♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, April 12, 2011

Terima kasih kerana mencintai saya kerana Allah.


Assalamualaikum.

Pertama dan selamanya, izinkan saya mengukir bicara saya buat awak yang pernah mewarnai hidup saya. Mungkin ini yang terakhir kalinya. Moga-moga bicara ini bicara yang baek dan tidak menimbulkan fitnah.

Alhamdulillah, saya mampu untuk berbicara walaupun terasa pahit mahu mengimbau kenangan semalam yang masih berparut di jiwa.

Add caption

Awak,

Ingatkah lagi suatu masa dulu kita ditakdirkan Tuhan bertemu dan menjalin hubungan yang kononnya suci. Sejak kita ditakdirkan bergerak kerja bersama, dan kemudian kita mula sedikit demi sedikit menyimpang dari urusan kerja. Dari SMS yang bertanya progress gerak kerja, bertukar menjadi SMS bertanya khabar berita. Waktu itu, saya merasakan kita melakukan kesilapan, tapi awak mengatakan "Tidak. Kita berhubung atas dasar agama, tidak didasari nafsu." Dan saya percaya, kerana awak bukan calang-calang orang, awak orang yang memang ada ilmu agama.

imej soleh awak waktu itu.

Bertitik tolak dari situ, kita makin kerap berSMS, kadang-kadang menelefon. Jika tiada urusan, kita sengaja mencari urusan untuk berurusan. Seboleh-bolehnya kita mencari peluang untuk bertemu mata dan berbual mesra. Seolah-olah kita terlupa, kita pendokong agama Islam. Awak dengan kopiahnya, saya dengan tudung besar. Entah kemana letaknya agama kita waktu itu. Malah semakin hari, kita semakin jauh dengan urusan dakwah. Kita seolah-olah ada dunia kita tersendiri.

semua SMS dirasakan indah dan penuh cinta.

Sehinggalah satu hari, awak melamar saya melalui SMS. Kata awak, "sudikah ukhti menjadi calon isteri saya?" Saya terus bersetuju tanpa fikir panjang. Mungkin waktu itu saya terlupa untuk beristikharah dan mengingati Tuhan. Sungguh, entah jawapan saya waktu itu hanya didasari nafsu semata-mata. Kemudian, setelah saya bersetuju, hubungan kita kian rancak. Batas-batas pergaulan seolahh halal bagi kita. Kan saya calon isteri awak.. Tapi silap saya, kerana saya seolah-olah buta pada perkataan CALON. Ya, saya hanya calon, bukan betol-betol isteri awak. Entah saya bakal halal untuk awak ataupun selama-lamanya tidak akan halal untuk awak. Pun tidak ada dalam ilmu kita. Sewaktu itu, kita asyik dengan persoalan kehidupan kita. Kita mula menyemai pelbagai impian. Begitu dan begini.

dan kita memadu kasih islamik seolah halal.

Bila bangun pagi, SMS dari awak membuat saya senyum hingga tengahari. Panggilan "Puteri" "Bidadari" dan "Permaisuri", seolah-olah mengaburkan mata hati saya. Saya mula rasa disayangi sehingga saya tidak Nampak kasih sayang lain selain dari kasih sayang awak. Saya melupakan sahabat-sahabat saya yang sebelum ini mendampingi saya. Saya lupa pada perjuangan aqidah saya. Saya lupa pada Islam yang pernah saya ikrarkan untuk berjuang kerananya. Ya, banyak yang saya lupa, mungkin kerana waktu itu harddisk kerangka otak saya hanya dipenuhi dengan nama awak, angan-angan bersama awak, kasih sayang awak dan semuanya awaklah, sedangkan semuanya kemurkaan Allah pada saya.

