mungkin nafsu. Atau mungkin perhubungan anda bermula dengan cinta, tetapi sayang, tidak berakhir dengan cinta, malah berakhir dengan nafsu.
Berhati-hati menilai perasaan. Cinta makhluk dan cinta Allah tidak dapat kita samakan, sampai bila-bila. Jangan kerana cintakan makhluk, sehingga lupa pada cinta Sang Khaliq. Sanggup menggadaikan cinta Al-Khaliq semata-mata mahu mengekalkan cinta sementara dari hamba pinjamanNya.







Sungguh, kalau aku cinta, aku tidak pinta untuk kita bersama, tapi cukup untukku melihat kau bahagia. Mungkin aku mahu memberikan kau bahagia, tapi seandainya engkau merasakan ada yg lebih mampu membuat kau bahagia, tentu aku juga bahagia melihat engkau bahagia. 
Sekalipun Tuhan membawa engkau pergi dariku, aku yakin, aku melepaskan engkau kerana Dia. Aku menggadaikan cintaku pada kau kerana Dia. Dan aku mohon, Tuhan menggantikan aku yang seperti denganmu atau yang lebih baek darimu. Aku yakin janji Tuhan itu.



*Kenapa sanggup dikotorkan cinta dengan dosa? Sedangkan CINTA adalah satu perkataan yang sangat mulia. Dengan CINTA, kita sanggup terkorban demi melihat orang lain bahagia. Tapi bukan demi membawa dia masuk neraka bersama-sama. Atau menghilangkan keberkatan hidup semata-mata kerana CINTA. Oh, CINTA, kau terlalu mulia untuk dinilai sebegitu hina.

Kalau betol dia milikmu, sejauhmanapun dia pergi, dia pasti menjadi milikmu. Maka, berlapang dada dan teruskan berdoa.
Usah tergadai dengan CINTA yang hina.





p/s: setelah lama pencen tak tulis pasal 'hati', akhirnya tulis juga. Selama ni mujahadah, sebab orang asyik komplen blog ni selalu cakap soal 'hati'. Lantas melontarkan spekulasi yg macam-macam. Oh, tidak. Saya benci spekulasi. Hentikan kontroversi, tingkatkan prestasi. J

saya yakin orang yang membacanya tahu saya menujukan semua ini untuk beliau. ** Semoga mendapat manfaat**

salam muhasabah satu ummat. J

tinta Aisyahmu,
husna.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

Anonymous said...

cinta tidak bererti memiliki..

n08n said...

dah start dah....... Loike!

mujahidah solehah said...

best2 la kak husna punye post =)two thumbs up!

mujahidah_fillah said...

assalam..
sape ye?hmm..xkshla sape2 pn..huhu
yg pntg apa yg na tulis mmg btul..n ana suka =)
husna yg ana kenal dulu dh jauh beza dgn husna yg ana knl skg.
i'm proud wif u dear.
smga diri ini jga diberi kekuatan sepertimu shbatku...

*suka tgk na berpurdah.doakn diri ini juga.insyaAllah.

husnataqwa said...

moga2 yang membaca dan yg menulis same2 dapat manfaat. =)

husnataqwa said...

farhana- pengalaman lampau banyak memantangkan diri.. kesilapan lampau adalah satu kesalahan yg mahu ditebus, lantas mencabar diri, tidak ada apa yg aku ada melaenkan infaqkan diri sepenuhnya ke jalan Allah.. dalam progress kearah perubahan yg lebih mapan.. mohon doanya ye sahabat.. =)

meh same2 bina diri..

* masih mencari kekuatan hakiki unt berpurdah. doakan juga. =)

Anonymous said...

ye, ini seperti luahan perasaan dari penulisnya..

moga2 bahagia orang yang dilepaskan... ;)

[take it serious if it is true ok dear]

mujahidah_fillah said...

insyaAllah shbatku syg...

semoga kita terus kuat dlm mnmpuh perjuangan (onak duri kehidupan) dan sentiasa berubah ke arah yg lebih baik..amin

husnataqwa said...

insya Allah... syukran sahabatku...

moga ketemu dalam keadaan yg lebih baek, insya Allah. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.