Pernah saya ditanya, apakah itu UKHUWWAH ISLAMIYYAH?
Jawapan skema saya pada waktu itu,
"Ikatan hati antara saudara sesame muslim yang membawa kepada wehdatul fikr dan seterusnya wehdatul amal."(Erk, tak skema pun.)
Dan bila saya diminta secara 'unformal' tentang ukhuwwah Islamiyyah, saya kira, cukup satu perkataan yang menjadi jawapannya, "FAHAM".
Dimana dan dalam apa jua urusan, FAHAM tetap menjadi pokok pangkalnya.
Kenapa terlalu banyak penindasan di sebuah 'negara Islam' ini?
Jawapannya, kerana hanya Islam pada nama, tentunya tidak faham apa itu ISLAM sebenarnya.
Kalau faham, kenapa mesti diamalkan separuh-separuh tidak diamalkan keseluruhannya?
Huh, jawaplah sendiri. J
Berbalik pada Ukhuwwah. J
Sejak bercuti dirumah, jauh dari kawan-kawan, tapi Alhamdulillah dekat dengan saudara mara.
bila dah jauh dan jarang jumpa, ramai sahabat yang sudah tidak sanggup berkorban sedikit demi sahabatnya. Dah mula ramai sahabat yang berat tulang membantu sahabatnya. Dan mula sahabat yang liat nak membalas mesej sahabatnya. Ada juga sahabat yang menyepikan diri dan seolah-olah tidak pernah ada kawan. Macam-macam jenis. J
susah nak cari kawan yang boleh dibawa bersama kedunia dan akhirat. Tapi sebelum kita sibuk mencari, diri sendiri terlebih perlu untuk menjadi seorang sahabat yang boleh memimpin sahabatnya ke jalan dunia dan akhirat yang Mustaqim. Insya Allah.
Sedetik teringat pada sahabat handai. Mantan roommate, Nurul Nadiah Hassan yang kini berada di Tanah Haramain mengerjakan umrah bersama keluarga. Sahabat, moga dirimu bertemu Cinta Agung itu. Dan sungguh, aku berbangga mempunyai sahabat sepertimu.
Teringat juga pada mantan roommate, Farah Adlina. Apa khabar beliau di CFS? Moga baik-baik saja tanpa seorang roommate 'sebaik' saya. Sahabat, jangan lupa kenang daku dalam doamu. Setiap kali teringatkan aku, doakan aku disini, tsabat dan tidak jauh ketinggalan dari kebenaran.
Tak lupa tentunya Cik Wirdah. J 'Pendatang' yang dinanti-nanti kunjungannya ke bilik. Terima kasih sahabat atas 'telinga' yang sudi dipinjamkan mendengar segala rintih pedih seorang aku. Sekarang, saya sudah kehilangan orang yang suka mendengar 'bebelan' saya. Dan saya cukup terasa kehilangannya. Rasa sunyi dan tak dapat nak kongsi. Ada sesetengah perkara kita tak boleh kongsi dengan keluarga dan kita mahu kongsi dengan sahabat. J
Eh, tak tertinggal Omma. Nabilah Othman. Roomate walaupun sekejap, 7 minggu sekejaplah kan? J terima kasih kerana sudi menjadi "MAK" yang baik disaat anakndayang selalu 'lemah' dan 'serba kekurangan'. Terima kasih sebab sabar bila mood saya tak baik. Terima kasih atas segalanya, tak mungkin aku lupa.
Jangan risau, tak pernah melupakan jiran tetangga, Izzati Johari, Illeya Ibrahim, Shaahida Zainal dan NurHanani Ahmad Puaad. Kalian memang menyerikan lagi suasana kehidupan sepanjang shortsem. Tak ada biskul, mintak bilek depan. Tak ada air, minum bilik depan. Semuanya terasa indah dan susah untuk ia berulang kembali. Akrabnya kita. J tapi sekarang masing-masing mendiamkan diri, sibuk dengan urusan masing-masing. Mungkin itulah kata orang tua-tua, "Masa yang ada guna elok-elok, kelak dah tade, menyesal tak sudah."
Saya juga tak melupakan teman se'haraki', Afiqah Zulkifli dan Asyitah Idris. Anda banyak memudahkan urusan saya dan banyak membantu saya menjadi lebih 'haraki', mana mungkin jasa kalian saya lupakan. Terlalu indah saat berkongsi dan bertarung di medan. Sungguh kenangan itu menarik.