ayat-ayat cinta

Awak,

Ingat lagikah, waktu kita bercakap telefon, suara saya yang sebenarnya aurat bagi awak, tapi menjadi ubat menaik semangat awak. Awak selalu kata, "Rindu nak dengar suara ukhti." Tahukah awak suara saya adalah aurat bagi awak? Tentulah awak tahu. Awak juga orang yang memahami Islam, sama seperti saya. Tapi kenapa awak izinkan saya berdosa dengan melacurkan kelunakan suara saya untuk awak? Kenapa awak izinkan saya menempah neraka kerana awak? Adakah itu nilai cinta awak buat saya? Ya, saya buta waktu itu. Semua permintaan awak saya tunaikan. Seolah-olah saya 'isteri' awak, sedangkan tidak pernah ada apa-apa ikatan pun yang menghalalkan hubungan kita. Tapi kenapa kita tidak sedar sewaktu kita seronok menjalinkan cinta dahulu kala?

dan membuat ibadah saya terganggu

Ingat lagikah awak pada kenangan kita. Sewaktu kita bertukar-tukar makanan. Pujian awak membuah riang dihati saya. Sehingga saya terlupa menunaikan kewajipan saya pada sahabat. Saya asyik memikirkan awak dan hanya awak. Dulu, saya sedih, awak pun sedih. Saya gembira, awak pun gembira. Ya, kita merasakan kita pasangan yang ideal. Kita merasakan dunia ini kita yang punya. Dulu, waktu seluruh dunia memandang hina pada kita, awak kata, "takpa, ukhti ada ana." Baru kini saya perasan, entah dimana Allah dalam hati kita pada waktu itu. Saya ada awak? Sedangkan awak juga pinjaman yang masih haram buat saya. Saya Cuma ada Allah. Dulu,kini dan selamanya.

aku cuma mahu yang halal. pegang erat tanganku.

Sewaktu sahabat-sahabat menegur tindakan saya dan awak yang keterlaluan di mata mereka, kita tetap merasakan kita betul dan tidak salah. Malah kita membenci orang yang menasihati kita untuk kebaekan kita. Kita seolah-olah ahli agama yang sedang menegakkan benang yang basah. Kita katakan kita tidak salah. Malah kita katakan hubungan kita halal, mak ayah restu. Sedangkan kita terlupa pada restu yang paling besar, iaitu restu Allah buat kita. Tidakkah kita ingat bahawa, yang haram itu adalah jelas haramnya bagi Allah? Dan mana mungkin Allah merestui hubungan kita yang masih haram dan belom tentu bakal halal atau sebaleknya. Kita mencari pelbagai dalil untuk mengatakan bahawa, KITA BETOL. Dan kita kembali menyalahkan mereka yang menasihati kita, kononnya mereka terlalu suka BUSY BODY dan suka jaga tepi kain orang. Allah, malunya saya pada sahabat-sahabat kerana kerasnya hati saya dek kerana kasih sayang awak yang melangit luas waktu itu.

sehingga kita terlupa kita membawa Islam.

Bila saya susah, saya ada awak, dan awak tak pernah menolak saat saya minta bantuan. Sehinggakan setiap kali saya ada masalah, saya mencari awak dan saya lupa mencari Tuhan. Tapi semua gelap kerana awak kata pada saya, "Ana mencintai ukhti kerana Allah!" Ya, saya merasakan kita menjalinkan hubungan yang suci, kerana hubungan kita kerana Allah. Tapi sayang, hubungan kerana Allah itu langsung tidak mengikut syariatNya malah kita menyeleweng dari jalan kebenaran. Kenapa saya terlalu buta ketika itu.


Awak,

Kenapa awak benarkan saya berdosa? Kenapa awak benarkan saya gadaikan maruah saya kerana cinta? Tahukah awak saya bukan calang-calang orang. Saya pernah infaqkan diri saya pada jalan perjuangan. Tapi waktu kita mabuk bercinta, wajah saya pun susah orang nak jumpa di jalan perjuangan. Entah kemana hilangnya saya, mungkin tenggalam dalam cinta awak yang terlalu dalam. Kalau awak mencintai saya kerana Allah, kenapa awak tidak menjaga diri saya? Malah awak memperkotak katikkan maruah saya. Awak menjadi umpan untuk saya membuat dosa. Dan kasih sayang awak adalah habuan setiap kali saya melakukan dosa. Murah dan hinanya kasih sayang awak, baru saya sedari. Rupanya kasih sayang awak, dosalah habuannya.


