♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, April 06, 2011

Tribute untuk Afiqah Zulkifli.


kenangan bersama dalam MEDCY. 



Pertama dan selamanya, izinkan Akak mengucapkan syukur kepada Allah, kerana Alhamdulillah akhirnya Allah memberi ruang dan peluang untuk Akak melunaskan 'hutang' kepada kamu. Rasanya, sudah dua minggu kamu meminta tasji', tetapi janji Akak baru kini tertunai.


Teringat sewaktu Hanani Puaad menjadi DJ Radio serta request kamu untuk mendapat sedikit tasji' dari seorang hamba yang kononnya "KAKAK" buat kamu. J



kononnya seorang "KAKAK" buat kamu.


Sewaktu kamu datang menziarahi bilik Akak setelah paginya kamu mendapat khabar gembira, betapa hati Akak tumpang gembira atas kejayaan kamu. Sewaktu kamu mengkhabarkan di dalam SMS bahawa kamu Berjaya mencapai impian kamu, Akak mengakui Akak sedikit bersedih, kerana kamu bakal ke Gombak dan membiarkan Akak ke Kuantan. Tapi segala kesedihan yang sedikit itu ternyata hilang pergi setelah melihat wajahmu berseri-seri tanda kebahagiaan Berjaya menukar kos daripada ALLIED HEALTH SCIENCE kepada Architecture and Environmental Design (AED).



Tanda kesyukuran itu jelas tambah-tambah dizahirkan lagi dengan Takoyaki dari MidValley sebagai buah tangan untuk Akak. Dan jarang sekali kamu melepak di bilik Akak tanpa urusan kerja seperti malam tersebut. Walaupun malam tersebut, Akak target menghabiskan chapter untuk exam, tapi demi kamu dan kenangan yang mungkin susah untuk berulang, Akak 'halal'kan chapter yang sepatutnya dihabiskan. Yang penting, malam tersebut, walaupun tidak ada yang istimewa, Cuma Kuew Tiow Goreng yang dihabiskan Asma' dan Syarah Munirah, tapi mungkinkah itu kenangan terakhir antara kita? Atau mungkinkah bisa kita mengulang kenangan seperti itu lagi? Dan nampaknya kita (Syarah Munirah, Asma' Afifah, Afiqah Zulkifli, Husna Kamarudin) ditemukan dalam sebuah 'pasukan' yang terbaek dalam permainan "catur", walaupun sekarang sudah pencen. J





Ukhti,
Tidak ada kata-kata yang menarik yang boleh Akak ungkapkan. Tapi terlalu gembira untuk Akak katakan, TAHNIAH kerana kamu Berjaya mendapat apa yang kamu mahu. Walaupun di awal jalan perjuangan, kamu diuji dengan pelbagai rintangan, tapi wajahmu tetap 'ringan' dipandang. Dan akhirnya, kamu Berjaya berada di bidang yang kamu minati. Bersyukurlah dengan apa yang kamu dapat, kerana tidak semua orang dapat apa yang kamu dapat. Tidak semua orang dapat apa yang mereka impikan. Kamu kiranya cukup bertuah. Pilihan kamu selari dengan pilihan Allah. Alhamdulillah. Ketahuilah, Akak berharap untuk berada di tempat kamu, yakni mendapat apa yang kita mahu, tapi Allah tidak memilih Akak, dan Allah memilih kamu. Tapi kegembiraan itu Allah kongsikan juga dengan Akak. Walaupun kamu yang Berjaya berada di bidang yang kamu mahu, tempias kegembiraannya juga terkena pada Akak, berbunga juga hati ini mendengar khabar gembira dari pihak kamu. Alhamdulillah. Kesyukuran yang tidak terhingga. Itulah kata orang, kadang-kadang Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah memberi apa yang kita perlu. Tapi Allah mengubati dengan memberi apa yang sahabat kita perlukan supaya hati kita mampu riang. J Dan ketahuilah, Akak gembira dengan apa yang kamu dapat, tidak timbul soal cemburu atau sebagainya. J



