Salam.
Minggu ni paling menarik. Cukup menarik. Memang menarik. Banyak HIKMAH yang Allah beri. Alhamdulillah ala kulli hal. J
Dalam melakukan pekerjaan seharian, cuba tengok semula, biasanya perbuatan yang kita lakukan itu adalah satu keperluan atau satu kemahuan?
Ramai orang menggunakan konsep MAHU dan PERLU dalam urusan nak berbelanja. Tapi tidak digunapakai dalam urusan AKHLAK dan PERBUATAN.
Setiap perbuatan yang kita lakukan, ada perbuatan yang kita PERLU dan ada perbuatan yang kita TAK PERLU, tapi kita MAHU lakukan.
Tak perlu untuk didetailkan semuanya. Tapi saya yakin, anda boleh muhasabah diri masing-masing. Bangun tidur, apa yang kita lakukan? Solat Subuh. Ok. Itu jawapan yang saya dapat respon dari 'mangsa-mangsa pendengar' saya.
comelnya anak kecil ini. Moga-moga mampu melahirkan MUJAHID yang pasti ditarbiyyah hebat. Insya Allah |
Ya, SOLAT SUBUH. Sebagai seorang Muslim, memang akan solat SUBUH bila bangun dari tidur. Kalau yang 'sejati', akan bangun sedikit awal untuk solat Taubat serta Tahajud dan mungkin Witir. Saya lebh suka Witir sebelum tidur. Sekurang-kurangnya, memang kita akan Witir. Kalau dah Witir, terlajak tak bangun Tahajud pun, tak adalah rasa bersalah sangat. J
Ok, balik pada tajuk asal, solat Subuh. Cuba kita tanya pada diri kita, kita solat Subuh ni adakah kerana kita MAHU atau kerana kita PERLU?
solat: PERLU atau MAHU? |
Saya kena solat, sebab itu adalah apa yang Allah suruh. Adakah itu satu kemahuan atau keperluan? Tidak perlu berikan jawapan disini. Jawab saja di dalam hati.
Rasulullah S.A.W adalah kekasih Allah yang dijanjikan Syurga olehnya, diampunkan dosa-dosa Baginda yang lalu dan yang akan datang. Lantas, Baginda ditanya, kenapa baginda masih 'komited' menunaikan solat-solat sunnat sehingga bengkak-bengkak tapak kaki Baginda? Jawapan Baginda, "Adakah aku mahu menjadi hamba Allah yang tidak bersyukur?"
Jadi sekarang, jelas bukan? Solat itu adalah satu tanda kita mahu menunjukkan rasa SYUKUR kepada Allah. Jadi, itu perlu atau mahu? Tanya diri kita setiap kali nak tunaikan solat. Kita perlu atau kita mahu untuk solat?
Jawapan yang bagus adalah, saya PERLU untuk solat dan saya MAHU untuk solat. J Terbaek!
Solat itu satu kewajipan. Memang perlu, sebagai orang Muslim. Dan alangkah bagusnya, kalau setiap kali tiba waktu solat dan bersiap untuk solat, kita rasa kita benar-benar MAHU melakukannya, bukan sekadar PERLU. J
Itu bab solat, bab kewajipan. Bagaimana pula dengan bab-bab lain? Sepeti aktiviti kita yang lain? Meeting, bercakap, bermain FB, menonton movie, walhal makan sekalipun. J
Semua aktivitilah senang kata.
Muhasabahlah diri sendiri.
Kalau kita melalukan kerana PERLU, maka, lakukannya sekadar PERLU. Kalau kita lakukannya kerana MAHU, maka, mungkin kita sedang ditunggang nafsu.Contoh, saya perlu menonton movie. Kenapa? Untuk hilangkan kekusutan dan merilekkan kepala otak. Ok, baiklah. Kita terima apa saja reason. Anda menonton MOVIE kerapa anda PERLU. Tapi sekiranya anda menonton selama 3-4 JAM, adakah itu masih PERLU? Sehingga diabaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain. Adakah itu PERLU atau itu satu KEMAHUAN? Tanya diri sendiri. J
Kalau dalam urusan kebaekan, seperti mendengar kuliah. Kita pergi dengar kuliah. Kononnya satu KEPERLUAN untuk hati. Tapi jarang pula orang yang mendengar kuliah berjam-jam. Allah, mungkin ada, tapi jarang. J
Muhasabah. Betul lah tu. Kadang-kadang kita melakukan sesuatu perkara kerana PERLU. Tapi diteruskan atas rasa MAHU. Tidak mengapa, kalau rasa MAHU itu dicetuskan oleh NALURI KEBAEKAN, maka teruskan. Tapi sekiranya rasa MAHU itu diilhamkan oleh NAFSU KEMUNGKARAN, maka hentikan.
