♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, April 07, 2011

Syukran Everyone..


Sejak akhir-akhir ni rajin pula mengupdate blog. Symptom apakah ini? Mungkin symptom 'pedulism melampau', atau symptom 'luahanism perasaanism'? terpulang pada yang menilai. Yang penting, ada booster sedang menyemarakkan semangat untuk saya mengupdate dan terus-terus mengupdate blog tak berapa nak lawa ni. J

Alhamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah kerana masih sudi memberi ruang dan peluang untuk menaip dan menaip tanpa henti.

Ditempelak kerana post-post di blog ini sangat panjang, lantas membuatkan pembaca MALAS membaca post disini. Saya mohon maaf, kepanjangan post adalah diluar kawalan saya, bila tengah syok menulis, rasa janggal untuk berhenti di tengah jalan, maka ia unexpectable. Walaupun saya sentiasa berazam untuk buat post 'pendek-pendek' setiap kali menaip untuk update blog. Maafin gua yukk. J

Post kali ini sekadar memberi penghargaan kepada sahabat-sahabat yang tak pernah henti bersama saya susah dan senang. Walaupun saya 'busuk' atau 'wangi', kalian sudi menemani. Bila saya 'busuk', kalian mandikan saya. Bila saya 'wangi' kalian berusaha supaya saya tidak melampau-lampau. Sungguh, penghargaan buat sahabat-sahabat tak mampu saya luahkan dengan perkataan, sesekali tulis di blog, moga-moga anda membacanya. J

Andai suatu hari nanti,
Allah mahu kita berpisah,
Aku mohon moga ikatan ini,
Terus kukuh dan gagah.
Andai suatu hari nanti,
Allah mahu aku pergi,
Bukan hadiah yang aku ingini,
Cukup doa kalian menemani.
Andai suatu hari nanti,
Aku lemah tanpa teman,
Moga Allah hadirkan kalian disisi,
Penyejuk mata dan penguat iman.

 
family bear tetap dalam ingatan.
Erk, pisang jadi mangsa. =)


 
Syukran kepada yang sudi menggagahi, yang sudi menjadi pesaing, yang sudi memberikan senyuman dan kata-kata penguat disaat diri sendiri mencari-cari kekuatan diri.

Setelah apa yang terjadi sehingga hari ini, saya belajar ilmu REDHA.

Tiga peringkat untuk mendidik hati menjadi REDHA.

  1. Sabar dan mujahadah dengan segala ujian.
Apabila datang ujian, didiklah hati untuk bersabar. Perlu mujahadah untuk kurangkan kesedihan dan menerima ketentuan Tuhan. Sabar adalah ubat segala ujian. Andai kita mampu mujahadah nafsu, kita juga mesti berusaha untuk bermujahadah dalam mendidik kesabaran hati tatkala menempuh ujian.

  1. Bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Setelah kita bersabar, hendaklah kita hadirkan rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat. Bukan sedikit nikmat yang Dia beri, jika mahu dibandingkan dengan sedikit ujian yang datang bertandang. Bersyukurlah dan lihatlah mereka yang lebih teruk ujiannya, moga hati kita timbul rasa syukur, usah melihat mereka yang lebih baek dari kelak, kelak timbul rasa kufur. Pilihlah untuk bersyukur, kerana Allah menyukai hambanya yang bersyukur.

  1. Gembira dengan ketentuan Tuhan.
Selepas bersyukur, hendaklah kita gembira dengan hadiah pemberian Tuhan. Senyum dan ceria menjalani ketentuanNya. Usah bermuram durja, usah menghukum diri sendiri dek kerana teruji keimanan. Tidak perlu bersedih, ujian ini bukan satu penghinaan, tapi peringatan dari Tuhan. Lebih baek diuji dengan ujian, hati makin dekat pada Tuhan, andai diuji dengan nikmat kebesaran, entah masih ingatkah kita pada tikar sembahyang? Gembira dan make it well. Usah menghukum diri sendiri, seolah-olah tidak 'gembira' dengan hidup sendiri. ketahuilah, jika kita menyibukkan diri dengan urusan Allah, kita pasti rugi. Takdir ini urusanNya, serahkan hati kita padaNya, moga Dia mengaturkan kita yang terbaek disisiNya. Insya Allah.

"Apalah ujian yang tertimpa didunia ini jika nak dibandingkan dengan pahala sabar, ikhlas dan redha."


Tinta Pemudi Strong-to-be,
CIk Husna. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

9 comments:

farahadlina said...

wahhh..masehku ingat pisang itu. haha. go go husna!!

husnataqwa said...

pisang bukan sebarang pisang,
pisang dari pasar malam,
ukhuwwah bukan sebarang ukhuwwah,
ukhuwwah kita kerana Tuhan..
insya Allah. =)

Lukhman Taib said...

assalamualaikum. izin ana nakkomen perenggan awal ukhti. mmg kdg2 ada org yg suka nk update blog hari2 dgn artikel baru. benda ni bukanlah symptom pun.

cuma takut nanti, sampai suatu hari nanti kita xde idea nak tulis apa, sbb semua kita dh tulis.

amalan ana dlm update blog, ana brpgg dgn hadis, di mana anak murid Ibnu Mas'ud bertanya kpd beliau, kenapa hanya mengajar pada hari Khamis.

Jawab Ibnu Mas'ud: "Sebenarnya saja yang mencegah saya berbuat demikian itu - yakni tidak memberikan peringatan setiap hari - ialah karena saya tidak senang kalau saya akan menyebabkan bosannya engkau semua. Sesungguhnya saya menjaga waktu - yakni
tidak setiap hari - memberikan nasihat kepadamu semua ini sebagaimana keadaannya Rasulullah s.a.w. yang juga menjaga waktu memberikan nasihat kepada kita dahulu, karena takut timbulnya kebosanan pada kita." (Muttafaq 'alaih) Hadis ni sahih, senang cari dlm Riyadh As-Solihin.

husnataqwa said...

wassalam. aiwah..Penerangan yang menarik. syukran kathir..

adik talaqi said...

gembiranya tengok wajah orang yg 'redha' menjual kitab.. sampai buat orang lain yg tengok rasa bahagia.. bagus2,

terbukti anda seorang yg cukup kuat!

menarik tengok kak husna jual kitab, ceria je.. ;)

husnataqwa said...

macam2 lah korang~

husnataqwa said...
This comment has been removed by the author.
zinnirah said...

husna!!( sesaje menyibuk)

husnataqwa said...

cokdi. =) nice to tengok hang menyibuk kat sini =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.