♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, May 17, 2011

Gula-gula yang manis


Masa kecik-kecik dulu, suka sangat makan gula-gula. Aci nangis je, orang bagi gula-gula, bajet pujuk lah tu.

Oh, sodapnyo!

Ada ke orang kat Malaysia yang 'kaya raya' ni tak pernah makan gula-gula?

Semua ula-gula manis. Ada yang masam, tapi bila dah habis perasa masam tu, kembali manis. So, statement yang pertama, gula-gula itu manis.

Kalau makan gula-gula selalu, lama-lama gigi rosak, mudah rasa sengal.


Kalau makan gula-gula banyak, nanti boleh kena kencing manis.

sebab yang manis itu selalu buat orang lupa pada Tuhan.

Kerana itu, Allah selalu menjadikan hidup kita kadang-kadang gembira, kadang-kadang sedih.

Sebab orang yang selalu gembira, cenderung untuk melupakan Tuhan.

Jangan risau kalau hidup kita tak selalu manis macam gula-gula, yang penting kita yakin pada DIA yang takkan memberi sesuatu yang sia-sia.

Gula-gula manis, tapi kenapa Mama tak selalu bagi kita makan gula-gula?


Sebab takut kita terlalu biasa dengan 'gula-gula' yang manis sehingga takut untuk makan 'ubat' yang pahit. 
Allah itu cukup mengetahui apa yang ada dalam hati hambaNya. Lantas bila diuji, jangan cepat buruk sangka pada DIA.

"Yang manis jangan terus ditelan dan yang pahit jangan terus dibuang."
Kadang-kadang yang manis itu manisnya cuma sekejap saja, dan mungkin membawa mudarat selepas itu. Tapi yang pahit, pahitnya juga mungkin sekejap, tapi ibrahnya pasti besar buat orang yang menanggungnya. 
Hidup ini tak dicipta untuk menjadi manis macam gula-gula.


Tapi SYURGA yang Allah cipta terlalu manis, jauh lebih manis berbanding gula-gula.

Cumanya, ia perlu pada sabar dan redha. J







Erk, tapi yang sedihnya, bila search gambar gula-gula kat Encik Google, terjumpa pulak gambar ini.

Apakah?
Mungkinkah ini 'gula-gula' pilihanraya dari BN?


Taubat nasuha. Sungguh sedih. Dan terfikir-fikir, apalah mentality rakyat Malaysia hari ni. Dah la harga minyak asyik naik je. (Ada kena mengena ke?) Lepas ni semua orang naik beskal macam Jepun la, senang cerita, kasi padan muka itu otai minyak. Korupsi banyak, lepas ni jadi macam Indonesia. Adui. Yang gambar kat atas ni pulak rosakkan imej Malaysia saja. Katanya Negara Islam, ini ke imejnya? Geleng kepala sampai rasa pening. Kiamat dah nak dekat ni. (Memang sentiasa mendekat, kiamat tak pernah menjauh.)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

13 comments:

Saya Sarah said...

salam, sy suka kata2 td tu, "Sebab takut kita terlalu biasa dengan 'gula-gula' yang manis sehingga takut untuk makan 'ubat' yang pahit."

benar, kadang kala kita diuji dgn kealpaan kenikmatan dunia sehingga lupa akan ada yang perlu dilaksana.

sekadar diacuh dgn sebiji gula2, kite lupa ttg amalan yg akan dituntut di akhirat kelak.thanx for ur post, it remind me a lot! tq dear

Anonymous said...

mendalam sangat maksud pos ini. syafakillah ukhti.. ak selaluuuu doakan ko siihat.. kdg2 ak rasa macam allah tak dengar doa ak, tp ko selaluuuu ingatkan ak, yg allah lbh tau ape yg baik unt ko berbanding ak.. ukhti, uhibbuki fillah abadan abada.. this strong friend, please Allah, take care of her... =(

sah4b4T said...

dah dua hari awk tak menulis, dan saya tahu awk sedang bertarung dengan perasaan di sana.. moga2 awk kuat tanpa air mata.. allah tak beri sesuatu sia2,
saya sudah mula merindui awk.. cepat2 sihat sayang..

Anonymous said...

sy pn rindu~~smoga cpt sembuh..

Anonymous said...

stay strong. allah pasti hadiahkan kau pelangi. aku yakin itu teman..

aisyah said...

oh tuhan.... saya merindui sahanbat saya ini....... dh sms tp tak reply...entah ape keadaannye sekarang, sy sntiase doakan die.. ak cume mampu kirim doa je. lepas ni ko bace harap2 ko tau, ak rindu dan trtunggu2 berita dari ko..hukhukhuk

Anonymous said...

Allah bersama dgn org yg sabar..~

n-naja said...

betul..betul..betul.. ^-^
syafahillah ya rabb...

uia-ian~~ said...

slm. hrp2 kak husna boleh bersama kami 27hb nt.. nk jupe gok ngan kak husna.. hope u getting well soon dear sister ;)

uia-ian~~ said...

slm. hrp2 kak husna boleh bersama kami 27hb nt.. nk jupe gok ngan kak husna.. hope u getting well soon dear sister ;)

uia-ian~~ said...

slm. hrp2 kak husna boleh bersama kami 27hb nt.. nk jupe gok ngan kak husna.. hope u getting well soon dear sister ;)

pemerhati said...

Assalamualaikum.
Boleh tanya, kenapa dengan pemilik blog sebenarnya? Sekadar tertanya2 dengan komen2 disini..

Anonymous said...

"admitted to the ward.."

itu je yg boleh cakap, yg lain tak tau gak. heee.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.