♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, June 09, 2011

Tinta di malam Jumaat…


Allah Ta'ala berfirman:
"Hai sekalian orang-orang yang beriman, jauhilah sebagian banyak dari prasangka itur sebab sesungguhnya sebagian dan prasangka itu adalah dosa." (a!-Hujurat: 12)


Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Takutlah olehmu semua akan prasangka, sebab sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dustanya pembicaraan." (Muttafaq 'alaih)
Alhamdulillah ala kulli hal.
Sekarang suasana kenduri benar-benar sudah tiada lagi setelah berangkatnya pengantin baru ke Shah Alam petang tadi bersama Myvi putih kesayangan abang ipar. Sekarang tinggal beberapa kerat saja manusia dirumah setelah tadi menghantar Kak Elly dan Munir pulang ke Seremban dengan Bas Sani Express. Eh, bila tengok bas ni teringat pulak kenangan manis waktu nak pergi UIA. Kadang-kadang sampai nangis jugak bila bersalaman dengan ibu. Tapi itu dulu lah. Sekarang ni menghitung hari juga untuk menjejak PJ. Insya Allah jika dimudahkan urusan oleh Allah serta dikurniakan nikmat kesihatan yang baek. Dua tiga hari ini batuk semakin teruk. Dah berminggu-minggu batuk, tapi kali ini memang teruk, sampai suara pun berubah, siap pakej dengan semput terus. Selera makan terbang pergi kemana pun entah. Huh, seksa rupanya batuk ni. Dah habis den telan Expectorant with Anti-Histamine, lepas tu try pulak Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak, tak jalan juga, kali ni saya beli ubat batuk baru, Woods. Nikmat sihat itu datang dari DIA, bukan bergantung pada UBAT, tapi sebagai hamba, patik tak boleh membuang usaha, mesti usaha dan ikhtiar untuk sembuh. Insya Allah. Batuk je pun, orang lain sakit kronik lagi teruk, kena bersyukur banyak-banyak. (harap-harap tak kena Tuberculosis lah!)
Tidak ada apa-apa yang istimewa mahu dikongsi kali ini. Sekadar menulis sambil menunggu mata mengantuk dan terpejam setelah meneguk 15ML ubat batuk Woods tadi.
Sekadar mengambil peluang untuk menjenguk laman sesawang yang kian lama kian tandus idea penulisnya untuk meng'update'. Benar, tandus dan kering. Kadang-kadang terpaksa fikir panjang mahu update tentang apa. Kalau waktu kat UIA, boleh update tentang apa yang berlaku disana. Kalau kat rumah, nak update apakah. Tak ada cerita yang menarik yang boleh dikongsi, kalau yang tak boleh dikongsi tu,memang banyak yang terlebih-lebih 'menarik'. Huh.
Sekadar menyapa mesra di laman ini, orang kata meluahkan rasa. Jauh dari teman-teman memang menyeksakan juga. Bila ada rasa yang ingin dikongsi, terpaksa pendam dan simpan sorang-sorang. Kalau dulu, asal nak spill je pergi cari sapa-sapa. Ramai yang sudi meminjamkan telinga mereka. asal nak spill je ada orang yang sudi layan. Alhamdulillah. Sekarang masanya untuk belajar untuk lebih berdikari dan membina kekuatan dalaman yang lebih mapan, insya ALLAH.
Dalam masa seminggu, saya membanting tulang empat kerat untuk majlis perkahwinan kakak dan majlis pertunangan abang. Alhamdulillah selesai semua urusan mereka dengan molek-molek belaka. Suka melihat kebahagiaan mereka. Alhamdulillah. tapi saya suka pesan pada kakak dan abang, orang melihat kita sudah menemui bahagia apabila hasrat bersama yang terchenta tercapai, tapi sebenarnya, jalan menuju bahagia baru saja bermula dan harus dicorakkan dengan sesempurna mungkin. Ya, your journey starts here, dear. J
Kata abang sulong pula, "Seronoklah budak tu lepas ni jadi 'anak bongsu' kat rumah ni." Tapi dicantas pula oleh kakak ipar, "Harap-harap anak bongsu lah, jangan jadi anak 'bohsan' sudaaa."
Oh, mendalam maksudnya. Apa yang penting, harus untuk memastikan kehadiran saya dirumah (kebiasaannya ayah ibu Cuma berdua dirumah) tidak membebankan mereka sebaliknya membantu ibu ayah dan menjadi anak yang menyejukkan hati. Tanak lah bila saya ada dirumah, ibu ayah asyik sakit hati memanjang. Bisa-bisa jadi anak derhaka pula nanti, nauzubillah.
Keesokannya pula, (Jumaat,10 Jun) sepupu saya bakal bertunang, umurnya masih terlalu muda, 19 tahun. Alhamdulillah, jodoh sampai awal buatnya. Tidak ada soal cemburu dalam urusan jodoh, prinsip saya, professional (tapi tak bermaksud EGO.). awal Julai pula, sepupu saya pula yang akan mendirikan rumah tangga. Umurnya juga masih muda, 22 tahun. Alhamdulillah, awal jodohnya, moga-moga penuh barakahnya, Insya Allah. Gembira bila semua orang sudah mula melangkah maju setapak ke hadapan, tapi langkahan itu tidak boleh biasa-biasa, perlu luar biasa kerana kita melangkah dengan matlamat yang cukup besar, insya Allah.
Bila suasana begini, terpaksa menahan telinga dengan usikan-usikan tak bertauliah. Biasalah. Dah jadi hot stuff sekarang. J
Bila membaca perkembangan mereka di FB,terasa hati mahu terbang ke sana. Moga ada jodoh untuk bertemu kalian di sana kelak, insya Allah. Moga Allah mudahkan urusan untuk turun ke PJ dan bertemu sahabat seangkatan, moga-moga keberkatan Allah mengiringi setiap langkah. Insya Allah.

