Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Tahniah Kakak. =) |
After having a sweet family honeymoon, masih diberi keupayaan untuk bersama ahli keluarga dan mengecap segala nikmat Tuhan yang nyata. Walaupun pada awalnya destinasi ke Kuala Krai terpaksa ditukarkan ke Jeram Linang Machang dek kerana hujan lebat sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, kalau diikutkan tradisi, semua menantu dibawa ke Lata Rek untuk sesi 'beramah mesra', tapi kali ini situasi menghalang perjalanan ke Kuala Krai, ditambah pula dengan jalan raya yang sesak. Alhamdulillah ala kulli hal.
Sejak kakak berkahwin, saya sering memikirkan apakah yang bakal terjadi bila tiba saat saya pula menjadi raja sehari. Tidaklah berkhayal, tetapi sekadar membayangkan fitrah manusia biasa, berkahwin. Sewaktu mencari kedai pengantin bersama kakak, saya cukup tertekan. Allah. Lebih-lebih lagi setelah majlis kakak selesai.
Saya memasang angan-angan. Kalau suatu hari nanti, saya punya modal dan kemudahan jalan dari ALLAH, pasti saya gembira untuk membuka sebuah butik pengantin. Ukan duet matlamatnya, tapi.. tak larat nak tengok 'macam-macam' yang pelik. J
Baju Pengantin
Semua baju pengantin kecil-kecil dan ketat. Tertanya-tanya juga saya, bagaimana kalau pengantin bersaiz besar? Agaknya terpaksa tempah baju sendiri. kalau ada baju yang besar, tetap ada potongan sehinggga menampakkan bentuk badan. Butik pengantin sepatutnya menyediakan baju yang bukan 'membalut aurat' tetapi menutup aurat dengan smepurna. Tidak ada guna cantik sewaktu menjadi 'raja sehari' kalau terpaksa menanggung dosa sampai mati.
Mak Andam
Rasanya saya yang paling 'naik angin' dengan Mak Andam sewaktu majlis kakak. Buku kening mahu dicukur. Baju minta diseksikan. Tudung minta dikecilkan. Dan sebagainya yang saya rasa tak mampu untuk sebut disini. Mak Andam sepatutnya tahu batas-batas apa yang halal dan haram dalam Islam. Jangan main bu…at je, tak larat pengantin nak tanggung dosa. Bukan pengantin je, dengan Mak Andam sekali diseretnya ke neraka.
Pak Andam
Menyediakan jurusolek lelaki untuk pengantin lelaki. Rasa tak sedap bila tengok anak dara muda trang tang-tang dok solek suami orang. Dalam bilik pulak tu. Memang tak sedap mata memandang. Akhirnya saya minta abang ipar menyiapkan diri sendiri, tak perlu Mak Andam. Rasanya, ada lelaki yang pandai mekap. Eh, ke tak ada? Macam pelik pula kalau tak ada. J
Menepung tawar
Rasanya dah cukup diwar-warkan, adat menepung tawar itu banyak khilafnya. Tapi yang saya pegang, "sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia adalah daripada kaum tersebut." Orang tua-tua kata, adat menepung tawar tu dari Hindu. Entahlah, saya pun tak dapat nak pastikan. Mungkin statement itu salah. Tapi, kata Ustaz Azhar Idrus, Haram menepung tawar. Jadi rasanya butik pengantin tak perlu menyediakan peralatan untuk menepung tawar. Kemudian dicaj pula untuk semua bahan-bahan itu. Lagi sakit hati, dipaksa pula menggunakan barang-barang tersebut. Akhirnya, bayar sajalah, tak pakai pun takpe, janji tak menambah dosa!
Photographer
Eh, tapi saya berbesar hati pula nak mengomen tentang cameraman sewaktu majlis baru-baru ini. Cukup senang hati dengan cameraman, yang pasti cameraman pilihan kami bukan dari butik pengantin tersebut, Alhamdulillah. Bila kakanda Khalifa Taufiq minta saya buatkan air untuk photographer, saya membuat secawan the untuknya, tapi bila keluar ke ruang tamu, rupanya mereka berdua. Seorang lelaki, seorang perempuan. Menarik. Bila nak betulkan gaya si perempuan, camerawoman yang pegang pengantin perempuan. Dan kalau nak betulkan pengantin lelaki, itu jadi tugas cameraman. Jadi tak adalah pengantin asyik batal air semayang je. J Nice la Encik Arqam. Nanti kita jemput awak lagi. J
Konklusi dan impian
Rasanya saya sudah punya geng untuk menubuhkan butik pengantin Islamik. Dah ada designer; Nur Fatihah Fatin Jaffri. Dan dah ada pengurus kewangan, Siti 'Aisyah Jauhara. Tinggal lagi nak dapatkan modal dan peluang. J
Harap-harap butik impian ini mampu direalisasikan. Walaupun bukan oleh diri sendiri, tapi sekurang-kurangnya direalisasikan oleh orang lain yang punya kesedaran yang tinggi untuk melihat majlis pernikahan yang sepatutnya penuh berkat menjadi mudarat apabila dilanggar hukum dan syariat. J
Ramai orang kata,
"Nanti Husna kawin lagi grand ni, anak perempuan bongsu. Nanti buat lagi best dari Kakak ye?"
"Tak sanggup menanggung derita rumahtangga dek kerana hilangnya berkat majlis akad nikahnya…" Jawapan saya mudah.
Bukan bermaksud majlis kawin membawa mudarat, tetapi sekadar berhati-hati dan tidak mahu dek kerana majlis perkahwinan yang 'grand' sehingga melupakan yang lebih GRAND membawa mudarat dalam alam rumahtangga kelak.
p/s: Kepenatan. Esok pula persiapan Majlis Pertunangan Kakanda Khalifa Taufiq pula. J
Susahnya nak kumpul semua adik beradik waktu sedang kenduri~ Huh! |
No comments:
Post a Comment