Saya yang dulu sebelum mengenali dan tenggelam dalam cinta kerana Allah yang awak beri, saya seorang yang disegani. Tapi hadirnya awak membuatkan seluruh dunia menghina saya. Kalau Zulaikha disanjung kerana mendapat cinta Yusuf. Balqis diagungkan kerana mendapat cinta Sulaiman. Tapi kenapa saya dihina bila mendapat cinta awak? Tentunya kerana cinta kerana Allah yang awak janjikan tidak menepati syariat dan piawaiannya. Kecewanya saya baru kini saya tahu dan sedar kesilapan bodoh saya yang lampau.

Saya mula terfikir, selepas menjalinkan hubungan cinta kerana Allah bagai nak rak, SMS, calling-calling, bermanja-manja, hanyut dalam perasaan dan sebagainya. Kalaulah ditakdirkan kita berputus di tengah jalan, tentu kita kerugian banyak benda. Antaranya masa, wang, tenaga dan yang penting kita telah kehilangan maruah dan keimanan. Sudikah lelaki baek menerima saya setelah kisah cinta kita yang meragut iman dan menambah dosa saya? Sudikah lelaki baek itu? Atau… mahukah Allah hadiahkan saya lelaki baek sedangkan saya sudah bertimbun dengan dosa sewaktu bermadu kasih kerana Allah dengan awak?

Dan kalaupun kita ditakdirkan ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin, apakah jawapan yang bakal kita beri pada anak-anak kita kelak bila ditanya?

"Papa, dulu Papa dengan Mama bercinta macamana?"

Mahukah awak memberi jawapan bahawa dulu kita memadu kasih hingga lupa dunia? Tentu tidak! Kerana saya tidak mahu anak kita kelak terlibat dalam cinta haram seperti kita pernah tenggelam dengan dalamnya cinta kerana Allah yang nyata dusta.

Dan jika ada anak kelak, tentu anak kita malu sekiranya mengetahui bahawa sewaktu muda-muda, Mama dan Papa merupakan pasangan cinta yang haram. Malunya saya sekiranya anak kita mengetahui kita terang-terangan melanggar perintah Allah. Dan tentunya kita tak mahu anak kita menurut jejak langkah kita yang penuh dengan dosa dan noda.



Awak,

Maafkan saya kerana saya mahu menarik diri dari percintaan haram ini. Saya tidak mahu terus menerus menjadi saham dosa buat awak di akhirat nanti. Biarlah kita mujahadah. Dan biarlah saya kehilangan awak demi mendapat cinta Allah. Saya tidak kisah miskin didunia tanpa cinta, biar saya kaya dengan cinta Allah di akhirat kelak. Awak, tinggalakan saya dan jangan lupa untuk taubat berpanjangan. Dosa kita terlalu banyak awak. Terlalu banyak. Meskipun dunia masih bersisa 20 tahun, entah cukup atau tidak untuk kita menebus segala dosa dengan taubat dan amalan kebaekan. Ya, kita melakukan dosa besar kerana kita tanpa tidak sedar, kita menghampiri zina. Mari bersama kita bertaubat, moga ampunan Allah masih ada buat kita.

Suatu hari nanti jika awak bertemu jodoh, moga-moga isteri awak adalah seorang yang solehah. Dan doakan juga buat saya. Kalau diberi pilihan, saya tidak mahu suami saya yang pernah bermadu kasih secara haram dengan wanita lain. Tetapi, kini jika Allah masih beri, saya redha, saya yakin, pemberiaan Allah pasti kerana dosa silam saya yang juga pernah bermadu kasih secara haram. Bukankah janji Allah lelaki yang baek untuk perempuan yang baek? Tentu saya tidak cukup baek untuk mendapat seorang lelaki yang bersih seperti yang saya dambakan.