Contoh yang saya rasa menarik, dalam urusan pertunangan atau taqdim lelaki dan perempuan, ada yang mengatakan bahawa KAMI PERLU UNTUK BERHUBUNG. Mungkin YA, anda perlu. Atas BEBERAPA URUSAN YANG PENTING. Mungkin perbincangan masa hadapan dan perancangan serta sebagainya. Ok, satu keperluan. Tapi, KEPERLUAN itu perlu dilakukan atas dasar KEPERLUAN. Wasatiyyah dan seadanya. Tidak berlebih-lebihan. Lakukan atas dasar PERLU. Ya, PERLU. Tapi kalau sehingga bergayut berjam-jam ditelefon bimbit, adakah ianya masih PERLU? Selain urusan PERLU itu diteruskan, WAJIB juga mempertimbangkan WASILAH kea rah PERLU. Contoh dalam urusan MUSLIMIN MUSLIMAT, bertaqdim dan nak bertunang, PERLU untuk berhubung. Tapi WAJIB dilihat BAGAIMANA CARA HUBUNGAN ITUDIJALANKAN. Sekalipun ianya PERLU, BATAS dan SYARIAT masih WAJIB DIPERTAHANKAN TANPA TOLERANSI. Kerana DOSA YANG JELAS ITU TETAP DOSA. TIDAK ADA YANG BOLEH MENGHALALKAN MELAINKAN ATAS DASAR DARURAT. Sebelum nak kata, anda DARURAT berhubung, saya rasa lebih baek anda KAJI dengan MENDALAM, APA ITU DARURAT.
IKHTILAT: Mahu?? |
Akhirul Kalam, berwaspadalah dalam aktiviti seharian. Lihat kembali KEPERLUAN dan KEMAHUAN. Bukan tidak boleh mengikut KEMAHUAN. Kadang-kadang KEMAHUAN itu boleh membuahkan RASA PERLU, tapi pandangkan sesuatu perkara itu atas dasar IMAN dan TAQWA. Supaya kita tidak MENJADI HAMBA yang melakukan PERKARA yang kita MAHU dengan ALASAN IANYA PERLU. Terlalu hipokrit. Jujurlah dalam menilai perbuatan diri sendiri. usah bertarung dengan nafsu kejahatan. Bimbang KALAH dan terpesong dari jalan KEBENARAN.
Mintalah Allah tunjukkan jalan KEBENARAN. Moga kita sentiasa BERWASPADA dalam melakukan apa saja perbuatan.
Muhasabah diri SENDIRI terutamanya dan selama-lamanya.
Tiba-tiba teringat pula kata "AWATHIF", NAQIBah, "Allah beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU." Dan sampai kini, KAMI pegang kata-kata ini. Lihatlah, KAMI semua STRONG-STRONG belaka!
Mummy, nak pegi... =) |
mode: Sedang memujuk bonda dan ayahanda untuk 'hiking; hujung minggu depan. Susah juga rupanya kali ini, perlu MUJAHADAH lebih. Kali pertama ditegah dengan "SYADID". Sebelum ini tak pernah, biasanya diberikan 'galakan' untuk "OUTSTATION". Takpe-takpe, saya akan usaha. Entum jangan kecewa lagi. Bonda dan Ayahanda risau sangat dengan 'kenakalan' anakandanya.
Tinta Mujahidah Muhasabah,
Bintu Kamarudin. J
2 comments:
dpt mandi sungai pun jadila. jgn x pegi langsung T.T
mahu atau perlu? :)
MAHU... dan PERLU. dua2 sekali..
nak pg sangat la.. Sangat.. sobss.sobss..
Harap2 mummy daddy bagi.. =)
Post a Comment