"Husna, apa maksud muslim?"
Saya membelek-belek buku teks tingkatan satu. Mencari apa yang dimahukan seorang Ustazah garang yang sedang memegang kapur putih. Bila-bila masa saja kapur itu akan melayang pada mangsanya.
"Husna, awak tido ke waktu saya mengajar?"
Saya langsung tidak memandang pada beliau. Saya yakin matanya pasti membuntang memandang saya yang sedang berlagak tenang di kerusi plastic berwarna hijau itu. Maklumlah, dulu sekolah agama rakyat.
Tangan kanan membelek buku teks, tangan kiri pula memukul orang sebelah. Eh, buleh pulak orang sebelah ni buat-buat tak paham kenapa saya tepuk tangan dia. Senget punya kawan.
"Husna! Qiam. Iqab!" kata Ustazah akhirnya. Tandanya kena berdiri sehingga mendapat arahan untuk duduk.
Agak tidak puas hati. Sebelum berdiri, MP3 putih itu diletakkan di dalam laci meja, bimbang dilihat Ustazah.
Nakal waktu sekolah dulu. MP3 selalu di telinga. Dulu, penggemar bacaan Al-Quran dari Sheikh Al-Ghamidi. Tak lekang dengar alunan suara beliau melagukan surah kegemaran waktu dulu seperti Al-Waqiah dan paling febret, Surah Lukman.
Padahal Ustazah tanya apa maksud "MUSLIM", soalan jawab pakai logic akal pun dah boleh. Yang sibuk-sibuk nak belek buku tu kenapa? Itulah, sapa suro maen MP3 dalam kelas. (sigh)
"Husna, muslim tu maksudnya menyerah diri…." Dan panjang lebar penjelasan Ustazah. Sejak hari itu, saya set di kepala.
Sebagai muslim kita mesti serah diri pada Allah.
*********************
Serah diri bukan macam main "Polis Entry", asal penat main je, angkat dua belah tangan, surrender. Dan rela menjadi jajahan takluk. Bukan macam tu.Kita, memang nyata merupakan hamba kepada DIA. Jadi, sejak dari lahir, hingga bertemu dengan kematian, Allah adalah Pencipta kita.
Maka wajib untuk serah diri pada DIA.
Kalau nak serah diri,
Jangan takut dihumban dalam gaung 'masalah', yakinlah, Allah itu penyayang sifatNYA.
Jangan takut dibiarkan panas dalam air mata, yakinlah, Allah itu adil sifatNYA.
Jangan takut banyak sedih dari gembira, yakinlah, Allah menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia.
Serahkan diri pada DIA.Usah gentar dengan sedikit dugaan, tapi bangkitlah dengan penuh semangat kehambaan.
Hamba. Hamba kepada Pencipta.
Bila dapat nikmat, kita bersyukur.
Bila dapat ujian, kita bersabar.
Bila ada ketentuan, kita meredhai.
Itulah tandanya menyerah diri pada DIA.Usah ditanya kenapa, pasti DIA ada jawapannya walaupun kita hamper 'gila' berfikir akan musabbabnya.
Serahkan segala urusan kepada ALLAH.
Yakinlah, tangan Allah diatas tangan-tangan kita. Maknanya, Allah berkuasa. Dan Allah yang mengatur semuanya.
Apa saja urusan yang menyesakkan dadamu, besarkanlah jiwamu. Lihatlah dunia ini hanya setitik air dari lautan yang dalam. Maka, dunia ini sempit, sedangkan akhirat sana jauh lebih besar.
Kejarlah akhirat, dunia pasti mengikutmu.
Pesan pada hati, mesti berjiwa besar. Memandang segala yang Allah tetapkan cantik dan indah-indah belaka.
Jangan lupa pula untuk ajar jiwa menjadi jiwa yang sentiasa bersyukur.
Allah beri nikmat, kita kena syukur. Bersyukur bukan sesuatu benda yang kecik. Sungguh nilaiannya besar disisi Allah. Ajarlah diri untuk sentiasa bersyukur. Walaupun kadang2 ada benda kita nak, kita tak dapat. Kita kecewa. Lantas lupa unt bersyukur. Jadilah hamba yang cinta dalam kesyukuran. Bersyukurlah.. Tidak ada kerugian padanya, malah melimpahruah keuntungan~
Suka untuk kongsikan lirik lagu CUBA dari AIDIL. Sapa yang mengikuti siaran Keranamu Laila di TV3 setiap Jumaat, pasti selalu familiar dengan lagu ini.
Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah
Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh
Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah
Hanya
Pada
Dia Dia
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya
Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2011/04/ost-keranamu-laila-lirik-lagu-cuba.html#ixzz1OzGtY8kS
1 comment:
nostalgik ah gambar kat post nih. huhu rindu cfs
Post a Comment