♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, May 16, 2011

Is going back… =(


Setelah gembira dengan "Broga Hill With Love",
saya terpaksa meninggalkan semua kenangan di CFS. Dan pulang ke kampong. Pada awalnya meminta kebenaran untuk pulang sedikit lewat ke kampong, tapi Ibu tidak benarkan, ada urusan yang perlu diselesaikan di kampong. Saya mengikut. Barang-barang mula dimasukkan ke dalam beg. Badan sakit-sakit setelah mendaki tanpa warming up. Mereka excited sangat, sampai tak sempat nak sarapan dan warming up. Kagum den pada mereka semua. Kenangan di CFS pula berputar laju. Dua tahun disini. Bukan sedikit kenangan tercoret. Terlalu banyak. Bukan sedikit mencipta kenangan dengan mereka yang dekat. Terlalu banyak.

Maka, rakyat Kelantan semua, saya bakal berada di Kelantan 17hb Mei 2011 sehingga… yang tak pasti. Mungkin September jika tiada aral melintang. Bakal saya imarahkan sebaek mungkin, Insya Allah. Moga Allah memberi saya peluang. 

"Husna,kenapa sedih? Sedangkan menamatkan CFS adalah impian semua orang. Tak payah sedih, kan suka sangat balik kampong…"

Jawapannya mudah,

"Lumrah manusia takut pada perpisahan. Saya sangat takut meninggalkan 'daerah ini'. Daerah yang mengajar saya banyak erti tarbiyyah, mengenali mereka yang hebat-hebat. 'Daerah ini' terlalu hebat kesannya pada diri dan jiwa. Dan saya cukup takut 'Daerah ini' sudah tidak menjadi milik saya. Ya, saya sayang 'DAERAH INI."
Allah. Daerah ini
daerah yang cukup bermakna bagiku.
J

Selamat Tinggal CFS!
Teman, bila aku jauh dari 'daerah ini' kelak, jangan tinggalkan aku, ingatkanlah aku pada perjuangan yang masih bersisa. Jangan biarkan hati aku hambar tanpa cinta. Jangan biarkan aku jauh dan ketinggalan. Aku sentiasa mahu dekat dengan kalian. Dan sekiranya aku lalai, tegurlah aku. Tepuklah aku dari terus lena dengan kelazatan dunia yang mungkin melalaikan. Berjanjilah untuk membawa aku sekiranya aku terlepas dari tali yang membawa kita ke DAERAH INI. Terima kasih PJ!
Lagu DAERAH INI
dari ALGEBRA, khas untuk semua.


Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan

Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan

Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri & sanubari

Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci & abadi

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

10 comments:

abi said...

wah seronok daki bukit? seronok dengar dikna cerita walaupun masih dlm kereta lagi. sedak sangat g kali, sapa cerita pun semangat. letih nak dengar..

husnataqwa said...

doh abe tepon dekna pun cerito la. tu la, tengah cerito ko abe sampai budak2 ni silap jale nak g masjid kajang. hehe. lamo gayut kea.

abi said...

pahtu banyok ko amek gmbar nge henset? buleh kelih

husnataqwa said...

banyak gambar, tapi guna camera saing. DSLR lagi. hset dekna tokleh amek gambar la abe, sokmo dia kato memory full. padahal cek kat setting, byk lagi kosong memory card. sedih la. bakpo eh jadi gitu?

abi said...

buang la bendo2 hok tok petim tu. mesej2, gambar2.. mungkin phone memory kot hok penuh tu? cek molek la. gano nok masuk benda baru klu dalam tu penuh dengan memoir2 lamo?
samo jugak dengan hati kito.. selagi kita dok pk ko kenangan lamo, kesohlamo, gano kito nok start buko buku baru? jadi, bersihkan hati.. start a new life.. always be a beginner to make a move.. ado makno abe kato ni, buke sajo2.. hati ni raja pada manusio, selagi diri kito sendiri tok buko hati kita, tok leh nok wak gano la.

husnataqwa said...

syukran atas peringatan yg berterusan.. insya allah.. adikmu kuat unt meneruskan kehidupan. =) yang pasti, diriku yakin, doamu ada dibelakang.. sobss..sobss.. abe......

fimmi =P said...

lewatnyo kak husna balik? pah gano? jadi dok plan kito kat kelate nt?

husnataqwa said...

ohho. biasa lah tu.

plan kite tu insya ALLAH. kak husna usahakan berjayakannya samo2 deh. sebabnyo bekwoh dumoh 4hb jun tu. mesti payoh nok kua. keno nulong kakak siap2 barang nikoh dio lagi.. tapi takpo, kak husna oyak doh ko ibu. ibu bui je, tp ayah tatau la dio bui kenderaan ko dok. tu lah hok kena mujuk lebih sikit. tapi takpo, serahkan pada yg pakar. insya Allah deh kita proceed... lagipun, kak husna ado program ng sep2 UIA 27hb tuh.. hok tu pom tatau lagi buleh g ko dok.. adui..

fimmi =P said...

hok aloh kak husna.. molek la.. sedih la kalu gini gak..

husnataqwa said...

tu la.. bila kat sini, jadi 'kakak', so matang sikit la. bilo doh dumah jadi 'adik', jadi gak payoh sket nak lepasg mano2.. bilo dah jadi 'adik', umo 20 pun totap adik.. aduyai. keno nikoh baru buleh jd tuo ni.. ahha
takpo, nt kak husna pujuk ayah kak husna.. buleh tu..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.