♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, May 09, 2011

Seminggu yang tinggal Part 2.


Selepas solat Maghrib, masing-masing mengadu dengan sakit kepala dan bengkak-bengkak kaki akibat PERJALANAN yang menyeronokkan seharian di Bandar Kuala Lumpur. Terbaek. Tahniah kepada UUM.

"Jom makan kat kedai Mamak malam ni." Kata salah seorang dari kami.

Aku masih diam, muka baru bangun tido. Tapi tetap mengangguk. Kemudian kaki melangkah ke Ali Bistro.

Roti canai planta dan mee goreng jadi pilihan. Mereka pula memilih dua pinggan Megi Goreng sebagai santapan.

Apabila MEREKA bertiga. =)


"Seminggu lagi tinggal. Esok masing-masing busy study untuk exam.." kata salah seorang dari kami.

Maka sesi luahan perasaan bermula. Terasa lapang dada. Hari ini, dari pagi, asyik tak mampu berhenti tersenyum dek kerana sebuah perkataan bernama UKHUWWAH.

"Lepas ni, kalo tak dapat bersama kat tempat pengajian pun, balek Kelantan kita mesti bersama." Kata aku. Mereka angguk. Masing-masing melayan perasaan sambil merenung Blok C dan CS dari beranda Ali Bistro.

Tanpa disedari, jam menunjukkan pukul 9.45 malam. Lantas, kami melangkah ke AMF, port kami 'melepak'. Biasalah, budak-budak ni 'demand' sikit. Nak lepak tempat ada air-cond. J

Sepanjang perjalanan ke AMF, masing-masing diam. Sesekali aku bersuara,

"Lepas ni susah nak nak jalan bertiga macam ni. Kat Kuantan pun kos dah lain. Kat PJ nak jumpa lagi entah bila."

Masing-masing diam. Melayan perasaan dengan mimic muka seperti mahu menangis.

Terpandang board MEDCY, sekilas semua kenangan MEDCY bermula dengan Meeting, program, LG dan jamuan bermain di minda. Lantas cepat-cepat dipadamkan dari memori, tidak mahu mengganggu sesi bersama MEREKA BERDUA. Kenangan dengan MEDCY, kita bicarakan lain kali. J

Tiba di AMF, semua cerita kembali di buka. Sudah lama tidak 'bersama' seperti MALAM INI. Sukar mencari masa seperti ini. Malam ni KAMI abadikan sungguh-sungguh.

"Kita ni dah macam adik-beradik. Aku tak anggap kau dan DIA orang lain pun. Kita ni dah rapat. Kalau ada apa-apa, kena bagitau. Kalau kita sorang-sorang, susah nak mujahadah.."

"Yang penting jangan sembunyikan apa-apa. Kalau tak cerita, tak tahu, nak tegur pun tak boleh." Kata salah seorang lagi. aku mengangguk.

"Aku bukan seorang hamba yang tak pernah buat maksiat, bukan juga seorang manusia yang BERSIH tanpa dosa, tapi aku sentiasa mahukan yang terbaek buat kita-kita. Samada belah sana, atau belah sini."
 Mereka angguk kepala lagi. kemudian masing-masing terganggu dengan kehadiran Pak Cik Pian, bercerita macam-macam. Sejam juga bersama Pak CIk Pian. Kemudian, selepas Pak Cik Pian pergi, kami meneruskan sesi. Sehingga 11.30 malam. Puas. Ya, puas.

"Lepas ni nak tengok kita, pihak belah sini dan belah sana, sama-sama MATANG dalam berukhuwwah." Kataku dalam hati sambil melihat mereka berdua melangkah keluar dari AMF, melalui ABC untuk menuju ke ZC. Memandang ABC sekilas, kemudian menganggukkan kepala, tanda yakin pada MEREKA. Insya Allah. J

Tuhan, moga-moga seminggu yang bersisa, berkualiti untuk KAMI memaknakannya. Allahu Allah.





Tinta Sahabat yang serba kekurangan,

HusnaKamarudin.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

cemburunya~

husnataqwa said...

?

tidak ada ape2 yg perlu dicemburukan. masing2 punya kenangan masing2, cume ini cara kami mengabadikannya~ =)

waaaaaaaaaa said...

wah korang.. sweet baca pos ni. enti mmg sahabat yg baik.. yg penting enti jgn putus asa.. apa saje yg berlaku, mereka sahabat enti.. tak pe tak diiktiraf orang lain pun. ana tahu apa enti buat untuk mereka. ana doakan enti bertiga sentiasa bersama. enti jangan amik hati benda2 lain macam semalam. enti rasional kan? jangan berlepas diri.. enti tetap sahabat kami!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.