Ukhti,

Kegembiraan kamu sewaktu menerima keputusan Berjaya menukar kos mampu menggembirakan orang sekeliling. Tidak ada harapan lain selain Akak mahu melihat kegembiraan ini berpanjangan. Maka, berusahalah mengekalkan momentum kegembiraan ini. Berada di bidang baru bukan perkara yang mudah. Dengan persekitaran baru dan sahabat sekeliling yang baru. Perjalanan hidup yang mungkin baru. Bukan berniat untuk menakutkan, Cuma mahu kamu bersedia dengan segala kemungkinan. Tinggi harapan Akak melihat kegembiraan kamu berpanjangan dan jalan ini jalan yang memberi sinar bukan hanya untuk kamu, tapi untuk Islam keseluruhannya. Insya Allah. Perjalanan ini baru bermula. Di pertengahan nanti, jika ada rintangan mendatang, usah berfikir untuk berpatah ke belakang, tapi pandanglah ke hadapan dan capailah segala impian yang dilakarkan di awal perjalanan. Tidak ada satu jalan pun di dunia ini yang padanya semua adalah kesenangan melainkan jalan orang-orang yang tidak mahu mencapai kejayaan hakiki. Kita, mencari kejayaan yang hakiki, bukan saja di dunia tapi untuk ukhrawi, maka sedarlah jiwa bahawa jalan yang bakal ditempuhi pasti berduri.


Ukhti,

Selepas ini, kita bakal berjauhan. Kamu bakal ke Gombak dan Akak Insya Allah ke Kuantan. Tapi kejauhan itu bukan satu halangan untuk terus berkongsi cerita dan pengalaman. Usah merasa jauh kerana sahabat tidak bersahabat apabila mereka dekat, tetapi sahabat bersahabat kerana hati telah erat. Moga-moga kita tergolong dalam golongan sahabat yang bersahabat dengan hati kerana Ilahi. Jika ada kekusutan, moga-moga hamba ini tetap kamu cari. Walaupun Akak bukanlah sebaek-baek sahabat, tapi pintanya moga-moga masih sudi berkongsi. Moga-moga kejauhan mampu membuat kita lebih dekat. Dengan izinNya, Akak pinta, moga kita terus bersahabat.


Ukhti,

Tidak ada kata yang terbaek untuk membuatkan kamu faham, bahawa Akak gembira dengan keputusan kamu kerana Akak yakin suatu hari nanti kamu bakal datang kepada Akak sebagai seorang yang hebat dalam bidang yang kamu baru ceburi. Buktikan pada semua, AED bukan halangan untuk terus berharaki. Walau kesibukan ditenggelamkan dengan projek-projek yang membuatkan malammu celik, siangmu studio, senjamu di papan, fajarmu dengan PELAKA, tapi berjanjilah untuk menjadi Afiqah yang sama. Yang cakna dengan isu semasa. Yang aktif dengan program 'menarik' dan yang selalu mengejutkan Akak dengan berita-berita panas yang kemudiannya dihurai bersama dengan riang. Istiqamahlah dengan amalan kebaekan dan berjanjilah pada Tuhan untuk lebih mendekatiNya setelah segala nikmat kebaekan yang Dia berikan. Alhamdulillah.


Ukhti,

Syukran kerana pernah menjadi peneman setia Akak walaupun masanya sekejap. Masih segar dalam ingatan sewaktu kita bersama menguruskan bengkel, semangatnya kamu, masih Akak ingat. Betapa terharunya Akak dengan pengorbanan kamu. Pernah satu malam, Akak menelefon kamu yang berada di bilik. Permintaan Akak agar kamu menemankan Akak meeting dek kerana semua partner meeting Akak adalah muslimin. Kamu tanpa alasan terus datang dan setia menemankan walaupun kamu tidak ada kaetan secara langsung dengan meeting tersebut. Lebih menyenangkan Akak, kamu membantu dengan memberikan idea yang tidak kurang bernasnya. Sewaktu Akak dikelilingi partner yang semuanya muslimin, kamu setia menemani walaupun semua orang lain tidak sudi menemani. Tapi kamu mengorbankan masa untuk menemani. Tidak ada perkataan yang baek untuk Akak katakan, Akak bersyukur dikurniakan Tuhan sahabat seperti kamu.


