♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, June 03, 2011

Rejab mendatang.


Saatnya pasti akan tiba. Ambillah 'ruh'nya dulu.
Dari dulu menghitung hari, saatnya bakal menjelma. Debaran kian terasa. Persiapan diperkukuhkan. Checklist satu persatu perkara yang masih tersisa. Eh, macam kita pulak pengantinnya. Melebih-lebih pula, jangan nanti di atas pelamin gambar orang lain yang banyak. Eh, ada orang tak sabar nampaknya. Memang, ramai yang nak mengambil 'ruh'. Ahlan, ahlan. Ambil 'ruh' dibenarkan. J

Semua adik beradik sudah mula memenuhi bilik-bilik di istana Kubang Batang. Kalau dulu, bebas memilih mana-mana bilik untuk 'landing', tapi sekarang, semua bilik sudah berpenghuni, cukup untuk setiap adik beradik seramai 7 orang. Gembira bila berkumpul, macam-macam cerita nak kena dengar. Tapi kadang-kadang tak terdengar dek kerana keempat-empat cucu ibu ayah sudah berkumpul. Rasa macam nak pecah rumah den. Mungkin rumah ni dah retak setiap kali dengar jerit pekik mereka bermain bersama. Aduh, itu baru empat, belum keluar yang kelima lagi. kalau dah sampai 10 orang nanti, entah macamana rupanya. Penat melayan karenah semua orang, tapi senang hati. J





Kadang-kadang kita merasakan Allah melupakan kita, tapi sebenarnya kita yang TERLUPA pada DIA.

Rejab mendatang. Alhamdulillah. Masih berpeluang mendakap erat pintu gerbang sebelum menjelmanya Ramadhan. Allah, terasa sungguh rindu pada bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi tahun ini bakal berpuasa penuh di kampong halaman. Pasti tidak ada lagi ter'miss' sahur. Dan yang penting, dah tak ada iftar FREE atau iftar RM1 di CFS. Oh, miss all the moment too much. J

Rejab bakal berlalu, moga segala amalan bakal bertambah. Indah sungguh 1 Rejab di hari Jumaat. Moga memberi sinar untuk menghadapi saat-saat mendatang Syaaban dan Ramadhan dengan mapan dan tidak sia-sia. Sekurangnya lebih baik dari tahun lepas, insya ALLAH.

Entah sempat atau tidak umur untuk menjejak Ramadhan. Tapi angan dan cita dah berselirat di dalam kepala. Apapun, pada Allah diserahkan segala urusan dan ketentuan. Jika ada rezeki untuk mengecap Ramadhan tahun ini, maka bersyukur dan beruntunglah aku. J Alhamdulillah.

Besok dan lusa pasti 'peak hour'.

Moga Allah melancarkan majlis dan memberkati perkahwinan kakanda senantiasa. Insya ALLAH. J



p/s: Pagi tadi mencelah masa bertemu enam mata dengan Cik Zakirah dan Cik Wirdah. Sudah lama rasanya tak 'hang out' macam zaman-zaman muda dulu kala. Erk, bajet sekarang dah tua. Melepaskan gian. Memandu KRISS Purple yang cukup nostalgic. Kata Ayahanda, "Asyik pandu kereta aje, nanti tak pandai mula nak menyelit dengan motor. Ingat sikit, tak ada sape nak bagi kereta bila kat Kuantan nanti. Belajar-belajarlah biasa dengan motor. Itupun kalau rezeki ada…" ahha. Mendalam maksudnya. Jangan nanti asyik memandu sehingga pudar skill menunggang dengan cermat seperti 4 tahun yang lalu. J Apapun, ahsan sahabat atas 'hang out' tadi, walaupun sekadar menyentap di meja Ayam. Tapi sekurangnya saya rasa lega. Alhamdulillah. Moga tidak pudar ukhuwwah tanpa pertemuan yang kerap. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.