 
Tertanya-tanya, perlukah menjelaskan sesuatu yang tidak memberi kesan? Wallahu a'lam. Maafkan saya semua orang. J

  "Takutlah engkau semua pada sifat dengki - iri hati, sebab


sesungguhnya dengki itu dapat makan - yakni  menghabiskan -
kebaikan-kebaikan sebagaimana api makan kayu bakar" atau
sabdanya: "makan rumput." (Riwayat Abu Dawud)
 

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

Anonymous said...

syafakillah..
kalau batuk, try cuba minum madu dengan limau nipis. titikkan limau nipis dalam madu, kemudian minum, selawat banyak2.. insya Allah sembuh.

mmg seksa pun bile batuk.. semua benda nak buat jadi tak kena.. takpe take care molek2 deh..

cousin said...

ye ah, minum ah ais banyak2, mesti ilang punye batuk2 tuh.

kak ju said...

normi dan ijam dah bertunang ke dik?

husnataqwa said...

Anonymous- syukran atas petua itu. menarik. pernah dengar jugak dulu orang kata macam tu. nanti nak try.

cousin- mane ada banyak. dah pantang dah ni. tak minum ais pun batuk jugak, jadi baek minum je. tadak kesan pun..

kakju- yup kak. ni baru balik umah pak cik din lah ni. alhamdulillah akhirnya. gembira depa tadi. huhu. ijam pun datang gak. selesai dah ketiga2 majlis dalam masa dua minggu. huhu

kak ju said...

harap2 bahagia dunia akhirat laaaaaaa... tak sempat kak eli kakak ayub tunggu kenduri depa ke? datang korang datang JB lagi laaa nampaknya..

dekna nak cari orang Jb jugak ke? cari yang dekat2 sudah lah.. hehe

husnataqwa said...

aah. depa sume tak sempat. tadi dekna abe yu n family n ridha je pi tolong2 depa. ok la, ramai spupu2 tolong, lagipun tunang je, bukan kawen lagi..
harap2 bahagia.. td waktu depa datang nak meminang tu dekna dok ng normi. berdebar2 kot dia kata. huh

tengok jodoh lah kak, depa sume pun bukan nak kawen dengan orang jauh, tapi dah jodoh...... ehhee

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.