Ukhti,

Sewaktu semua orang memandang serong padamu, datanglah pada Akak. Insya Allah, jika kamu serong Akak mahu menjadi orang yang memperbetulkan kamu. Dan harapan Akak, jika suatu hari nanti Akak dipandang serong, kamu juga sudi menjadi pembetul Akak. Moga-moga Islam menjadi pengikat hati-hati kita dan syariat menjadi jalan penyatuan hati-hati kita. Ameen.


Ukhti,



Di tanganmu ada taklifan, di jalanmu ada rintangan, tapi ingatlah di ATAS ada PERTOLONGAN dari Tuhan. Maka kuatlah di jalan yang bakal dilalui. Dan pastikan jalan yang baru bermula, dimulakan dengan kualiti dan diakhiri dengan kualiti.
Moga warkah sederhana ini mampu menjadi penguat buat kamu dan juga buat diri Akak sendiri. Pernah Akak menyimpan impian untuk bersama kamu di Kuantan kelak, tapi rupanya Allah mengatur dengan lebih baek untuk kamu. Doakan juga Akak mendapat yang terbaek.

moga ukhuwwah tidak hipokrit. Insya Allah =)


Ehem, jangan lupa siapa Akak, JBM tau. Nanti ada apa-apa, jangan ketepikan Akak ye. J
Nak kawen jangan lupe jemput. =)

Moga-moga boleh bertemu lagi, dan moga-moga warkah ini tidak menjadi yang terakhir bicara antara kita. Moga Allah panjangkan umur persahabatan ini dan umur kedua-dua sahabat ini.



Tinta Kak Husna buat seorang Afiqah Zulkifli. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

16 comments:

Anonymous said...

tak aci la unt afiqah je.. nk jugak.. nak jugak...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ash Az said...

dah pandai JBM da..huhu....masa depan panjang lagi, pikir lelok...

Anonymous said...

pepandai le mereka berfikir. mereka lebih tahu urusan dunia mereka.

husnataqwa said...

anonymous- nak jugak? ahha. =)

Anonymous said...

how special she is. i wanna be more special than her.. perhapssssssss...

husnataqwa said...

abang saya kata,
dont spend money that u dont have
to buy something that u dont need
to please someone that u dont like


how can i please someone i dont know.. =)

wan said...

AFIQAH- kak husna sekarang bila bukak paper je mesti cakap, "susah nk cakap pasal siasah bila tak de partner."

hilang AFIQAH, hilanglah PARTNER kak husna bersiasah.

Anonymous said...

nampaknya husna kena cari partner baru tu unt bersiasah.. ehem2.. yang ada depan mata tu jangan buat tak nampak.. kena cari partner bersiasah sampai mati.. (mendalam)

cousin said...

wah! like brother like sister. sat lagi adik dia pun hebat berfalsafah, ikut jejak abang. mesti bangga abang bace. ngeee~

husnataqwa said...

well. u know me.. =)

Anonymous said...

org yg bukan afiqah pon sebak bace post nie.. ape cer?..huhu

Anonymous said...

=) alhamdulillah. menulis dari hati, maka dapat menyentuh hati2 mereka, kan kak?

abi said...

saya nak adik saya senyum sekarang..

senyum.
even all the world make u cry. but i want to stay with ur smile. even i cant put my hand on ur shoulder n said, "nati kita makan eskrem." but i want u know, everyone here love u even everyone there dont have any love for u.

cakap apa saja yg boleh buat dekna gembira, i willing to make it, i.allah..

husnataqwa said...

anonymous- tak ade cer.. mmg post ini sesuai unt tontonan umum.

anonymous- ahha. berapa lama amek feeling nk tulis post ni. =) alhamdulillah.

abi- jgn risau. saya ingat pesan abang, dunia ni ibarat sebelah sayap nyamuk, apalah sangat jika nk dibandingkan dengan pahala sabar,ikhlas dan redha. setakat ni saya mohon doa moga adek abg redha dgn segala hadiah dari tuhan. =)

kkp said...

jenjalan kat blog ni, menarik2..

moga orang yg tulis blog sentiasa bahagia.. ameeennn

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.