Dan mana mungkin saya melupakan Ateh Qurrotu Aini Sanusi, yang sentiasa menjadi 'guard' yang baik. Sanggup menemani aku study di Level 9 sorang-sorang. Complete hidangan kopi Radix dan Biskut Tiger lagi. tak cukup dengan semangat yang tak pernah kering dari mulutnya sewaktu awal shortsem, bila saya jatuh bedebap. Sewaktu jatuh, terasa tiada siapa yang memberi sokongan, dan beliau sanggup menemankan aku yang sendirian di Surau Level 5 beruzlah dengan Tuhan. Allahu Allah. Baiknya sahabat-sahabat sekeliling yang Kau berikan pada aku.
Tentunya saya tak lupa pada Cik Zakirah Khairudin. Beliau seorang sahabat yang sentiasa meng'terharu'kan saya. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat yang sanggup makan ikan keli dengan saya setiap hari, sanggup spend masa makan dengan saya, sanggup ajar saya subjek bila saya asyik sibuk manjang. Ya, anda cukup setia.
Tak lupa saya pada semua rakan yang pernah menjadi classmate saya. Nadiatul Husna Fauzi, Fathy Nabila Najla, Aina Fauzi, Norhani Nabilah, Nur Afiqah Ibrahim Mohamad Yunus, Hajariah Manan, Hanani Sufian, Nurul Bahiah, dan semua. Maaf tak dapat sebut semua nama. Terlalu ramai.
Akhirnya, pasti saya tidak lupakan geng 'ON-CALL' yang sentiasa menemani setiap kali ada on-call. Siti Khadijah Abas dan Atiqah Razak. Terima kasih kerana cukup memberi banyak pengalaman bersama kalian.
Kalian memang terbaik sahabat. Moga namaku ada dalam hatimu. Simpan rapi dalam satu CHAPTER yang pernah berlaku dalam hidupmu, teman. Sesungguhnya nama-nama kalian serta semua kenagan bersama kalian telah saya semat dihati, moga kelak, bila bertemu kembali, tidak ada rasa janggal dan jauh hati. Kerana antara kita, ada kenangan yang tak pernah mati. Insya Allah.
p/s : Sekarang asyik makan memanjang. Event yang sedang berlangsung adalah, membawa menantu menziarahi saudara mara. tidak pasti ini adat atau apa, tapi menziarahi itu sesuatu yang cukup indah dan disarankan Islam bukan? Maka saya ringankan 'hati' untuk menziarahi. Bukan malas, tapi banyak rumah yang perlu diziarahi dan setiap rumah menghidangkan makanan yang 'istimewa', tak mampu nak menolak, terpaksa makan walaupun sedikit. Bimbang makan terlalu banyak membuatkan hati menjadi mati. Suasana kenduri mula menghilang. Abang Ki sudah kembali ke Johor. Esok lusa kakak dan menantu baru pun bakal berangkat ke Seremban dan Shah Alam. Maka, teratak ini bakal kembali sunyi dan saya bakal menjadi 'anak tunggal' lagi. Semoga Allah memberkati kita semua.
8 comments:
sobsss...sobsssssss.
name saya tak dekkk
aduhhhhh
anda jg sntiasa bt sy rs tharu... xd apa sgtla yg sy sumbgkan pd anda spnjang kta bsama.. :)
Ustaz Fauzan Madzlan kata, org yg plg byk berterima kasih dgn Allah ialah org yg plg byk berterima kasih dgn manusia. You prove it well :)
I thank u.
eh eh, pelik pula bila cik husna berbicara soal hati. biasanya ego sangat mahu mengaku sayang. =) bagus2, perkembangan yg baik!
Anonymous- Ye ke tadak? =) Sape namenya meh nak state~
Teacher - even a small pieces of 'budi', saya sangat hargainya. Terimakasih sudi memdampingi orang seperti saya.. Sobss..Sobsss
Hani- Andalah sifu saya. =) Wah rindu pula pada UFM~ Rindu saat2 jiwa ditarbiyyah~
Anonymous- Ishk, malas nak cakap ape.. ye lah, saya ni ego sangat.. nak buat macamana...
salam rindu..maaf andai diri kini menyepi..bukan berniat utk lupa atau lari..tapi masih sedang cuba jd multitasting persons. barangkali diri jarang online..kadangkala jenguk jendela teratak blog sahabiah..n just glad 2 know that u guyz r ok through ur posts..hanya doa yg dpt ku kirim..dr jauh..moga Allah menjaga kalian dr sebaik2 jagaan.
to Anonymous -
sape ni eh..
syukran, sudi juga menjenguk. yup, moga allah menjaga kita semua... =)
Post a Comment