Awak,

Setakat ini sajalah coretan saya. Moga-moga surat saya tidak menghampakan awak. Dan selepas awak baca surat ini, bakarlah surat ini bersama dengan kenangan kita yang haram. Walaupun kita pernah bercinta kerana Allah, tapi sayang, kita telah tersalah tafsir cinta kerana Allah. Dan kerana bertopengkan cinta kerana Allah, kita lalai dan leka dalam neraka ciptaan sendiri. bakarlah surat ini, moga-moga ia tidak ditemui oleh bakal isteri awak atau anak-anak awak kelak. Jika tidak, tentu ia menyakitkan.

Sekalipun kita berusaha menyembunyikan dosa lampau, kelak bakal dihitung juga di akhirat. Maka, taubatlah sebaek-baek ubat.

mujahadahlah!


Sehingga tidak berjumpa lagi, terima kasih kerana pernah mencintai saya kerana Allah. Kali ini, pergilah dari saya dan carilah benar-benar cinta Allah. Moga-moga masih ada peluang untuk kita bertemu dengan sebenar-benar cinta yang suci dan membahagiakan abadi.



Dari,
wanita yang pernah menjadi sumber dosamu.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

15 comments:

Tentera 4JJI said...

salam ukhti..
1st, syukran ats nasihat enti pd ana sblum ni tntg baitul muslim.. skurg2nya enti lakukan apa yg enti katakan. mabruk!
2nd, tindakan yg sgt bijak. mudah2an coretan ini jd pengajaran buat semua terutama "pejuang" Allah.. kembalilah pd agama.. itulah sbaik2 kehidupan..
3rd, ana tersentuh saat enti tersedar dari lamunan mimpi ni.. sebuah hadiah dari Allah yg sgt syg pd enti & x biarkan enti berlama2 dlm "perasaan" yg x menentu.
4th, ingatan jg pd diri ana spy sama2 kita jg diri kita dr prgaulan yg tidak halal. no islamic couple.. even anyone admit it, he/she admit with satan inside.
5th, dgn siapa pun enti dijodohkan nnt.. terimalah.. byk hikmah yg tersembunyi.. x semestinya yg sempurna di awal akn berkekalan ke hujung...krn Allah maha membolak balikkan hati...
kehidupan adalah apa yg ada di hadapan, bkn yg digali di blakang..

moga kembali mendapat kemanisan cinta Allah yg tidak akn mengecewakan..

wallahua'lam...

Anonymous said...

haha. usna, ur writing like u are the person. mmg penuh penghayatan.

erk, ni bukan cerita dia lah.

nadia said...

upsss.. makan dalam bangat sih... adoi...

husnataqwa said...

[geleng-geleng kepala]

maen2 budak ni, pulas telinga kang

Anonymous said...

malas nak baca. panjaaaaang sangat!!

Pemerhati said...

to all commenters, do mind to watch your words :)

Anonymous said...

tak perlu menyerang peribadi rasanya.

mujahidah_fillah said...

salam muhasabah bersama..

syukran na =)

Anonymous said...

tak abes abes kontroversi.......

husnataqwa said...

entahlah. tatau sebaek2 perkataan nak cakap apa... =)
senyum sajalah.

Anonymous said...

eh nampaknya komen kntrovesi dah didelete.. humm..

apa maksud komen tu kak?

sekadar bertanya..

Anonymous said...

best ini cerita..^_^
penuh dgn pengajaran..

husnataqwa said...

hentikan kontroversi, tingkatkan prestasi..

=)

moga2 pengajaran juga buat diri penulis sendiri.

syukran~

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
husnataqwa said...

Kepada K.A,
ana terpaksa delete komen anda.
Maaf, bukan komen anda tidak sedap dibaca, tapi bimbang maslahah yg lebih besar di depan.
tapi jangan risau, komen itu telah ana copy paste kan dan segala nasihat bakal diteliti sebaek mungkin.
terima kasih atas kata2 semangat dan timbangan akal dan iman.
Syukran Kathir.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.